Tuesday, January 4, 2011

Hari-hari Subway

Pagi tadi saya sampai awal ke ofis. Jadi sempatlah berdating dengan suami di Subway. Pada mulanya saya ingin menikmati kotoew kung fu di Tanglin, namun kedai tersebut tutup. Jadi suami mencadangkan agar kami breakfast di Subway.


Kadangkala jemu juga. Boleh dikatakan hari-hari makan Subway. Suami pula sangat sukakannya. Katanya makan subway kenyang. Tak payah makan tengahari. Ye ke? Kalau perut nasi macam saya ni memang taklah. Pagi dah makan Subway, pukul sepuluh dah tapau roti bakar :) Belum pukul satu dan kriuk-kriuk dah perut nie. Aduiiii, bila mau kurus.


Zarin pun dah terikut perangai papa. Asyik-asyik Subway. Tapi dia panggil "burger". Hinggakan dah ingat jalan nak ke situ. Lalu saja mesti cakap "nak burger". Bukan makan sangat pun, cuma yang menarik minatnya ialah chocolate chip cookies dan raisin cookies. 2 keping besar boleh habis. ehehehehehe..

Harap petang ni janganlah makan Subway lagi. Hari-hari Subway. urrrrmmmm. Bukan apa, risau juga jika ada perut yang jadi macam sandwich Subway pula nanti. kekekekekekeekke

4 comments:

  1. sy pn suke banget subway....siap hafal menu die..y hot of the day 2 ke nama die..suke ari isnin,selasa, khamis, jumaat, ahad..eh..mcm ari2 pulak suker..subway kenyang + sehat :)

    ReplyDelete
  2. kalau dah perut melayu mcm saya, mmg nasik jugak bg saya kenyang...heheh...

    ReplyDelete
  3. ejan: wah, nie kira pembeli tegar nie. heheheheheh
    lps mkn tu kenyang lah, lepas tu sy tetap cari nasik :P

    ReplyDelete
  4. wahida: hehehehehe...betul-betul. tak jumpa nasik sehari gigil lutut. kihkihkih

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...