Thursday, February 24, 2011

Lari dari rumah?

Siapa yang nak lari dari rumah tu??? iskk, iskk, iskkk, kena repot polis nie.
Inilah hobi baru Zarin sekarang. Suka sangat main beg balik kampung mama nie. Sekali tengok macam orang nak lari dari rumah atau kena halau dengan tuan rumah. Bila tengok lagi teringat pulak kes heret beg oleh budak-budak AF yang tersingkir, sob, sob, sob!



Jika dimarah, nanti mengamuk tak hingat. Kalau dibiarkan semakin menjadi-jadi pula. Diheretnya beg tersebut ke mana-mana. Habis lekat debu-debu beg mama! eeee, geram, ada je nak kena cubit nie!



Ada suatu hari tu ketika kami sedang bersiap-siap untuk ke Mid Valley, Zarin pulun duk tarik beg nie. Kesudahannya, terpaksalah bawak beg nie samapi ke tempat parking. Nasib baik bila sampai di Mid Valley dia taknak pulak tarik, kalau tak lagi haru!

Sudahnya beg mama menjadi penumpang setia dalam bonet. Ke hulu ke hilir mengikut ke mana kami pergi. Biarlah beg tersebut aman bersemadi di sana, daripada menjadi bahan mainan Zarin. Mama akan ambil beg tu bila kami nak ke kota keriangan nanti :)

Pesanan untuk Zarin: Mainlah mainan yang mama belikan sayang. Jangan duk main benda yang pelik-pelik/bukan-bukan. Membazir duit mama tau. Lepas ni mama taknak beli dah mainan. Nanti mama beli beg tarik kat Zarin satu, mainlah sampai rosak yea :P

20 comments:

  1. Hehhehe, main tarik2 beg pulok doh. dah boring main mainan yg ada....;-)

    ReplyDelete
  2. adoyaii....budak2 memang cam tu kan..benda yang kita x bagi main yang tu la dibawanyer main...kang x bagi satu umah dengar suara dia....

    ReplyDelete
  3. bnyk2 mainan beg mama dia gak yg dia suka...huhu..nasib x main handbeg!kihkihkih..

    ReplyDelete
  4. hahaha beriye giler zarin menarik beg tuh, tu la budak2 kang di marah protess tak di marah makin menjadi lak

    sabar yek (ni untuk diri sendiri jugak nih hikhikhik)

    ReplyDelete
  5. haha, die best kot sbb beg tu leh tarik tolak...

    sy jitra kt bkt indah, bdr darulaman. abg n pcik awk kt mana? ala, jitra ni tak besar mana pun... hehe...

    p/s: dtg click hb jgk...

    ReplyDelete
  6. hehe,smpai ke midvalley berjalan beg tu...beg besar dari tukang tarik tp gigih nak bwak merata2 hehe..comel je =D

    ReplyDelete
  7. tak pernah pula aku nengok orang lari rumah bawa beg roda cam gitu... camne nak lari ? beg je pun dah berat..

    ReplyDelete
  8. jimat juga,tak payah beli mainan,bagi je beg tu

    ReplyDelete
  9. nanti kalau nak lari, zarin telefon jer aunty ct.. nanti aunty ct g culik... bawa zarin makan aiskrim :P

    ReplyDelete
  10. nak lari umah ker zarin?
    mai lari ke umah aunty nuyue
    nanti leh main dgn awish..

    ReplyDelete
  11. kak diey: tu la tu. ada je akal nak main. tapi ok juga lps ni x pyh beli mainan lagi. kahkahkah

    ReplyDelete
  12. mummy ecah: tu la masalhanya. Bila dia main kita marah, tapi bila dilarang dia meraung bertamabhlah pening jadinya. last-last biarkan saja, serba salah pulak jadi nya. emmmmm

    ReplyDelete
  13. mrs eady: hanbag dia jarang main. kecuali ada lipstik. mmg jd crayon lah jawabnya. hahahahahah

    ReplyDelete
  14. mappiau: tulah masalahnya. aduiilaaaa.. lagi dibiarkan lagi menjadi.sama-sama kita muhasabah diri. ekekekekekeke

    ReplyDelete
  15. ashanas: Salah satu faktornya. ada roda juga. hahahahha..

    abg sy duk bandar darul aman juga, darulaman heigh. pakcik pun duk area situ, yg nak masuk ada pintu gerbang kepala singa/gajah ntah. dah lupa. dan sepupu duk kondo 900.

    tq klik2 yea :)

    ReplyDelete
  16. izan: hikhikhik. tu la, cam nak lari dari rumah je. macam nak terbalik ditariknya beg tu. aduhai, macam-macam sungguh anak-anak nikan?

    ReplyDelete
  17. palamaldini: budak kecik byk keperluan, sbb tu beg besar dari tuan :P

    ReplyDelete
  18. ct n honey: mmg jimat belanja. bajet beli maiann boleh jadikan saving. bijak-bijak!

    ReplyDelete
  19. etiey: beres!!!kalau gitu mama zarin pun nak lari dari rumah jugaklah. dapat mkn aiskrim free. nyum-nyum :P

    ReplyDelete
  20. nuyue: mama marah zarin nak larilah :P
    rumah auntie ada beg besar gini tak? boleh main lawan tarik ngan awish. ekekekekekeke

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...