Thursday, January 6, 2011

Memori (Feminin - Untukmu)

Setiap kali terdengar lagu kumpulan feminin iaitu, Untukmu atau Kini pasti membawa saya kepada zaman kecil-kecil dulu. Korang pun sure ingatkan, jangan buat-buat lupa pula :P! Memang famous sekitar 80-an atau 90-an dulu-dulu.



Kalau tak silap saya, waktu itu mungkin darjah 1 atau 2 (sekolah rendahlah). Yang kelakarnya, waktu itu saya, kakak, sepupu dan beberapa orang kawan akan menyanyi, menari dan mengikut setiap gerak tari sama seperti kumpulan Feminin tu. Kira tersimpul-simpul lah tangan dan kaki tue duk menari. Memang gempak habislah bila pandai menari macam feminin :P

Mula la sorang nak pakai baju kaler merah, sorang kuning, sorang biru, sorang hijau, sorang purple. Dah jadi ala-ala teletubbies dah. Hahahahaha. Kelakar sangat-sangat. Masa tu dah terperasan yang kami ni dah jadi As, Deq Nor, Wati dan 2 orang lagi tu, dah lupa nama dia. Owhhh, mula terkenangkan zaman kecik-kecik lagi.

Bukan sekadar menari, hinggakan rambut pun nak gunting pendek macam mereka. Ingat lagi saya dan kakak dulu, rambut panjang. Memandangkan kami pengawas dan kena pakai tudung pergi sekolah, jadi Ummi pun bawalah ke kedai gunting rambut ala-ala feminin. Mula-mula gunting memang seronok, tapi bila kawan-kawan dah tengok dan ejek macam lelaki, mula la menangis tak hingat. Sudahnya asyik pakai anak tudung setiap masa. Sekali pandang dah jadi macam kartun smurf dah. Hahahahahahah


Pic dr google-tq.

(kalau kakak saya terbaca entri nie sat lagi sure berdering telefon saya tue. Silent reader yang setia tau). Jangan marah ye Kak Mek, gurau-gurau je. Sayang kamuuuuuuuuuuuuuu!!!! Muaaaaahhhhhh!!!!

Kumpulan feminin nie pun glamer seiring dengan KRU, 4U2C dan seangkatannya. Tidak ketinggalan pakcik-pakcik saya turut mencari kasut boot Dr. Cardin lah, Dr. Martini lah dan satu lagi yang macam karipap tue. Nak bergaya ala-ala rappers. Masing-masing ada kaset/walkman. memang mengikut trend semasa la...Hahahahahahha. Bila diingat-ingat, memang lucu dan memalukan pula :P

Tapi itulah memori zaman kanak-kanak yang sangat manis untuk dikenang.

8 comments:

  1. hahahaahah...entry ni mmbuat ku tersenyum sndiri..kekekeke...:)

    ReplyDelete
  2. kita bersama mengejar mimpi..terpisah sementaraku pasti..suatu hari nnti cinta kita bersemi kembali menerangi mekar di taman hati..

    walaupun jauh pandangan mata..ku yakin kau kan tetap setia..begitulah ku jua..la la la la la la....

    hahaahahaha....

    ReplyDelete
  3. hehe.bkn kakak ida je teringat..kita pun teringat zaman kecik2 dulu.duk setia tepek kat radio bila lagu ni kuar.da tu,masa tu suka sgt ngan 4u2c.

    baru2 ni terdengar lagu nico- (inilah nasibku- tak ingat la tajuknya)..rasa kembali jap zaman kanak2 riang ria tu.hehe

    ReplyDelete
  4. yup..yup.. saya pon minat feminin jugak dlu.. ass feminin menjadi pujaan walaupon ms 2 muke depa ni selebet je..huhuuuu

    ReplyDelete
  5. Mrs eady: izwa, tentu ada memorikan??? hihihihihihi...

    ReplyDelete
  6. ashra: ahahahahaha...lucukan? kalau tgk atau jumpa gambar diorang mesti simpankan? hikhikhik. mmg kalau dgr lagu2 camgini terus senyum-senyum sorang. kihkihkih

    ReplyDelete
  7. Nadya: hahahahahhaha...setuju sangat. kira pujaan hatiku la kan? agak-agaknya sekarang ni wonder girls ala-ala feminin dulu-dulu la kan? :)

    ReplyDelete
  8. Nice entry... aku pun peminat diaorg gak. Sib baik de blog khas psal Feminin, ilang skit rindu... try ar visit www.justfeminin.blogspot.com

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...