Friday, February 25, 2011

Bila anak semakin bijak

Sungguh seronok apabila melihat anak membesar di depan mata. Bertambah seronok apabila setiap hari ada sahaja perkara baru yang dilakukan juga perkataan serta ayat-ayat baru yang diujarkan, pendek kata semakin hari semakin bijak.

Setiap hari, saya selalu ternanti-nantikan perkara baru yang ingin Zarin lakukan. Sudah menjadi rutin hariannya sebaik kami mengambilnya di neseri, dia menceritakan apa yang dilakukan di sana. Contohnya:

"Alen makan nasi ngan ayam, telur. Telur edas (pedas)."
"Alen makan bubur karot."
"Cikgu Ayu mandi Alen."
"Put wat Alen sini. Alen nangis."
"Zaquan nangis nak mama."

Dan macam-macam lagilah.



Setiba dirumah pula, ke mana Zarin pergi mama mesti berada di sisinya. Nak bergerak sikit pun payah. Apa yang kita pegang semua dia punya. Lagi susah apabila mendapat arahan dari bos kecik itu



“Mama duk sini. Engok tv ngan Alen.
“etop (laptop) Alen nak tengok Pablo, ekom (backkom)
“Mama tdo sini Alen nak nenen.”
“Alen nak susu lembu, mama pi amik la”.
“Mama kemas sat buku Alen, kita kemas sama-sama”



Aduiila... kadang-kadang saya curi-curi juga ngadap laptop dalam bilik. Pernah suatu hari tu, Zarin terjerit-jerit panggilkan saya. Namun saya hanya menyahut dari dalam bilik, namun tidak pedulikannya. Sedang saya leka melayan FB, tiba-tiba ;
Zassssssss, kelam, gelap gelita. Terus padam laptop. Rupanya Zarin sudah cabut plug. Bateri pula saya cabut. Alahai, anak mama lagi bijak rupanya.
Husband saya pun berkata;

“Ha, tulah, anak panggil tak layan sangat. Terus cabut plug. Padan muka mama” :p


kedebukkk, terkena batang hidung la pulak :P sorry mama

Lagi satu yang membuatkan saya terkesima dan termalu apabila zarin berkata

“Mama, kemaslah. Buh kacang dalam nie”

Saya hanya diamkan diri sambil terus membaca majalah. Kemudian dia menambah lagi.

“Malas la”

Aduiiiiiiii!! Terkena lagi. Entah mana dia belajar pun tak tahulah. Dikatanya mama malas. Oh anak, sungguh tak sangka. Itu tandanya mama kena ubah perangai ya!

Baru dua tahun lebih dah pandai cakap macam-macam. Selepas ini memang lagi banyak bertanya dan bercakaplah jawabnya. Alamatnya mama kena siapkan perisai dari awal sebelum ditembak oleh Zarin. ehehehehehehehehehe

17 comments:

  1. shuwittttt sgt zarin ni...seronok kan bile anak dh blh bercakap...sara msh pelat2 dlm bahasa die lagi..skrg ni tgh train die bercakap..

    ReplyDelete
  2. ohw.. huhu.. kalau saya mesti dah kena sound dek suami tuh. kalau suami ada kat rumah, jarang sgt boleh ngadap lappy.. anak nga bapak sama saje :P

    ReplyDelete
  3. hehehehe....ank dara saya pun sama.kuat membebel...kadang2 terkedu ngan perkataan yang kuar dr mulut dia...

    ReplyDelete
  4. hahah...lucu la zarin ni, "mama duk sini, alen nk nenen, mama, alen nk susu lembu, p amik la" fuhh, mama mama mama, best la papa bleh rehat jap..ihkhihk...

    ReplyDelete
  5. pandainya zarin nih....
    kalau dapat adik nanti, macam mana la tuh.... :D

    ReplyDelete
  6. bos kecik ni kemain lagi yer
    kelakar laaa

    ReplyDelete
  7. aku pelik juga.. kenapa "zarin" jadi "alen" pula ?

    Kalau anak aku suka cakap kat ibu dia..

    "apa la ibu ni... hegeh, hegeh.."

    ReplyDelete
  8. ejan: mmg seronok, tiap hari mesti tertunggu-tunggu apa dia nak sebut. hihihihi

    takpe, slow-slow yang penting kita jgn ckp pelat ngan dia.

    bila sara dah byk mulut nanti sure letih nak menjawab 1001 pertanyaan. :)

    ReplyDelete
  9. etiey: kdg2 kena sound juga. kehkehkeh

    ReplyDelete
  10. mummyecha: budak2 baru pandai berckp mmg mcm tu la kan. kita pula yang seronok bila dgr. kadang-kadang tak sangka dia tau perkataan tu. anak-anak :)

    ReplyDelete
  11. ila: tu la, terkedu mama. lps ni x boleh buat gitu dah

    ReplyDelete
  12. kak diey: papa mmg syok, mama kalau demam pun x boleh nak rehat. aduhaiiiii

    ReplyDelete
  13. kak sya: kalau dapat adik mesti boleh harap kot. jenuhlah mama kena bebel nanti :P

    ReplyDelete
  14. nuyue: ahahahaha. belagak jadi bos, tapi bila kena marah terus nangis. kihkihkih

    ReplyDelete
  15. pala maldini: ahahahahahahha, terhegeh-hegeh?? tak tahan betul nurin nie, pandai dia ckp gitu.

    kami panggil "zarin", tapi dia bisakan dirinya "Alen" (pelat budak-budak)

    ReplyDelete
  16. hehehe....kelakar la zarin ni :D

    amboi cam boss kecik ngandap laptop..beriya-iya sungguh zarin...hehehe

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...