Ha!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V
Rambut KONTOT! Eh silap, rambut RONTOK!
Baru-baru ini saya membuat rawatan rambut di Salun. Menurut stylist itu, akar rambut dan kulit kepala saya semuanya ok, yang jadi masalahnya, rambut hujung saya kering! Sebenarnya sudah bermacam jenis shampoo saya cuba, Rejoice, Head n Shoulder, Sunsilk, Tresseme, Dove. Hasilnya tetap sama. Rambut tetap gugur. Ada juga nak niat nak guna shampoo Bawang Jackie Chan tu. Tapi tak terbeli pula.
Pantene???? Walaupun Anggun kata “taknak yang lain”
Tapi bila saya guna saya tetap kata “Nak jugak yang lain!”
Akhirnya saya terjumpa Syampoo Bayam Mustika Ratu. Yang menariknya saya terjumpa pula yang ini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V
Mustika Ratu Hair Lost Treatment.
Apa lagi, saya terus membelinya. Di internet, harga yang dijual ialah RM35, tetapi saya membelinya dengan harga RM27.90 di MYDIN. Itupun setelah diberitahu oleh seorang kenalan di FB.
Set ini mengandungi tiga produk yang dipakai mengikut urutan iaitu,
1.Minyak Cem-Ceman Murni - Minyak cem-ceman murni diperbuat daripada minyak kelapa asli dan diolah secara tradisional dengan daun-daun dan rempah-rempah wangi serta membantu untuk kesihatan rambut
2.Shampoo Bayam - Diperbuat daripada Sari daun bayam. Ia membantu menguatkan akar rambut agak tidak mudah gugur/putus serta menjaga kesihatan pertumbuhan rambut.
3.Ramuan Penyubur Rambut – Dibuat daripada ramuan tumbuhan-tumbuhan asli dan membantu kesihatan serta pertumbuhan rambut.
Saya baru pertama kali mencuba shampoo ini. Kesannya masih belum dapat dilihat. Diharap shampoo ini dapat mengatasi masalah keguguran rambut yang saya alami. Mana tahu tiba-tiba rambut saya jadi cantik macam Fauziah Ghous ke, Ayu Raudhah ke? Kalau betul-betul berkesan selepas ini pasti saya akan berkata
“Tak nak yang lain”
kihkihkihkih

menarik...
ReplyDeletenak try gak la coz kita ada masalah rambut yang sama...
(^_^)
Erm, ramai wanita mengalami masalh rambut gugur, faktor umur dan pemakanan antara sebab2nya. Kalau kak diana, masalh rambut dapat diatasi dan berkurangan kalau RAMBUT DIPOTONG PENDEK. Jika rambut mulai panjang-melebihi paras bahu, ya ampunnnnn, takut menengok rambut2 berguguran ke lantai, kalau lurut ngan tangan, rambut, ya ampunnnnn, berlonggok kat tgn. Fuhhh.....
ReplyDeleteha..pakai dulu kalo berkesan bgtau tau sb nyer ku pun mengalami masalah yg same.hehehhe...
ReplyDeletesy pn rambut gugur..start zaman degree lg...konpem la time 2 xde anak kan?? spai la skrg..spai mls nk atasi..
ReplyDeletekak sue..jue pernah try.. tak jadi apa pun.. huwaa.. sama lah kita gugur jer rambut ni.. rasa mcm nak potong jer rambut yang panjang ni.. tp sayang.. penat simpan...
ReplyDeletenoremy: cubalah. saya pun masih mencuba juga. Susah hati dibuatnya, kadang-kadang terfikir, "sakit leukimea ke aku ni?". huhuhuhu
ReplyDeletekak diey: betul juga tu. Rambut pun saya baru je potong nie. tapi risaula :(
ReplyDeleteMrs. eady: ooo, ada geng ruapanya. ok-ok, nanti akan diupdate keberkesanannya
ReplyDeleteejan: betul tu. dulu rambut asyik gugur dan makin menipis, sudahnya rambut ni asyik di perm la supaya nampak kembang. kihkihkih
ReplyDeletejue: alahai, tak berkesan ke? aduss, duss.. tak pe akak try dulu. Mungkin tindak balas berbeza kot. Kalau dah asyik gugur mmg wajib di potong, taklah nanti bila ikat nampak cam poney tail je. hikhikhikhik
ReplyDeleteheheh.. poney tail?? rambut kak ida panjang ker pendek?? jue yang panjang ni habis.. tinggal ciput jer rambut.. sedih... rambut org lain lebat n bnyak.. macam2 dah try.. inai la.. tp hasilnya biasa2 saja..
ReplyDeleteok ker ida produk tu...akak pun nak cubalah...rambut akak pun banyak gugur...lagi2 panjang...lagilah banyak gugur...
ReplyDeleteWahhh idazs jelita menarik la..nak try,,thanks dear
ReplyDeletemama Jue: rambut kontot akak nie. ahahahahaha. xpe try dulu amna tahu berkesan ;)
ReplyDeletesuraya: masih baru je cuba kak. Tak tahu lagi keputusannya camne. so far nmpk cam ok. jom la try, murah je
ReplyDeletemelur jelita; ;) jom try, mana tahu rambut jd lebatkan? ;)
ReplyDeletesis, boleh x btaw cara penggunaanye... dah beli set ny...
ReplyDeleteyg x fhmnye ble da pakai minyk cem uh kene shampoo kn... kne lakukan hari2 ke???
sis tolong jwbkn... tnye org kedai uh wat pening kple jep...
sis emailkan kt
gegurlz_fye@yahoo.com
experience the same prob here.. so how the result...tak sabar nak tau...
ReplyDeleteSalam puan. Macam mana hasilnya setelah penggunaan syampoo itu? Berkesankah?
ReplyDeletesaya pon ade mslh rambut gugur jgk kak...dh mcm2 produk gune xde kesan langsung....cmne ni??
ReplyDelete