Friday, February 18, 2011

Aku punya teman

Aku punya teman
Teman sepermainan
Dimana ada dia selalu ada aku

Dia memang manis
Dan juga baik hati
Dan dia slalu ada waktu
Untuk membantuku



Itulah lirik lagu yang sesuai untuk zarin dan temannya iaitu punching bag Buzz Light year. Sebenarnya dah lama membelinya tetapi Zarin taknak main. Hanya baru-baru ini sahaja mereka kembali berteman.


Punching bag ini sangat sesuai untuk Zarin bermain ala-ala ultaraman, WWF dan sebagainya. Bukan apa, sekali di lepuk dengan tangan kecilnya yang kejap itu berbekas juga pipi mama ni. Tambahan pula memang Zarin bertambah lasak sekarang ini.


Dengan adanya punching bag ini, lepuk la sekuat mana pun, dia patuh dan langsung tidak melawan. hahahahahahah. Tangan pun tak sakit, cuma kadang-kadang je dia melantun-lantun. Zarin selalu membawa Kawan baiknya itu ke mana sahaja dia bermain, dalam bilik, dapur, tuang tamu, balkoni dan kadang-kadang ajak buzz mandi bersama-sama. Tersungguhlah akrab.



Kadang-kadang gomol-gomol elok, kadang-kadang duduk dan lompat-lompat atas buzz tu. ada masa langsung tak nak kawan ngan buzz. Dan buzz pula, memang kawan sejati setia menunggu dan bersabar dengan segala kerenah kawannya itu :p
Tugas mama senang sahaja, hanya monitor Zarin bermain dan isikan angin. lalalalalalalalalalala

8 comments:

  1. ehh lebih kurang sama tinggi. zarin tak geget ker? yg eysraf aritu bertahan seminggu jer. dia geget lgsung di buang. dh tak leh wat pe. mybe msa tuh (lom setahun)tak reti sgt lg main dengan buzz ni...

    ReplyDelete
  2. hehehe.. kena carik nih.. yg dulu superman tu kecik dari dia.. habisnyer dia geget lengan superman.. hahahah

    ReplyDelete
  3. boy ok la kot nak ajak punching2 ni..
    kalo mawar,x sesuai kot..hehee

    ReplyDelete
  4. i nk beli gak bg encik somi...kekeke...

    ReplyDelete
  5. etiey: x gigit. dilepuk-lepuknya adalah. hikhikhik.

    ooo. lepas ni kena beli lagi satu la kat esyraf :)

    ReplyDelete
  6. mama jue: cari jgn tak cari, rasanya harga bawah RM30 kot. sesuai la untuk cikebal bnak bertinju :P

    ReplyDelete
  7. bonda mawar: kihkihkih. Tula, zarin ni ganaz sikit. Tapi kalu Mawar nak jadi mcm JLo dalam filem , eh lupa nama filem tu...

    ok kot :)

    ReplyDelete
  8. ejan: bg encik suami. hahahaha. jenuh nak bertinju la nanti :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...