Tuesday, January 11, 2011

car Zarin aka stroller

Sudah hampir setahun stroller zarin menjadi gajah putih. Sejak pandai berjalan, memang langsung taknak duduk dalam stroller tu. Baru je letak, sudah geding geliat nak keluar. Masa kecil bolehlah diam di stroller, dah besar nie, memang macam-macam kerenah.






Namun baru-baru ini, Zarin sendiri mencari strollernya.

"Mama, mana car Alen? Alen nak duk."

Car zarin? Saya mula bertanya. Mana ada car besar yang boleh zarin duduk, fikir saya. Kemudian saya berikan kereta mainannya.

Bukan. Alen nak car ni.” Katanya sambil menunjukkan ke arah stroller yang belum sempat mama tampalkan plat sebagai tugu bersejarah itu. heheheheheh

“La, stroller rupanya. Ingatkan Car apa.” Kata saya

“Car Alen lah mama”, katanya pula.



Sejak itu, ke mana saja pergi memang Zarin akan duduk di stroller. Nak turun dari rumah pun nak duk stroller, aduiiii!!!! Tapi bagus juga tue, memandangkan berat Zarin dah semakin bertambah, memang wajib Zarin duduk di stroller. Papa pun dah tak keluar dah ayat power dia

“Papa dah cukup kuat untuk dukung Zarin”

Hihihi. Kalau sekejap bolehlah. Ni kalau dah berjam-jam berdukung. Memang sesak dada dan boleh patah pinggang oooooo.

Walaupun Zarin sudah mahu duduk di stroller, tidak bererti dia akan diam dan setia di dalamnya. Stroller mestilah selalu bergerak, ada sesuatu ditangannya dan mesti mama yang tolak.


Masam muka mama, kene tolak Zarin yang berat :P


Aduiii Zarin, tak kisahlah camne pun. Asalkan Zarin bahagia. Senang sikit papa dan mama nak monitor zarin yang tersangat aktif itu. Sekaligus dapat menutup mulut-mulut busuk yang selama ini berkata membazir beli stroller, bukan naik pun. Pada saya, terpulang pada diri masing-masing. Kalau yang suka terperap kat rumah, memanglah tak perlu stroller. Tapi bagi kami yang suka berjalan-jalan nie, memang perlulah. Hehehehehhe

10 comments:

  1. sara punye stroller pn jd gajah putih...lg kijam sb letak kt stor...xper..kang adik sara didik baik2 biar rajin dok stroller..

    ReplyDelete
  2. ohw.. stroller sgt berguna!!! jagan kata tidak.. ikutkan dia.. memang tak mao dok tp kena jugaklah! aha.. paksa rela

    ReplyDelete
  3. a'a, pd sy kan sgt selamat kalo anak2 kita yg dah besar nk duduk dlm stroller, senang kita nak control..mana tahu something bad happen kita terlps pndang ke, terlps pd tgn ke kan...?

    watever it is, zarin tetap hensem dok dlm stroller tu! hehehehe....

    ReplyDelete
  4. alamak...mcm mane nk ajar syahmi duk dlm stroller nih....hhmm..

    ReplyDelete
  5. ku pun ada stroller,tapi kadang2 jek pakai..
    mawar dah tak ske dok dalam tu..
    sejak ada kaki,kejenya nak jalan sendiri aje..adoi..
    nasib bek stroller tu org yg bg..
    idak le rasa bazir :D

    ReplyDelete
  6. ejan: ehehehehe...xpe, adik sara nanti beli yg baru :)

    ReplyDelete
  7. etiey: yup mmmg berguna. Paksa rela yang sgt berkesan akhirnya. :)
    senang sikit mama nak shoping :P

    ReplyDelete
  8. Ada lina: betul-betul. kadang-kadang budak-budak ni tersangat aktif, kejap je dah lesap. kalau nak guna tali tu rasa cam tak sampai hati. so duklah dlm stroller nie...

    tq auntie, zarin dah mula wat aksi malu-malu meow bila org puji :P

    ReplyDelete
  9. Mrs. Eady:
    kalau syahmi taknak dukung ok la. nie nanti kalau dia tdo mmg susah la nak dukung. Syahmi dah besar, boleh pujuk+nasihat. insyaallah berjaya!

    ReplyDelete
  10. bonda mawar: wah syoknya dpt stroller free. takpe boleh guna tuk adik mawar nanti. train dari awal :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...