Monday, February 21, 2011

Polygon kid - Aku Sebuah Basikal

Semasa demam minggu lepas, boleh rujuk di entri INI, setiap hari Zarin meminta basikal Ben10. Mungkin juga demam nak basikal. Untuk tidak menghampakan permintaan Zarin yang baru baik demam itu, kami pun sibuk mencari basikal Ben10 seperti yang diminta. Basikal Ben10 ada dijual di toy r us, tetapi harganya RM499 (adoooiii, fengsaaaan!). Menurut seorang kenalan di FB (Kak As), basikal Ben10 ada di jual di Seri Rampai, dan harganya dalam lingkungan RM200. Tanpa melengahkan masa, suami saya terus ke sana. Malangnya basikal Ben10 tidak ada. uhuk-uhuk.

Semalam pula, aktiviti kami mencari basikal Ben10 pun bermula. Mula-mula kami ke sebuah kedai basikal di Damansara, memang ada basikal Ben10 tetapi harganya RM490 (fengsannnn lagi). Tambahan pula, basikal tersebut biasa sahaja, cuma ditampal-tampal sticker Ben10. (mama pun boleh buat gitu :P)

Kemudian baru kami teringat yang tahun lepas Rodalink yang menjual basikal Polygon ada membuat promosi di Mid Valley dan Zarin suka salah sebuah basikal yang dipamerkan. Lantas kami terus ke kedainya yang terletak di Sri Hartamas. Mula-mula sampai, saya sudah terjatuh hati apabila terpandang sebuah basikal iaitu Polygon Kid Crosser 12.



Yang kelakarnya waktu itu, Zarin yang baru bangun tidur tak nak basikal tersebut. Setelah di tanya berkali-kali tetap tak nak. Jadi kami pun tak jadi beli. Kemudian kami ke Rodalink Bangsar pula, kerana menurut jurujualnya, di Bangsar ada lagi banyak pilihan basikal untuk kanak-kanak. Tetapi bila masuk dalam kereta, muka Zarin mencebek. Nak basikal tu! nak basikal tu! Haaa, tau pun nak, tapi bila tanya tak nak, buat muka malu-malu.


Malangnya, sebaik sampai di Bangsar, basikal tersebut baru saja dijual dan memang out of stock! aduiiiiii.. Sekali lagi Zarin mencebek dan menjerit nak basikal. Lantas, kami berpatah balik ke Sri Hartamas. Sampai di sana, Zarin terus memgang basikal tersebut dan cakap NAK! fuhhh legaaaa. Selepas membayar, terus angkut naik kereta. Kalau ikutkan Zarin, nak kayuh basikal sepanjang koridor deretan kedai.



Memandangkan basikal ini menggunakan angin, jadi kami terus membeli pamnya sekali. Bukan main lagi Zarin renyeh sampai telinga. Sebenarnya Zarin bukan nakkan basikal Ben10, semua basikal disebutnya basikal Ben10! hahahahha. Mama yang salah faham.


Sampai di rumah apa lagi, terus dikayuhnya basikal, walaupun tak berapa reti lagi. Menurut jurujualnya, basikal tersebut sesuai sehingga budak berusia 4 tahun. Okey sangatlah tu. Ada warranty lagi. Harap riwayat aku sebuah basikal ini berpanjangan. Selepas ini, mama belikan helmet pula ye, untuk keselamatan :)

Alhamdulilah, hajat Zarin untuk mendapatkan sebuah basikal berjaya dipenuhi. Maklumat lanjut tentang basikal ini boleh dilihat di laman web POLYGON.

17 comments:

  1. alhamdulillah, dapat basikal biru yg cantik....

    ReplyDelete
  2. yea,zarin dapat basikal baru..budak2 cam tulah,kdg2 apa yg disebutnya bukan dia kenal pun..hehehe

    ReplyDelete
  3. bape hengget beskal ni??minat nih!! *wink**wink*

    ReplyDelete
  4. wah..cantik la warna birunya..hepi zarin.jauh la berjalan pas ni ye.hehe

    ReplyDelete
  5. wah zarin.. demam nak dapat basikal rupanya... hmm jangan selalu demamlah.. kopak mama cam gini ;P

    ReplyDelete
  6. cantiknye basikal zarin..smart!!

    ReplyDelete
  7. wow!! cantiknya beskal dia...

    demi anak, sanggup kan ke hulu hilir bagai demi mendapatkan apa yg anak nak...

    ReplyDelete
  8. kak diey: alhamdulilah, renyeh sampai telinga. jenuh nak carik basikal nie

    ReplyDelete
  9. ila: setuju sangat. Main sebut je, kita pulak yang pening nak cari apa yang disebut tu. huhuhu

    ReplyDelete
  10. mrs. eady: dh tulis kat Shoutmix :)

    ReplyDelete
  11. Tihara: hepi dpt beskal baru, :p

    ReplyDelete
  12. ahra: biru yg striking dan berkilat. untuk gurl pun ada, hello kitty. cute sgt!

    ReplyDelete
  13. etiey: tu la pasal. mama pulak demam tak kebah nanti :P

    ReplyDelete
  14. ejan sara: tq :). hello kitty pun ada

    ReplyDelete
  15. wahida: mmg gitu la selalunya. nasib baiklah papa pun sporting kalau bab ke hulu ke hilir nie. :P

    ReplyDelete
  16. salam..boleh thu x brapa arga basikal tu?..thnx~~ =)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...