Tuesday, February 8, 2011

Thailand Day 1 - Fasai Seafood (Dinner)

Setelah puas merehatkan diri di Bara resort, perut pun sudah mula berkeroncong. Jadi kami ke Fasai Seafood untuk menikmati makan malam.



Restoren ini terletak di tepi pantai. Malangnya, kepekatan malam langsung menghilangkan keindahan pantai Bara. Yang Nampak hanya hitam pekat malam. Huhuhu sedih.




Sementara menunggu hidangan sampai, Zarin pula memang dah terkenal dengan sikap tak duduk diamnya, jadi untuk mengelakkan Zarin mengamuk tak tentu fasal, kami pun bawalah Zarin jalan-jalan di sekitar restoren tersebut. Memang tersangatlah cantik restorennya.










15 minit selepas itu, sebahagian hidangan pun sampai. Masing-masing sudah kelaparan, apalagi terus nasi beras siam diserbu.









Tak sampai 15 minit, licin semua. Kiranya beberapa kali jugalah nasi bertambah-tambah. Lauk pula sekejap ada sekejap tak ada. Kene tunggu dan tunggu. Bila dah mula makan, lauk-lauk yang kemudiannya datang memang tak sempat la nak ambik gambar.

Ditambah lagi dengan perangai anak-anak kecil yang langsung tak duduk diam. Memang berpeluh jugalah jadinya. Zarin pula nasib baik dia duduk diam ketika makan. Tapi bila perut dah kenyang dan tenaga bertambah, apalagi aktif mengalahkan ultraman lah!







Yang peliknya zarin nie, dia takut pasir. Sepupu-sepupunya sibuk duk main pasir, tapi dia duk kais-kais pasir atas simen je. Bila pijak pasir dan kaki tenggelam menjerit! Maaaaamaaaaaaaaaaaaaaa!



Walaupun tak dapat menikmati hidangan sepenuhnya, tetapi terasa seronok bila dapat makan beramai-ramai. Tambahan pula pelbagai aksi ada. Lihat sajalah gambar di atas itu. Kihkihkih...

Harganya cukup murah. Kalau tak silap saya, kami order 6 ekor ikan siakap pelbagai jenis masakan, 3-4 mangkuk tomyam, 3-4 pinggan kerabu, dan beberapa lauk lain serta nasi yang berpinggan-pinggan beserta nasi tambah yang juga bertambah-tambah hanya 2400 baht = RM240.



Setelah perut kenyang, sempat la kami tiga beranak berposing. Papa pula di serang selsema yang agak teruk. Hidung pun dah jadi macam badut :P !

2 comments:

  1. Adik Zarin tu takut pasir sebab rasa cam pasir tu dok sedut kaki dia kot..

    Apapun sedap kan masakan Thai nie especially tomyam, MJ suka :)

    ReplyDelete
  2. MJ: ha'ah, memang takut sebab pakai selipar, pasir kene kaki. hihihiih

    Tomyam dan stim tidak akan dapat dipisahkan bila ke sini. Yang seronok siap dapat resepi buat tomyam lagi. ;D

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...