Thursday, February 17, 2011

Roti Canai Char Kuew Teow

Char kuew teow oh char kuew teow
Roti canai oh Char kuew teow


Itulah yang abang-abang dan kakak-kakak senior saya nyanyikan semasa minggu haluan siswa di KK2, UM dahulu. Siap buat gaya orang goreng char kuew teow dan tebar roti canai lagi. hihihihi, lucu pula bila ingat.

Dua jenis makanan ini memang tidak dapat dipisahkan dalam hidup saya. Terus terbayang-bayang roti canai special di Jalan Masjid India. nyum-nyum...



Roti canai special ini memang menjadi kegemaran saya setiap kali berkunjung ke kedai mamak yang mengadap sungai itu. Semasa mengandungkan Zarin, pukul 3-4 pagi saya masih kejutkan suami ajak makan roti canai di sini. Dan di sini jugalah kawan-kawan suami selalu melepak selain Nasi Kandar Yassin. Dulu-dulu bolehlah saya join, tapi bila Zarin dah besar nie memang tak sesuaila kan???Tapi kadang-kadang terserempak juga :P

Tapi serius, roti canainya sangat sedap, lembut, di tambah lagi dengan kuah kari atau dal serta sambal tumis dan dua biji telur separuh masak. walllahhhhhh!!!!!

Satu lagi char kuew teow. Memang banyak yang jual char kuew teow, tapi nak dapat yang sedap sangat susah.



Setakat ini banyak juga tempat yang menjual char kue teow yang telah saya cuba. Di Penang, Char kuew Teow Sungai Dua memang popular dengan taglinenya "telur ayam kami dibasuh". memang selalu juga singgah jika balik ke Utara.

Kalau di Kedah pun banyak juga. Namun baru-baru ini saya ke Abang Chik Char Kuew Teow yang terletak di kaki lima, bersebelahan Maybank. Kedai ini sudah lama dibuka, seingat saya, ketika itu saya baru nak berkenalan dengan suami kira-kira 8-9 tahun yang lepas. Sedap juga Char kuew teownya. Tapi yang dulu lagi sedap kot, mungkin juga sebab makan dalam keadaan mabuk cinta. Sekarang pun masih juga dalam mabuk cinta, tapi nikmatnya tak sama bila Zarin tak duduk diam. kihkihkih

Kalau di KL, pilihan saya semestinya Marli's yang terletak di setapak dan juga Deq Corner yang terletak di Cheras. Namun secara peribadi saya lebih sukakan Deq Corner. Cuma yang tak syoknya bila ke Deq Corner, Zarin akan asyik nak ke Esso untuk beli makanan, minuman, mainan dan macam-macam lagi. sudahnya Rm10-RM20 pasti diperuntukkan untuknya! huhuhuhuhu

Apepun, saya memang penggemar dua jenis makanan ini. Pantang jumpa mesti nak makan walaupun perut dah kenyang, tetap juga nak rasa lebih-lebih lagi char kuew teow. Dua pinggan pun boleh habis :P

Anda pula bagaimana?

14 comments:

  1. char keow teow fevret saya juga nih. huhu.. amrlie tak larat nk que di taman jaya tuh. di restoran dia platinum walk tak penah lg pernah walhal sekangkang kera je dgn umh ;P

    ReplyDelete
  2. dalinggggg sila amik tag ye:)

    ReplyDelete
  3. deq corner cheras kt mane ida? leh gak try ni...klau cheras 2 dekat la jugak dgn umah..

    ReplyDelete
  4. kak.. kat semenyih ada satu char koew teaw dia sedap mai dr penang.. satu lagi kat sungai besi.. yg tu pun sodap!!!!

    ReplyDelete
  5. -hehheh, lagu kat kolej 2 sama juga dgn kolej 9..hehehe...
    -k.diana suker roti canaiiiiii....kuah dal+sambal bilis...mabelesss

    ReplyDelete
  6. feveret gak ni..pekena dgn teh tarik..sedapnye.he

    salam ida.. =) singgah di mlm hari..

    ReplyDelete
  7. baru sarapan char kuew tiaw..huhu...mmg feveret ku :)

    ReplyDelete
  8. etiey: ha, itulah salah satu sebabnya, que, x larat. lagi satu bunyi radio kuat-kuat. Dah lama tak pergi situ sejak jumpa deq corner

    ReplyDelete
  9. kak risa: ok, tgh carik gamba yang sesuai ni. Camne la rupa gamba menggedixs ni yea??? huhuhu

    ReplyDelete
  10. ejan: mmm, x sure pulak kat mana, saya ni buta jalan sikit. nanti sy tanya cik abang dulu yea. tapi mmg sedap la!

    ReplyDelete
  11. mama jue: yeke?? wah boleh dicuba nie :)

    ReplyDelete
  12. kak diey: yup mabeles, makan langsung x becakap, sedar-sedar licin. kihkihkih

    ReplyDelete
  13. ashra: Mmg sedapkan. kalau roti telur lagilah sedap :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...