Monday, February 14, 2011

Budak demam selera tinggi

Petang Sabtu yang lalu badan Zarin sudah mula suam-suam kuku. Setelah pergi berjumpa doktor dan memberikannya ubat, dia terus tidur. Apabila bangun, badannya kembali panas dan mulalah Zarin merengek. Badannya pula sekejap panas sekejap sejuk. Bila sejuk dia akan aktif bermain seperti biasa. Tapi bila panas, memang merengek sajalah hinggakan saya langsung tak boleh berenggang dari sisinya. Memang anak manja :)

Petang Ahad pula, suhu badannya naik mendadak, 39.4'C. Panas mula membahang. Untuk mengawal suhu badannya, sekejap-sekejap kami lapkan badannya dengan air suam. Pendek kata, tubuhnya langsung tidak pernah kering. Bukan apa risau jika suhu terlampau tinggi akan terkena sawan. Dan yang tak tahannya apabila dia asyik nak berdukung. Memang sengetlah pinggang mama. Dengan papa langsung taknak. Huhuhuhuuhuu



Tapi demam Zarin kali ini agak berbeza, demam tapi berselera tinggi. Kejap nak KFC, kejap nak biskut bear, kejap nak Milo, coklat, soya, pizza dan macam-macam lagi. Berulang kali jugalah kami ke kedai membeli apa yang diinginkannya. Dan paling tak sangka Zarin meminta basikal Ben 10!

Malamnya pula, Zarin mengajak kami jalan-jalan tengok mercun (bunga api) dan lampu. Tetapi setelah dipujuk, Zarin ok dan taknak pergi jalan-jalan.

Tidak cukup di situ, bangun pagi tadi Zarin meminta burger pula. Kami pun membawanya ke Subway, tetapi dia tidak mahu burger itu. Nak burger kat "sana" katanya. Bila di tanya berkali-kali nak burger kat sana mana? Barulah Zarin berkata nak "Cheese ato" (baked potato cheese). Barulah kami faham rupa-rupanya nak makan Wendy's.



Oh, Zarin, demam-demampun sungguh tinggi sekali selera makan kamu. Walaupun makan tak habis, tapi oklah juga kerana mahu makan. Dan sekarang hanya satu lagi benda yang asyik disebut-sebutnya iaitu basikal Ben 10.

Ok sayang, bila Zarin dah sihat nanti kita beli ya. Semoga sayang mama cepat sembuh!

17 comments:

  1. alamak...zarin auntie pun nk demam la bleh mintak mama Subway..hihihi..:)

    semoga zarin cepat sembuh ye..:)

    ReplyDelete
  2. moga cpt sembuh zarin..
    kang dptla basikal klau dh sembuh..

    ReplyDelete
  3. pergghhhh...demam pun demand ko...
    cepat2 baik tau...shian dia...

    ReplyDelete
  4. mmmm bestnye selera zarin yg demam ni....tinggi suhu zarin 39.4deg... moga cepat sembuh ye zarin!!

    ReplyDelete
  5. siannya... heheh! tak pe.. selera tinggi cepat baik ;P

    ReplyDelete
  6. comel.
    tu la mama asik ajar selera tinggi,dah request mcm2.
    yg penting cepat sehat & dpt beskal ek zarin.

    ReplyDelete
  7. dmm nk mkn sedap2 yer zarin? nway, moga cpt sembuh yer?

    ReplyDelete
  8. St kesian tgk muka anak2 demam....

    ReplyDelete
  9. Mrs eady: tq izwa, alhamdulilah Zarin dah ok. cuma ada batuk lagi sikit. hahahahaha..boleh-boleh, subway di CIMB sebelah sogo :)

    ReplyDelete
  10. ejan: tq so much> sekarang ni mama pula yang pening duk cari basikal ben10! aiyooooooooo

    ReplyDelete
  11. wahida: demam kali ni mmg dia demand sungguh! high taste budak nie.
    apepun tq doakan untuk zarin :)

    ReplyDelete
  12. ibudhani: terima kasih :)
    itulah yang paling merisaukan bila Zarin demam. amik masa yg agak lama dan suhu tinggi! Alhamdulilah dia dah sembuh, terima kasih sekali lagi doakan Zarin :)

    ReplyDelete
  13. etiey: mama pula yang rasa nak demam nie :P

    letih nak layan selera dia tu. uhuk-uhuk

    ReplyDelete
  14. etiey: mama pula yang rasa nak demam nie :P

    letih nak layan selera dia tu. uhuk-uhuk

    ReplyDelete
  15. ainiyah: itulah pasal. aduiii, lentur buluh biar dari rebungnya. alahai ni dah jadi buluh x dapat la nak berbuat apalagi. kihkihkihkih...

    ReplyDelete
  16. ada dalina: demam rindu+nak beskal tu. huhuhuhu

    apepun tq so much sebab doakan Zarin :)

    ReplyDelete
  17. kak diey: itula pasal. Kita pula yang sedih sama. Bila dia asyik nak berdukung dan lemah longlai.

    pssst: semoga wafiy pun cepat sembuh yea :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...