Monday, January 10, 2011

Himalaya : Penjimatan berganda

Senyum sampai ke telinga. Itulah yang saya alami apabila membeli barang dengan harga yang murah dan menjimatkan di Himalaya, memang berbaloi.

Suami saya memang pengguna tegar produk Himalaya khususnya Ayurslim yang dapat membantu mengawal berat badan. Bayangkan kami membeli Ayurslim untuk stok 3 bulan hanya bernilai RM199. Jika tidak ada offer, kami terpaksa membayar RM 293 untuk stok 3 bulan tersebut. Dengan harga yang ditawarkan, kami Jimat RM94. Yeaaa!!! Suka-suka.



Bukan itu saja, Himalaya juga turut memberi 50% diskaun bagi produk Nourishing Skin Cream. Apalagi, saya terus membelinya dengan harga RM13.95. Lagi penjimatan yang memang berbaloi-baloi.



Tidak habis di situ, voucher RM 20 diberikan dengan setiap pembelian berjumlah RM100untuk ahli Himalaya. Kami telah membelanjakan RM212.95. Jadi kami layak mendapat voucher bernilai RM40. Bertambah suka!!!!

Dengan voucher tersebut, saya membeli Neem Foaming Face wash yang berharga RM34.90.



Memang kami mendapat penjimatan yang berganda. Bayangkan kami hanya perlu membayar RM212.95 untuk semua produk dibawah.



Itulah namnya bijak berbelanja! Jika tidak ada offer sedemikian, kami terpaksa membayar RM355.80. wohoooooo!!!!! Mahal tue....

Dapatkan di kiosk Himalaya yang berdekatan sekarang sementara stok masih ada.

15 comments:

  1. pengguna tegar himalaya! n pandai berbelanja! hehehhe...benda yg baik, boleh tiru ni...;-)

    ReplyDelete
  2. kak diey, mmg boleh diikut untuk kali ini je la :P

    ReplyDelete
  3. wah bijak berbelanja. hikhik... bukan selalu dpt peluang cam gini.

    ReplyDelete
  4. Etiey: hahahahha...tu la pasal, suka-suka. ingatkan YES dah abis, tp makin menjadi-jadi pulak.

    ReplyDelete
  5. bagus ke ayurslim tu??tengah mencari supplement utk slimming ni..

    ReplyDelete
  6. mmg berkesan ke pakai ayurslim utk slimkan badan?

    ReplyDelete
  7. Ada Dalina: memandangakan suami saya pengguna setia, memang bagus la agaknya :)

    ReplyDelete
  8. Atun& Bonda Mawar: Sebenarnya dia dapat menurunkan dan mengawal berat badan. Nak kata jadi kurus terus tu tak ada la kot.

    Ayurslim nie dapat mengawal sesorang daripada mengambil makanan yang manis dah berlemak.

    Setakat ni suami saya makan ok je. kalu tak makan sure dah jadi tembum kot :P

    ReplyDelete
  9. slalunya awak dpatkn produk ni kt mana erk..nk try la produk ni..mcm best je..

    ReplyDelete
  10. to anonymous: selalaunya saya beli kat kiosk himalaya, ada di KLCC, Pavillion, Ou dan juga Mid Valley.

    Namun begitu, produk ini turut di jual di farmasi-farmasi terpilih seperti guardian dan juga watson.

    cumanya kalau beli kat farmasi, tak adalah voucher untuk ahli dan juga diskaun tu. diskaun bergantung kepada farmasi berkenaan

    harap dapat membantu :)

    ReplyDelete
  11. tumpang tanya, saya nk guna juga n da beli pun... tp dier ada tulis gelatine source:animal origin (bovine bones)..., anda sure halal x? sebab sya nk mkn tp was2 lah pulak...

    ReplyDelete
  12. anonymous: setahu saya halal. sebab bovines bones tu refer kepada cow, buffalo. Tapi memandangkan anda dah was-was sama ada halal ke tak, better tak payah makan la :)

    ReplyDelete
  13. Salam, question halal ker tak tu terjwb bila saya google search 'status halal ayurslim'..somebody dah explain in detail kt situ...keputusannya gelatin tu halal, sijil lulus sampai 16/4/2012..

    ReplyDelete
  14. Salam semua. Kami ade menjual produk himalaya 100% genuine original drpd india company. Produk himalaya ni asalnye drpd india since 1930.

    Sila lihat buyhimalaya@blogspot.com utk membeli dgn harga yg berpatutan.

    Thank you

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...