Wednesday, January 26, 2011

kisah satu malam

Misi untuk menggunting rambut Zarin tidak dapat dilaksanakan semalam. Selepas mengambil Zarin dari neseri, kami terus ke klinik Desa Sri Hartamas memandangkan encik suami tidak sihat. Zarin pula sepanjang masa asyik berkata

“Nak makan aiskrim, nak makan aiskrim”

Sehari sebelumnya pun dia menyebut juga, tetapi hajatnya untuk menimmati aiskrim tidak kesampaian gara-gara Zarin tertidur selepas kami selesai solat maghrib. (Kes dah berjanji nak pergi selepas maghrib)

Petang semalam kami tidak menghampakan permintaannya. Memandangkan papa kurang sihat, hanya saya dan zarin sahaja yang menikmati tutti frutti. Papa sila telan liur saja yea :P



Kerana terlalu kerap ke sana, hinggakan pekerja di situ bertanya

“Akak kerja kat sini ke?”

“Taklah, rumah akak area sini”.
Jawab saya

“Ooo, patut selalu datang”



Saya melemparkan senyuman sambil menunggu kad tutti frutti saya di cop. Sukanya, hanya tinggal lagi 1 cop untuk saya mendapat 50% diskaun bagi cup yang seterusnya. Yeaaaa! Suka. Selepas menikmati froyo, kami ke Subway pula.

Sebaik sampai di rumah, baru saya terperasan yang beg susu Zarin tertinggal di ofis. Rasanya memang dah ambil, cari-cari dalam kereta tidak ada.Adusss, dussss! Ketika itu jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Lantas saya mengajak suami ke ofis untuk mengambil beg tersebut. Dalam hati sudah berdup dap dup dap.



Sejujurnya saya memang takut nak ke ofis ambil beg tersebut. Dah la malam pula tu, orang dah tak ada. Kalaulah stok susu saya masih banyak, sudah pasti saya tidak datang mengambilnya. Ini dah kontang, nak tak nak terpaksa lah juga.

Ketika mengambil kunci di bilik guard, hati saya semakin berdebar-debar. Dada terasa nak pecah. Dalam hati tak putus-putus saya membaca ayat suci al-Quran. Lagi risau apabila Zarin ada bersama. Bukan apa, bimbang dia nampak sesuatu yang tidak sepatutnya. Lagi pula tingkat saya agak terkenal dengan “benda-benda yang tak nampak ni”. Lagi menakutkan apabila seorang rakan sekerja saya memberitahu bahawa ramai orang terjumpa “orang yang dah meninggal” di dalam lif. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! Lagi menggigil lutut saya.

Saya cepat-cepat membuka pintu. Tangan dah agak menggigil, hinggakan cari suis lampu pun tak jumpa. Huhuhuhuhu. Nasib baik suami saya terjumpa. Bila dah terang benderang, cepat-cepat saya ambil beg tersebut. Zarin pula seronok berlari ke sana ke mari. Aduiii, anak, mama dan pucat kamu sempat lagi nak berlari berkejaran.

Alhamdulilah, nasib baik tiada apa yang berlaku. Lega rasanya. Saya berharap kes tertinggal beg susu ini tidak berlaku lagi. Cukuplah sekali!



Setiba di rumah, kami cepat-cepat solat maghrib. Selepas itu menikmati subway. Nyum-nyum

Untuk kak dieyana, sila jamu mata tengok subway nie ya :P

Jemput makan!

15 comments:

  1. isy, part yg seram tu, tak nak baca haih!
    part yg bawah tu....sukeeeeeeeee, jamu2 mata hinggakan meleleh air liur, tq kerana telah melelehkan air liur ini, wakakakaka...

    ReplyDelete
  2. jangan diamalkan selalu! kehkeh... nanti ada yng ikut balik rumah.. ishh tak lah. ekeke

    ReplyDelete
  3. folo & BW..

    kalo free mehla jenguk belog ai..

    salam kenal! (^_^)

    ReplyDelete
  4. ida berjaya buat hati akak sikit cuak buka pintu n lampu opis ari ni tau... hehehe...

    ReplyDelete
  5. ida berjaya buat hati akak sikit cuak buka pintu n lampu opis ari ni tau... hehehe...

    ReplyDelete
  6. hehe...
    betul, betul, betul...
    sangat cuak kalau tinggal berdua dengan si kecik, kemudian dia tunjuk2 ke satu arah... siap nangis2... huwaaa.... rasa berdebar2 je.... :P

    ReplyDelete
  7. kak diey: mmg seram, meremang bulu roma :P

    hahahha! saje jekan, jangan lupa lap air liur tu :D

    ReplyDelete
  8. etiey: ikut balik rumah??? uwaaaa, lagi seram. kat ofis dh lah :(

    ReplyDelete
  9. ada Dalina: mmg sedap! sbb tu boleh dikatakan hari-hari subway!

    ReplyDelete
  10. noremy; Tq so much. ok, dh follow dah :)

    ReplyDelete
  11. Izwa: hari-hari subway sampai muntah :P

    ReplyDelete
  12. kak mar: hahahha, tahniah! tahniah! nasib baik lampu tu x terpadam balik selepas akak bukak :P
    kalau x lagi cuak! kihkihkih

    ReplyDelete
  13. kak sya: betul-betul. mulalah mama yang terlebih takut dari anak. eee, mintak jauhla benda-benda gitu.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...