Wednesday, February 9, 2011

Thailand Day 2 - Bot ke Tam Ma Lang

Selepas check in dan bersihkan diri, mata mula terasa mengantuk, baru sahaja nak lelapkan mata, salah seorang adik saya datang dan bagitau yang kita dah nak bergerak ke Tam Ma Lang, naik bot ke rumah saudara mara. Apalagi, cepat-cepatlah kami bersiap.



Sebaik sampai di jeti, terkejut juga saya apabila melihat bot tersebut. Memang sebelum ini mereka pernah ceritakan, tapi bukan bot sebegini yang saya bayangkan. Oh, perahu panjang rupanya, bukannya bot yang berbumbung seperti yang biasa kita lihat di Melaka itu.



Mula-mula naik dada memang berdegup kencang. Almaklumlah, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam perahu begini. Perasaan cemas tetap ada, sesekali terkeluar juga jeritan kecil+ mengada bila perahu bergoyang :P. Makin lama makin ok. Pening-peninglah juga sikit-sikit.






Perjalanan dari jeti menuju ke perkampungan Tam Ma Lang mengambil masa antara 10 minit-15 minit dengan menggunakan perahu berenjin sangkut. Menurut bapa mertua, suatu ketika dahulu mereka hanya kayuh perahu tersebut. Bayangkan berapa lama nak sampai. Owwwwh, ngeri!

Anak-anak kecil pula, ada yang suka dan menjerti-jerit nak main air yang terpercik, ada yang diam seribu bahasa,ada pula langsung tiada perasaan dan tidak menunjukkan sebarang reaksi serta ada juga yang meraung sepanjang menaiki perahu tersebut. Raungan tersebut lebih kurang sama atau lebih kuat daripada bunyi enjin sangkut yang mengaum kuat. Kihkihkih. Yang dewasanya pula, cuba mengawal riak wajah masing-masing :P



Saya pula memeluk Zarin erat. Memang saya akui, saya penakut orangnya. Dalam hati berdoa semoga cepat sampai. Dalam fikiran pula sudah terbayang yang bukan-bukan. Kalau perahu terbalik, Zarinlah yang akan saya selamatkan dulu. Nauzubillah.

Apabila perahu semakin sampai ke destinasi, perasaan takut semakin hilang. Malah bertukar menjadi seronok pula. Rasa-rasanya inilah pengalaman yang paling menakutkan sepanjang berada di sana.



Tidak lama selepas itu, kami sampai ke destinasi dengan selamatnya. Alhmdulilah. Yea, dah sampai! Itulah agaknya yang saya katakan dalam gambar di atas!

8 comments:

  1. uik...takut la naik perahu cenggitu...x de safety jacket ke?

    ReplyDelete
  2. k.diana penah p tak bai, naik bot cam gini la, byr rm 1.50 kot, yg ni byr tak?

    apasal gamba da yg last tu cam ckp "erkkk"..tapi comel! heheheh

    ReplyDelete
  3. ya ampun...gayat nyer naik sampan mcm nie..huhuhu....kalo mcm ni ku lagi la penakutttt...

    ReplyDelete
  4. wahida: mmg tak ada, tu yang cuak tu. gamble gitu je naiknya. air pun ada naik kut celah2 lubang perahu tu, tgk kat bawah air dh bertakung, tp xdela banyak

    ReplyDelete
  5. kak diey: bayar, tapi tatau brapa sebab org lain yg bayarkan :P
    kira sewa satu perahulah kami anak beranak

    hikhikhik, gamba candid abg amik. yela kot eh, dah lupa ckp ape

    ReplyDelete
  6. uik...takut...klau org, org rase pejam mata je sepanjang perjalanan...cuak nyer!!

    ReplyDelete
  7. mrs Eady: betul izwa. mmg gayat dan takut. sebab rasa terbuka sangat. Naik malam lagi takut, gelap gelita

    ReplyDelete
  8. ejan sara: hikhikhik... dudk keras macam patung. dah sampai darat baru la lega. kalau tak dup dap dup dap!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...