Friday, January 21, 2011

Jaga etika ketika berFB

Sudah lama saya ingin menulis sesuatu tentang FB, tetapi tidak terlaksana. Dan di pagi Jumaat yang mulia ini, saya terpanggil untuk mencoret sesuatu berkaitannya.

FB! FB! FB!


Itulah yang menjadi ‘kegilaan’ semua buat masa ini. Tidak mengira peringkat umur, setiap orang sebolehnya mahu ada akaun FB.

Pernahkah anda terdengar bahawa banyak kes penceraian berlaku disebabkan oleh FB?

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

“Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

… Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.

Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.”
Namun inilah realiti yang benar-benar berlaku dalam kalangan orang sekeliling saya. Lebih-lebih lagi jika rumah tangga memang dalam keadaan genting, Mulalah menampakkan pakwe/makwe lama lebih caring. Dan mereka mulalah mencari kesalahan suami/isteri masing-masing.

“Mengong”

“Penampar nak?”

Lagi satu, status. Janganlah menaip status tergantung khususnya berkaitan rumah tangga yang boleh menimbulkan spekulasi seterusnya fitnah. Dari sekecil zarah, terus membesar seperti gajah. Dari yang tak tahu terus tersebar satu dunia. Kang lagi haru.

Yang ni juga saya nak tekankan. Komen. Janganlah kita khususnya para isteri meninggalkan komen yang bersifat “manja-manja” atau lebih tepatnya “gedik” di wall lelaki lain selain daripada suami anda! Walaupun anda dan lelaki tersebut adalah bestfriend atau apa saja istilah “friend” nya. Mungkin pada anda tidak menjadi apa-apa kesalahan, namun pada orang lain yang membacanya.

Fikir-fikirkanlah :)

Saya menulis entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebagai peringatan pada diri sendiri juga peringatan kepada para isteri khususnya /suami di luar sana supaya menjaga etika dan adab serta tahu batas-batas ketika asyik dalam dunia FB. Belajarlah untuk menerima segala kebaikan dan keburukan suami/isteri masing-masing. Kalau tak puas hati bincang face to face ok? Jangan nak luahkan pada orang yang tak berkaitan. Banyak hati yang perlu dijaga dan banyak mata yang membaca dan melihatnya.


Sekian, renung-renungkan

12 comments:

  1. tq sbb nasihatkan pada kwn-kwn..ini yg ku selalu beringat pada diri sendiri..:D

    ReplyDelete
  2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai....kalau tahu diri tak kuat, jgn cuba2 nak berfacebook...hehehhe.

    terima kasih, ingat mengingati antara kita...smile!

    ReplyDelete
  3. renung-renungkan...

    mmg pon kak...kekdng bace pon alahhhhai...cam lupe plak status masing da berumahtangga kan...
    ishh..ishhh...

    ReplyDelete
  4. nasib saya x de FB...hubby pun x de FB jugak...best best...

    ReplyDelete
  5. yaaaa... sangat2 setuju....
    biarlah ada perasaan hormat menghormati antara suami isteri, kan?
    kalau rasa nak menggedik sangat dalam fb, sila menggedik di wall suami masing2.... itu pun dah buat orang meloya... hehehe....

    ReplyDelete
  6. Mrs. Eady: sama-sama. juga peringatan utk diri saya sendiri. sama-sama kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Risau bila dah leka takut terlepas pandang benda-benda camni :)

    ReplyDelete
  7. kak diey: tepat sekali. sekali dah seronok, takut "terhilang ingatan " kejap. Lupa status diri tu sapa.

    bukan apa, kita mmg selalu terlupa bab-bab camnie. Elakkan difitnah :)

    ReplyDelete
  8. tiny: iskkk...iskkk. iskkk..

    tu la pasal. kadang-kadang kita yang membacanya pula rasa malu. Kalau anak dara tu bolehla dimaafkan. Ni kalau isteri orang mak orang???

    oiiii, malu!

    ReplyDelete
  9. wahida : wow! bagusnya, mmg best la gitu. jarang dengar org xde FB. tahniah kerana berjaya menahan diri dari terlibat dgn FB :)

    ReplyDelete
  10. kak sya: tu pun satu hal. mmg rasa loya betul. Tp wall suami dia xpe la.

    lagi satu kalau nak cerita semua yang berlaku antara dia dan suami kat FB, siap panggilan manja segala bagai. adusss..dusss... simpanlah bab tu tuk cerita kat anak cucu nanti :P

    pssst: mungkin sy jenis yang x open minded kot dlm bab-bab gini :P

    ReplyDelete
  11. betul2!! kalo x beringat mmg bole hancusss rumahtangga....

    bahaye FB ni sbb bole mnyambungkan semula 'silaturrahim' dgn bopren/gepren lame...kalo baik punye layan mmg hancuss la...

    insyaallah sy akan beringat...

    ReplyDelete
  12. ibudhani: sentiasa beringat satatus diri kita. Itulah yang sebaiknya. Jangan hancurkan rumah tangga sendiri dan juga rumah tangga orang lain. berdosa!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...