Tuesday, January 25, 2011

Pakej 3 in 1

Pakej 3 in 1? Pakej apa nie? Pakej holiday ke?

Eh, bukan-bukan. Tapi pakej Tutti Frutti+Subway+ Cold Storage. betul la tu, 3 tempat sekali harung, sama dengan 3 in 1!

Boleh dikatakan dalam seminggu pasti 1- 2 kali kami akan singgah ke Tutti Frutti. Sejak Zarin suka makan aiskrim di situ (sebenarnya frozen yogurt (froyo), tetapi Zarin sebut aiskrim) memang kami pengunjung setia di sana.



Sebenarnya, zarin makan tak adalah banyak. Sikit saja, tapi papa dan mama yang terlebih suka sebenarnya. kihkihkih. Pantang Zarin sebut nak makan aiskrim berdesup je kami menyinggah. :P

Kalau boleh nak beli satu mesin Tutti frutti tu letak kat rumah. muahahahahahaha..Berangan mat jenin lagi. Lagi syok bila dapat 10% diskaun bila tunjukkan Jcard. Lagi panjanglah kaki nak ke sana.


Zarin pula seakan dan hafal kedai-kedai di situ. Sebaik selesai makan froyo, terus cakap nak burger (subway) pulak. Yang ni pun kami juga terlebih suka. Jadinya, pantang anak sebut, panjang jugalah kaki menapak ke subway. hahahahahahaahhaha


Zarin sukakan tuna sandwich dan juga raisin oatmeal cookies. Kalau beli subway mesti dia yang nak bawak. kadang-kadang hingga terseret di jalan. Adusss, anak-anak! Tak bagi meraung pulak!


mama jadi pokok bunga bergerak - serba hijau muahahahahah


Bila dah masuk kereta, mulutnya berkata lagi, nak susu lembu (fresh milk - di sebut susu "lembu" kerana dalam cold stroge tu ada seekor replika lembu di atas peti ais) . Jadinya kami menyinggah pula ke cold storage untuk membeli barang-barang dapur di sana.


my little happy family


Itulah yang saya namakan pakej 3 in 1! Wajib dan mesti singgah. kihkihkih. Juga sebahagian daripada aktiviti di hujung minggu jika kami tidak keluar ke mana-mana shopping complex terkemuka di ibu kota.


6 comments:

  1. tak pernah mkn subway..1 day nak kene try gak ler..:D

    ReplyDelete
  2. heheheh, 3 in 1 best! tapi lebih best kalu gamba subway bagi nampak, bagi k.diana terliur....heheheh, kalu lah subway tu dekat rumah kami jugak, tak tau la apa nk jadi ngan k.diana (k.diana aje yg terlebih2 nk mkn cenggitu..heheh-papa n anak2-cakoi sudahhh, hahahh)

    ReplyDelete
  3. Izwa: try la, dekat bgnn cimb tepi sogo tukan ada. dekat dah ngan ofis tu. kalu yg breakfast murah, rm6.50 siap ada telur dan dpt minuman lagi. cubanlah. rugi tak cuba :)

    ReplyDelete
  4. kak diey: muahahahahahaha.. x baik kak diey nie. dia mkn sedap, papa n anak-anak disuruhnya mkn cakoiii, tak patuttttttt!!!!!

    hahahahaha.. ok-ok, next time sy amik gamba. biasanya tak sempat nak amik gamba terus dh ngap. jom mkn subway arini - saje nak bg terliur! :P

    ReplyDelete
  5. Ye lah, sebab kalu k.diana ckp aje nk mkn cenggitu, mesti dia suruh mkn cakoi, hahahha.

    ReplyDelete
  6. kak diey: cakoi oh cakoi.
    jangan cangkul sudah :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...