Tuesday, February 8, 2011

Thailand Day 1- Bara Resort

Untuk malam pertama di La-Ngu Satun, kami menginap di Bara Resort yang terletak di tepi pantai. Yang seronoknya, bilik penginapan di sini memang menawarkan harga yang berpatutan atau erti kata lain murah!


Memandangkan kami ramai, iaitu 13 dewasa dan 7 kanak-kanak kami memilih bilik yang sederet. Harga bilik yang kami sewa itu ialah 600 Baht = RM60. Murahkan????









Kemudahan yang disediakan juga berpatutan, standard sewa hotellah,ada aircond, peti sejuk, water heater, TV dan etc. Cuma yang tak best mereka tidak menyediakan sterika. Kalau laundry mengambil masa satu hari. Huhuhuhuhuhuh. Kami pula terlupa bawa sterika, yang bawa hanya plug 2 pin, jadi memang pakai baju fesyen berkedutlah sepanjang berada di sana. Huhuhuhuhuhhu.



Di Bara Resort ini, terdapat dua jenis bilik yang disediakan. Satu bilik sederet dan satu lagi rumah sebiji. Penginapan satu malam untuk rumah sebiji ini ialah 1200 Baht = RM120. Keluasan dan kemudahan yang disediakan adalah sama. Cuma hiasan dalamannya sahaja yang berbeza. Cantik dan bermotifkan kayu.





Persekitarannya juga cantik dan bersih. Ada gym, playground yang diperbuat daripada kayu dan ada juga tempat untuk berBBQ. Memang Bara Resort ini merupakan antara resort yang terkenal di sini.

9 comments:

  1. cantik resortnya....kat situ, majoriti penduduknya melayu-siam ke?

    ReplyDelete
  2. kak diey: tak pasti pula. Rasanya mmg melayu siam kot. tapi sepatah haram tak pandai ckp melayu. English pun tak reti. aduiii

    ReplyDelete
  3. bestnye bara resort ni..cantik dan murah lak tu...

    ReplyDelete
  4. bestnya.....murah gak resort tu..

    ReplyDelete
  5. Mrs eady: Izwa apalagi, masukkan dalam list holiday untuk tahun ini! :)

    ReplyDelete
  6. wahida: memang ok sangat2 resort ni, siap ada wifi lagi. kehkehkeh

    ReplyDelete
  7. ayu: Memang rasa murah sangat2. berbaloilah untuk tidur nyenyak semalaman ;)

    ReplyDelete
  8. awak, booking online boleh tak resort ni??

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...