Tuesday, February 22, 2011

cucur keria cek mek molek

Saya sangat sukakan makanan yang berasaskan keledek. semalam ketika pulang dari kerja, sempat juga saya membuat cucur keria dan cek mek molek memandangakan suami saya tidak mahu makan nasi.

Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

5 ketul keledek bersaiz sederhana
1 biji telur
tepung gandum
sedikit gula icing (cucur keria)
sedikit gula pasir (cek mek molek)

Cara membuatnya

Rebus keledek sehingga empuk, kemudian kupas kulitnya dan lecekkan. Apabila telah hancur, masukkan telur dan kacau sebati.Selepas itu, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh dan bolehlah dicanai.



Untuk kuih keria, saya bulat-bulatkan macam donat dan goreng garing. Memandangkan saya tidak suka cucur keria yang disira gula (gula bertepek-tepek), saya gantikan dengan gula icing yang ditabur.


Kalau kuih cek mek molek pula, canaikan adunan dan masukkan satu sudu kecil gula ditengahnya dan kemudian tutup. Bolehlah digoreng sehingga kuning keemasan.



Inilah rupa cek mek molek saya. Bila makan kuih cek mek molek ni tiba-tiba teringat Datuk M. Daud Kilau sedang bergelek sakan lagu cek mek molek.

"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"
"senyumlah senyumlah ahai cik mek molek"



12 comments:

  1. wah..rajinnya...saya kalau bab buat kuih ni mmg fail..kalau lauk pauk boleh ampun lagi....hehehe...

    ReplyDelete
  2. dedi suke sgt keria..tp, die panggil kuih gelang...hehe...adela 2,3 kali buat kuih ni..

    ReplyDelete
  3. teringat kuih keria mak sendiri buat..
    aisehhh~

    ReplyDelete
  4. akak paling suke buat kuih keria!! keledek mesti lebih..kalo beli tu kan tepung je yg rasa nyampah kan..

    ReplyDelete
  5. jadi juga kuih keledek ye...bestnya makan panas2

    ReplyDelete
  6. wahida: rajin sbb teringin nak mkn. kalau yang simple2 bolehla sikit. masih dlam proses belajar lagi. jom kita sama-sama belajar nak? nanti bukak gerai kat bazar ramadan :)

    ReplyDelete
  7. ejan: boleh geng ngan dedi mula. mmg sedapkan. kalau keledek banyak lagi sedap

    ReplyDelete
  8. bonda mawar: kalau yg mak buat mmg takde tandingan. semuanya sedap!

    ReplyDelete
  9. vill: kuih simple je nie. nak try wat cheesetart mcm vill jual tu tak terjadi2 pun lagi. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  10. kak risa: tu la pasal, keras pulak tue. kadang buat sendiri lagi puas makan walaupun penat sikitkan? :P

    ReplyDelete
  11. kak ida: jadi, tapi x la cantik sgt. janji sedap. makan sambil minum kopi. pergghhhh! meleleh!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...