Tuesday, February 22, 2011

keras kejung

Sungguh bahagia apabila melihat anak membesar dengan sihat, aktif, cergas dan lincah! Walaupun kadang-kadang demam, normallah untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kita yang tua ni pun demam juga. Oleh itu, janganlah sentiasa merungut bila anak tak sihat. Anggaplah diri sebagai insan terpilih yang diberikan Ujian oleh-Nya.



Zarin tersangatlah banyak kerenahnya. Sekejap aktif yang amat, tak sampai seminit boleh meraung bagai nak rak. Macam-macam sungguh. Bayangkan dari tempat parking yang hanya ambil masa lima minit untuk sampai rumah boleh berubah menjadi 20-30 minit baru boleh sampai! sabar je lah!



Turun kereta terus nak pergi kedai. Bila dah pergi kedai corner pulak sana-sini, singgah sini, lari situ, tengok ini, tengok itu. Paling tak tahan bila buat badan macam patung. Keras kejung tak nak bergerak! Alahai anak-anak. Kalau mood dia ok, memang beruntunglah. Kalau mood tak ok, merap sampai malam. Yang ni memang letih nak layan.

Tapi kerenah yang pelbagai inilah yang sentiasa mencuit hati. Sebagai ibu bapa memang memerlukan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak.

anak-anak??? amin-amin :P

14 comments:

  1. anak2..biasalah kan ida..macam2 kerenah dan macam telatah:)

    ReplyDelete
  2. menunggu dorang besar.. aduhai kan.. sabar je lah apa leh buat.. dugaan membesarkan 'mereka'.

    ReplyDelete
  3. anak akak tak nampak umur 2 tahun la.. besar.. iqbal cikeding....

    ReplyDelete
  4. ye betul tu...mcm faiz,sgt kena sabar dgn kaletah dia

    ReplyDelete
  5. huhu, my lil boy skrg pun dh mcm2 ragam dia...

    ReplyDelete
  6. anak- anak....kekekeke..jomla kiter berjemaah ber anak-anak...

    ReplyDelete
  7. makin besar diorg nie makin banyak ragamnyer..semuanyer dah cerdik2 belaka...diorg nie cepat belajar..letihnyer kita la..tp itula kekadang telatah diorg nielah menghiburkan kita...

    ReplyDelete
  8. kak risa: itulah kaka. kalu mood dia ok syukur alhamdulilah. tapi kalu mood dia tak ok, ditambah pulak kite tgh stress+penat balik keje, mmg boleh hilang sabar dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. etiey: sabar separuh daripada iman, walaupun kadang-kadang hilang sabar juga. huhuhuhuh

    ReplyDelete
  10. jue: ikut rangka suami akak kot. tinggi, kalau ikut akak, cikeding juga agaknya :)

    ReplyDelete
  11. Ila: memang, budak-budak yang sebaya Zarin memang macam-macam keletah. sentaisa bersabar walaupun kadang-kadang tak sabar juga

    ReplyDelete
  12. ashanas: budak-budak tengah membesarkan. Tapi serius terhibur melihat telatah mereka kan? :)

    ReplyDelete
  13. ejan sara: jom-jom, misi 2011, hasilnya 2012? aci gitu? :p

    ReplyDelete
  14. mummyecha: betul sgt2. bila kita marah-marah terasa mcm menyesal lepas tu. lebih-lebih lagi bila derang wat muka cute kan? Kena banyakkan bersabar. harap kesabaran tu sentiasa bersama kita :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...