Tuesday, February 22, 2011

Lipstik oh lipstik

Lipstick, gincu atau lebih tepatnya pemerah bibir memang tidak dapat dipisahkan daripada wanita untuk menaikkan seri wajah. Ada orang yang tak perlukan sangat lipstik, kerana bibirnya sudah merah asli, bab delima merekah. Ada pula yang kalau tak pakai lipstik muka akan jadi pucat lesi. Alhamdulilah, saya tergolong dalam golongan yang tidak perlu sangat memakai lipstik, tetapi bibir tidaklah semerah delima merekah, mungkin delima yang baru nak masak. muahaahhahahahaha...

Lipstik harian saya hanyalah lip gloss atau lip balm sahaja. Inilah antara lipstik-lipstik yang menjadi pujaan hatiku.


source:http://fairhanieshop.com


(a) Yang paling saya gemari ketika ke pejabat ialah mood magic lipstik keluaran nutrimetics iaitu green wonder, Orange Bluff dan juga Gold Miner. Warna lipstik ini akan bertukar mengikut darah dan juga mood masing-masing. Selalunya saya pakai Gold Miner, kadang-kadang kalau nak merah sikit baru calitkan Green Wonder atau Orange Bluff.

source: http://sebamed.com/


(b) Yang paling tak dapat dipisahkan ialah, lip balm sebamed. Memang menjadi rutin harian dan saya selalu calitkan ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu. Bukan apa, suami saya tidak menggemari jika saya memakai color yang terang-terang, nanti kena tegur dan disuruhnya lap dengan tisu :(


source:http://indianvanitycase.com

(c) Pemerah bibir pilihan saya yang seterusnya ialah Maybelline lip gloss color &care. Yang ini baru beli masa CNY hari tu. Pusing-pusing dalam watson terbekenanlah pulak. Tapi saya jarang guna sebab ada perasa.

Itulah sedikit sebanyak lipstik yang saya gunakan. Bukan saya tak teringin nak mencuba yang lain. Malangnya bibir saya alah kepada lipstik yang berwarna. Bila pakai lipstik juga bibir saya akan rasa membahang, kering dan menggelupas. Oleh sebab itu,saya lebih selesa dengan lip gloss dan Lip balm.

Lagi satu, bila memakai lipstik, bibir terasa terjuih dan terperasan merah seperti kepala lori!

Inilah rupa bibir saya tanpa sebarang calitan lipstik.


Tadaaaaaaaaa!!!!

Seronok juga jika bibir alah nie. Jimat belanja.

"isteri selesa, suami bahagia" (bahagia sebab tak perlu sediakan elaun lebih untuk lipstik) ~lalalalalalalaalalala~

14 comments:

  1. tak pe da, elok dah bibir da tu, kalau dh terbiasa dr dulu pakai glos, jgn diajar2 pakai lipstick yg ntah apa2, kan lagi tk cntik bibir delima yg bru nk masak tu..hehhe

    ReplyDelete
  2. untung la ida..sama mcm my sis..tak payah beli lipstik bagai,sbb allergic..hehe..tapi ayu mu tetap terserlah walo tak pakai lipstik pon..hehe ;)

    ReplyDelete
  3. untungnya ida tak yah pakai lipstick, lady ni kalau tak pakai nampak pucat hehe.. so lipstik mmg tak leh tinggal.. :D

    ReplyDelete
  4. hehehe..suami bahagia yg tak tahan tu

    ReplyDelete
  5. lipstik merah menyala nanti macam makngah pula :p

    ReplyDelete
  6. u have natural beauty lah dear..hehehe

    ReplyDelete
  7. eh eh same la lipstik kite, akak gune yang orange bluff tuh soooka sangat ngan warne die tau hihihi

    ReplyDelete
  8. kak diey: ahahahahahaha..tu la, kadang-kadang tgkl org pakai teringin. tapi bila memikirkan risikonya, terpaksa tahan nafsu nak beli MAC!

    ReplyDelete
  9. shasha: alahai besan, malu i, kena uplah hantaran untuk alya camnie gak :P

    ReplyDelete
  10. Lady: lipstik penyeri wajah, nanti baba, arry n molly bertambah sayang :)

    ReplyDelete
  11. Ila: bahagia sebab tak perlu bagi elaun. kalu tak kerut dahi juga agaknya. hikhikhik

    ReplyDelete
  12. etiey: hahahahahha, tu la pasal. lagi tak thn, bukan setakat bibir, gigi pun kadang-kadang merah macam makn sirih la pulak jadinya. kehkehkeh

    ReplyDelete
  13. kak risa: love u la kak, tq2 :)

    ReplyDelete
  14. Mappiau: ada geng rupanya. memang best. tapi skang susah nak cari dealernya. Sebab tu aklau terjumpa org jual beli banyak2 terus. :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...