Friday, February 11, 2011

Jamu oh Jamu

“Anak baru sorang badan dah sakit-sakit, macam mana? Kita ni orang perempuan bila dah besalin banyak urat putus, sebab tu kena makan jamu..bla...bla...bla”

Itulah antara kata-kata yang Ummi bebelkan ketika saya mengadu badan terasa lenguh-lenguh dan sakit-sakit semenjak dua menjak ini.

Memang saya akui, selepas bersalin saya langsung tidak mengambil sebarang jenis jamu atau maajun. Yang saya makan hanyalah ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital. Bukan tak mahu makan,tetapi baru makan setengah biji saya dan Zarin dah demam. Akhirnya saya langsung tak makan apa-apa jenis ubat.

Apa yang Ummi saya katakan itu ada juga kebenarannya. Baru sekarang saya tercari-cari produk, jamu, maajun atau sebarang jenis ubat yang boleh membuatkan badan terasa segar dan sihat. Bukan tak pernah cari, pernah, tapi takut untuk mencuba , bimbang jika susu merudum, lebih-lebih lagi Zarin masih menyusu badan.


sumber: rahsia-slim.blogspot.com

Di hadapan ofis saya ada seorang makcik yang menjual serbuk jamu atau maajun ini. Tapi saya takut juga nak cuba. Menurut makcik tersebut, serbuk itu sangat elok dan diluluskan oleh KKM. Khasiatnya juga seakan sama dengan jamu kocok yang dijual di Indonesia. Mmmmm

Dalam hati teringin untuk mencuba Jamu Mak dara, Nona Roguy dan juga Maajun Anggun Bestari. Kalau ada kawan-kawan yang tahu atau arif berkaitan dengan jamu ini, sudilah kiranya berkongsi dengan saya. Atau bolehlah syorkan produk apa yang bagus.

Bukan apa, badan yang sihat dan cergas penting buat saya untuk menanti kehadiran ZS jr. Tambahan pula, bila umur dah semakin meningkat, sudah tentu semuanya perlu dijaga, baik dari segi kesihatan, kecantikan, luaran dan dalaman. Terima kasih.

18 comments:

  1. cubalah nona roguy... so far ok la ditambah suplemnet lain. ngah mencari suplement resdung pulak ni;; hadoiiii!

    ReplyDelete
  2. ku makan jamu mak dara ni alhamdulillah susu tak pernah kurang & tak panaskn bdn anak pun cuma cuma cuma..kene berhati-hati lebih sb jamu mak dara ni menyuburkan kite...oppss....

    ReplyDelete
  3. makan jamu anggun bestari.. ok.. takder la teruk sangat.. sebab sebiji sehari.. pehtu bnyak minum air.. kalo bab2 air mmg lemah skit ler.. tak dapat nak telan..

    ReplyDelete
  4. daku pn akan start mkn jamu pas bsalin nt..
    anak 1st dulu x mkn jamu sgt,sbb bfeed..
    2nd ni akan kucuba telan seme itu..hoho~

    ReplyDelete
  5. tapi, kena lah selidik dengan teliti.. sebab banyak yang tiruan sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. sis, kita penah try jamu mak dara...
    mmg bdn rasa bertenaga tp since peknen n bsalin hari tu terus stop...dlm pntang hanya amik set DCL (bidadari & Qshe...) bila dah abis produk tu x ulang dah..so, skang ni skt2 bdn blk..huhu..tgh usha2 gak produk lain...

    ReplyDelete
  7. hehehe..ingatkan tajuk tu macam ida dah mula makan jamu

    Dulu k.ida masa anak baru sorang makan jamu dari produk Mustika Ratu je, alhamdulillah kalau menyusu badan x memudaratkan susu atau anak pun, dan badan leh maintain cergas n slim..ahaks

    Tapi sekarang macam2 jamu dah ada kan..yang penting kena cuba..sebab x semua jamu serasi dgn badan kita.

    ReplyDelete
  8. kak diey: harapnya begitulah. Tengah survey-survey lagi mana yang elok nie :)

    ReplyDelete
  9. etiey: nona roguy kakak saya penah makan, tapi pening kepala. jadi saya pun fobia nak cuba. Tapi bergantung pada badan seseorang jugakan?tapi kalau tak cuba camne nak tahu kesannya. try n error. resdung? kene pantang makan la kot eh?

    ReplyDelete
  10. mrs eady: menyuburkan???? aiyooooo! chop! chop! dulu :P

    ReplyDelete
  11. mama jue: ooo, MAB boleh masuk dalam senarai nie. pasal minum air banyak xde masalah. mmg kuat minum pun :)

    ReplyDelete
  12. suraya: harap begitulah. kekal cergas dan cerdas :)

    ReplyDelete
  13. bonda mawar: chaiyok! chaiyok! makan jamu apa?

    ReplyDelete
  14. pala maldini: "like"

    itu yang kene berhati-hati sikit tu. cik puan makan jamu apa ya?

    ReplyDelete
  15. Ada Dalina: ooo, saya puna da dngar bidadari tu elok. tapi badan nie cepat demam bila makan jamu. adusss! dusss!

    ReplyDelete
  16. kak ida: tu la pasal. nak cuba takut pulak rasa. senang-senang order amway je la ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...