Friday, January 28, 2011

Sampai bila harus begini????

Akhirnya hajat untuk menggunting rambut Zarin terlaksana juga setelah beberapa hari tertunda-tunda. Semasa sampai di KwikCut IKEA semalam jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam. Orang pula tersangatlah ramai gara-gara tukang gunting hanya ada 2 orang sahaja malam tadi. Kene tunggu hampir 45 minit. Eee geram-geram. Habis hajat nak makan meatball dan cuci mata tergendala!

Ok, berbalik pada kisah Zarin dan acara gunting rambut ini. Sekarang, rambut zarin semakin cepat panjang. Jadi boleh dikatakan sebulan atau dua bulan sekali pasti saya akan gunting dan rapikan rambut zarin.

Sebaik melangkah masuk ke dalam kedai, Zarin sudah pun menjerit

“Tak nak, tak nak, papa jommmmm, Alen tak nak”

Setelah dipujuk-pujuk, dia pun makin ok dan tibalah giliran Zarin untuk dirapikan rambutnya. Sebaik letak di kerusi, terus sahaja menangis, bergema kedai tersebut dengan jeritan Zarin. Nak taknak papa terpaksa meriba Zarin kali ini.



Maka bermulalah episod gunting mencantas rambut. Sepanjang proses menggunting dan merapikan tersebut, tangisan dan jeritan Zarin on off. Kejap nangis, kejap diam. Kejap nangis kejap diam. Suara yang tadinya bergema semakin beransur hilang,. Yang ada hanyalah esakan kecil. Sekali sekala menyebut



“Mama, mama, papa, papa”



Walaupun menangis, namun satu sifat yang harus dipuji ialah, Zarin tidak akan menggelepar atau meronta-ronta hendak turun dari kerusi. Hanya tangisan yang kedengaran. Tapi badan dan kepalanya keras macam patung. Kalau kain hijau tidak melilit tubuhnya, sekali sekala tangganya meagacau. Tetapi jika disarungkan kain hijau memang “patung bersuara” la jadinya. Hikhikhik.



Kadangkala kesian juga kepada tukang gunting yang terpaksa menahan telinga apabila Zarin menjerit bingit. Saya syorkan selepas ini, selain daripada memakai mask, mereka juga seharusnya memakai alat penutup telinga bagi menangani kes budak-budak yang suka menjerit nyaring seperti Zarin nie. Kihkihkih.



Semasa di dalam kereta, saya sempat bertanya Zarin

“Kenapa Zarin menangis dan menjerit tadi, sakit ke gunting rambut tu?”

“Tak sakit lah. Alen akutttt (takut)” katanya sambil tersipu-sipu

Hahahahhahha, memang dah agak, budak-budak mesti takut apabila tengok gunting, lebih-lebih lagi bila gunting lalu dicelah-celah cuping telinga! Cuma yang merisaukan, sampai bila harus begini? Terpekik terlolong setiap kali menggunting dan merapikan rambut!

Oh Zarin sila jawab pertanyaan mama! :P



Namun saya cukup puas hati bila melihat rambut Zarin ini, kemas dan rapi serta tersangatlah handsome, macam papa :P


Zarin aka Papa Jr.!

12 comments:

  1. ala ala la...dah bertambah hensem dh dgn rambut baru dia!:D

    ReplyDelete
  2. saya pulak kalau gunting rambut anak kat kedai india, si kecik tu mesti nangis, bila tanya nape nangis, dia kata sbb hitam...kahkah..
    kesian lak tgk zarin melalak...

    ReplyDelete
  3. Izwa: tq, nampak matang pulak, dh hilang dah cute2 tu. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. wahida: kahkahkah! sakit perut gelak. pandai dia ckp. aduiii. kihkihkih...

    mmg kesian, ni kira kes paksa tak rela la nie. huhuhuuh

    ReplyDelete
  5. ala tak hero la sayang zarin ni... iqbal pun leh tahan.. hehehe.. takut yer sayang?? suruh mama la jadi tukang gunting rambut zarin.. hehehheheh

    ReplyDelete
  6. jue: kalu mama jadi tukang gunting nampak gayanya zarin akan jadi Abu Bakar Elah Jr. muahahahahahahha

    ReplyDelete
  7. muahahahhaha.. ayooo mama dia gunting rambut mcm tu jer ker.. heheheh ala gunting hujung2 jer.. jgn ler wat abu bakar elah.. heheh.. tp budak2 mmg takut kan.. uh herannyer iqbal sikti tak takut.. aduiii dgn org putih ker, cina ker. india ker.,. bedasah jer dia salam.. peramah tul cikebal ni.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. haha...
    sama lah dengan darwisy ida...
    lalu depan kedai gunting rambut pun dia taknak.. ini pulak nak masuk... huhu.....

    ReplyDelete
  9. betul3..zarin tersgtla hensemmmm....muaaxx

    ReplyDelete
  10. mama jue: wah, bagusnya cikebal nie. zarin semua takut. Yang dia tak takut bila amoi cantik gunting rambut dia. aduiiii!

    ReplyDelete
  11. kak sya: Zarin masuk je kedai dah meraung. ayoyoyo. sama macamm Darwish juga

    ReplyDelete
  12. Ada Dalina: tq auntie. muaaach!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...