Wednesday, January 5, 2011

Misteri Hantu Durian

Sejak kebelakangan ini, Zarin terlalu meminati filem dan cerita upin dan ipin. Hanya sekadar cerita, belum lagi fanatik kepada beg, pakaian dan sebagainya. Setiap hari pasti ingin menonton filem tersebut.

“Mama, nak hantu durian”

Maka setiap hari filem tersebut berputar, berputar dan terus berputar sehinggalah dia tertidur.


*pic dr. google-tq-

Namun baru-baru ini, saya terkejut juga apabila sedang dia leka bermain air di bilik mandi tiba-tiba

“Mama, hantu durian, tu hantu durian, akut (takut)”, sambil berlari mendapatkan saya.

Saya mula cuak.

“Mana ada hantu durian. Tengok, tak ada ape, mama tak nampak pun”.

Zarin terus menyengeh dan terus bermain seperti biasa. Saya mula meremang bulu roma. Betul ke apa yang dia nampak tu? Cepat-cepat saya tutup pintu bilik air. Mama memang dah terkenal dengan sifat penakutnya, terus tak guna toilet tersebut untuk hari itu. Huhuhuhuhhuuh

Tidak habis di situ sahaja, baru-baru ini pula, pada suatu malam ketika kami dalam perjalanan ke tesco, Zarin berkata lagi

“Mama tu hantu durian, akut (takut)” sambil menunjukkan ke luar tingkap dalam kepekatan malam.

“Mana ada, tak ada pun”, kata saya sambil memandang ke luar tingkap kereta.

Mama : Pa, betul ke Zarin nampak hantu durian tu? Selalu sangat disebutnya.
Papa : Tak adelah. Biasalah dia duk tengok cerita tue. Terikut-ikutlah. Awat, takut ke?”
Mama : Takut la juga



Misteri “hantu durian” ini memang selalu disebut-sebut Zarin. Kejap-kejap hantu durian, kejap-kejap hantu durian. Harap-harap itu hanyalah cakap-cakap sahaja, pengaruh TV. Tak nak fikir macam-macam. Zarin-zarin, takut juga mama dibuatnya.

7 comments:

  1. alamak..nape saya pulak yg cuak ni...meremang bulu tengkok saya...

    ReplyDelete
  2. budak2 bkn ke mmg leh nampak??
    kekeke..saje nk tambah menakutkan..padahal same2 pengecut..

    eh..sara mmg suke sgt upin ipin..hari2 layan upin..die sindri pn naik hafal dh...byk dh beli buku upin...

    ReplyDelete
  3. dah mcm mawar,stok ske men blkg langsir..
    pehtu sebut "antuuu"..
    sapolah ajo dia..

    ReplyDelete
  4. suspen juga ni..

    orang kata, budak2 boleh "nampak macam2"

    err... fuh, kiri, fuh, kanan

    ReplyDelete
  5. wahida: huhuhuhu...mmg meremang bila dgr bab hantu2 ni kan, serammmmmmm....

    ejan: uwaaaaaaaaaaaaa, sbb tu mama cpt2 tutup pintu dan boikot toilet tu sekejap :P

    oooo, sara pun minat yea? boleh geng la nie ;)

    ReplyDelete
  6. bonda mawar: tu la yang peliknya. mana la dia tau hantukan???? tp mmg budak2 boleh nampak katanya. tak pasal2 mama pulak yang terlebih takut

    Pala: uwaaaaaaaaaaa.....tu yang takutnya!!!! anak yang nampak, mama yang lebih takut...

    harap imaginasi sahaja, amin-amin, fuh! fuh!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...