Monday, January 17, 2011

s.e.j.u.k b.e.k.u

sejuk! sejuk! sejuk!

Entah mengapa sejak dua menjak ini, aircond di ofis memang terlampau sejuk. Pendek kata memang boleh jadi beku, lebih-lebih lagi jika orang yang tak tahan sejuk macam saya nie. Sudah banyak kali call suruh kecilkan aircond. Mula-mula panas kejap, kemudian sejuk balik.Tingkat saya sejuk melampau, tingkat lain panas membahang.. Aduuuuii. susah-susah. Alangkah syoknya jika ada bulu yang tebal macam beruang kutub nie. ehehehehehehehehe


source: http://nieznanies.wordpress.com

Bila dah sejuk ni, mulalah asyik ke pantri bancuh kopi. Sudahnya kejap-kejap ke toilet, kejap kejap ke toilet, asyik nak terkucil. Sekarang ni pun saya telah memakai berlapis-lapis baju, dari cardigan + sweater + jacket + shawl lilit hidung ke bawah. Nampak mata je ala-ala ninja gitu. ehehehehehhe...sejuk weh!

Nampak gayanya saya terpaksa mencari winter coat cam nilah. Kira berangan macam duk di oversea la tu, :P


source: http://ioffer.com

Tapi serius, bila sejuk melampau, kadang-kadang terasa sakit kepala dan badan. Lebih-lebih lagi kalau selsema. Harap-harap lepas ni aircond kembali pada keadaan normal. Tak tahan bila mulut dan gigi terketaq-ketaq, sejuk. Susah nak fokus pada kerja!

11 comments:

  1. huuhhu, itu lah da, k.diana ni rasa kebas dah, rasa macam mandi ais! katanya, air cond baru servis...aduyai, rasa ketar sampai ke dalam perut!!

    ReplyDelete
  2. derang baru servis kot..
    tu pasal sejuk beku!
    hahaha..
    anyway,bear tu cantikla pose cmtu..
    hehee~

    ReplyDelete
  3. kat opis saya pun sejuk melampau...dah la saya ni ada semput...huh!!

    ReplyDelete
  4. eiii, walaupun saya berbadan dah ala2 polar bear tu, tetap tak tahan sejuk juga.... harus pakai macam orang eskimo kalau sejuk gitu... hehe

    ReplyDelete
  5. same laaaa kat office ni..mcm duduk dlm peti ais dah nie..terketar2 pegang pen!

    ReplyDelete
  6. hehehe....menonggeng sejuk bear tu..
    kat tingkat k.ida pun sejuk..k.ida selamba je pakai baju sejuk luar negara tu ida..cuma x ada bulu2 la kat leher tu...x pakai karang semput pula...huhuhu

    ReplyDelete
  7. kak diey: tu la pasal, nanti nak ajak abg pergi uniqlo cari baju nie. ehehehhehehe

    bonda mawar: dgr kata mmg camtu la, baru servis. tapi kesejukan melampau mmg otak jadi beku, huhuhuhuuu

    hehehehhe, bear tu boleh jd model :P

    ReplyDelete
  8. wahida: kalau ada semput lg parah. kesian awak :(
    harap mereka dapat buat sesuatu untuk aircond yang terlampau sejuk nie.

    ReplyDelete
  9. kak sya: ahahahahah...tak baik kak sya nie. Tapi serius sejuk sgt2. mmg nak kene beli baju camtu la selai. kdg2 rasa cam frozen food je. balik keje klua ofis "mencair"

    ReplyDelete
  10. kak sya: ahahahahah...tak baik kak sya nie. Tapi serius sejuk sgt2. mmg nak kene beli baju camtu la selai. kdg2 rasa cam frozen food je. balik keje klua ofis "mencair"

    ReplyDelete
  11. Mrs. eady: sama la juga kita. kene beli glove izwa :)

    Kak ida: saya pun nak carik satu la, kalau yg ada bulu-bulu pun ok juga. nak bungkus semua bia tak sejuk. tak tahan dah!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...