Tuesday, January 25, 2011

Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup

Baru-baru ini saya telah membeli botol air baru iaitu Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup untuk Zarin kerana botol air kegemarannya sebelum ini telah rosak putingnya. Entri Zarin dan botol air kesayangannya dahulu boleh dibaca DISINI


puting yang robek seperti dikerit tikus

Mula-mula saya bercadang untuk menukar sahaja puting tersebut. Malangnya, sparepart untuk botol tersebut tidak dijual. Nak tak nak kena beli botol yang baru. Sob! sob!

Zarin pula tengah kemaruk dengan The Backyardigans : Pirates Treasure. Jadi ketika sampai di The First Few Years, The Curve mulut comelnya terus berkata

“Mama, Alo (Pablo), irate (pirates). Alen nak nie” sambil terus mencapai botol tersebut.




Pablo the Pirates

Saya pun mulalah membelek-belek botol tersebut. Munchkin Backyardigans Insulated Straw Cup, BPA Free. Zarin suka, jadi kami pun terus membelinya.



Yang saya suka tentang Insulated Straw Cup ini ialah, Boleh buka semua bahagian dan mudah dibasuh serta ada spare parts yang dijual!!!!! Yeaaaa...


Zarin pun senang minum menggunakan straw cup ini. Kemana pergi pasti Pablo the Pirates tersebut dikeleknya. Lepas ini Pablo apa lagi yang zarin nak yea???

4 comments:

  1. waahh..canteknya botol air zarin....

    ReplyDelete
  2. bagus.. zarin dah suka minum air suam!

    ReplyDelete
  3. Ada Dalina : memang cantik. harganya pun cantik. 40 hinggit! adusss. nasib baik tak tunjuk pinggan pablo yang seratus hinggit. kalau tak meraung mama!
    psst: baik beli corelle :P

    ReplyDelete
  4. etiey: yeaaa, jenuh juga nak cari botol yg menarik mintanya utk minum air suam. sudahnya si pablo ni la penyelamat. kehkehkeh

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...