Saturday, January 1, 2011

Wendy's - Gadis bertocang

Sudah lama kami tidak menikmati fast food. Semalam ketika pulang dari memborong pampers mamy poko di Tesco Village Mall, kami sekeluarga singgah makan di Wendy's Mont Kiara. Pada mulanya teringin nak makan roti nan di Jalan Ampang, tetapi memandangkan malam tahun baru, sudah semestinya jalan sesak. Jadi kami singgahlah makan di Wendy's satu-satunya fast food yang paling berdekatan dengan rumah selain Mc'D.

Wendy's semalam agak lengang, tidak seperti sebelumnya. Daripada nak take away, terus tak jadi dan kami makan di situ kerana Zarin kelihatan selesa dengan persekitarannya yang lengang. Maka kami pun terus mengorder makanan.



Set quater beef + chili untuk papa dan set mushroom melt untuk mama. Untuk Zarin pula baked potatoes with cheese dan juga vanilla shake. Pada pendapat saya, Wendy's lebih sedap daripada restoren makanan segera lain dan ada salad serta pelbagai pilihan dan fresh. Nyum-nyum!





Syukur alhamdulilah, Zarin tersangatlah sporting semalam. Jika tidak memang kami langsung tidak berpeluang untuk menikmati makanan. Dan Zarin juga makan dengan banyaknya. Suka-suka! Sambil makan sambil berjoget-joget dan menyanyi mendengar lagu wonder girl, nobody-noboby but you! yang dipaparkan di skrin tv. Hehehehehe... lucu melihat telatahnya.



Bahagia melihat cinta hati saya makan dengan berseleranya. Apabila perut sudah diisi, kami pun pulang. Terima kasih Wendy's si gadis bertocang. Next time kami datang lagi :)

4 comments:

  1. x pernah rasa wendy's ni lg...nak try jugak la satu hari nnt...

    ReplyDelete
  2. wahida: try la. mmg sedap, terutama chili dan baked potatoes...nyum..nyummm

    ReplyDelete
  3. baju zarin sgt comei...
    baked potato KR xsedap!!
    harus cube di wendy's..

    ReplyDelete
  4. ejan: tq :). beli online, Lizothman.com

    yeke? x pernah mkn tu kat KR. Mmg selalu beli di wendy's, ada 6 pilihan. nyum-nyum...wajib di cuba!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...