Thursday, February 10, 2011

Thailand Day 2 - Dinner

Kira-kira jam 8.30 malam, kami meninggalkan perkampungan Tam Ma Lang. Awal-awal lagi, ayah mertua saya telah menempah makanan di sebuah restoren milik saudara mara untuk menikmati makan malam. Saya tidak pasti apa pula nama restorennya, cuma restoren itu terletak di pinggir jalan raya.

Yang seronoknya, pada malam tersebut, restoren tersebut hanya dibuka buat kami. Ketika sampai sebilangan hidangan sudah pun siap di masak. Apalagi, perut tengah lapar terus mencedok nasi. Inilah antara beberapa jenis hidangan yang disediakan.







Ada kerabu, siakap stim, sup, udang, sotong dan beberapa jenis lauk lain yang saya tidak pasti apa nama masakannya. Cuma yang menjadi perhatian saya ialah sejenis lauk yang terdiri daripada ikan siakap yang digoreng garing, kemudian diletakkan lada hitam segar di dalamnya serta bersos masam, manis masin sesedap rasa dan juga lemak dan pedas bila makan lada hitam tersebut.

Gambar pula tak sempat nak ambil. Tetapi memang sedap sangat-sangat. Banyak betul saya makan lauk ini,. Hihihihihihihi. Harganya pun sangat-sangat berpatutan iaitu 3400 Baht=RM340. Makan hingga langsung tak ada ruang kosong dalam perut. Nasib baik butang jeans tak terbukak. kihkihkih







Memang kami betul-betul dapat menikmati hidangan yang sungguh menyelerakan itu. Zarin pula selepas makan nasi terus leka bermain dan langsung tak kacau mama dan papa nak makan.



Jelas terpampar muka kekenyangan dan kepuasan makan yang amat :P

Tapi serius saya cakap, makanan di sini semuanya sedap-sedap. Setiap kali makan mesti bertambah, kecuali pulut ayam. Sampai di bilik, semuanya tidur lena kekenyangan. Macam mana badan tak naik makan tidur, makan tidur!

8 comments:

  1. kedai di bukak hanya utk uolls? wah...ekslusif gitu...
    awak kijammmmm!!! siyes saya terliur ngan ikan tu...huwaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. seberang mmg sedap makanannya dan yg pasti murah. dulu selalu ikut abah n ma g naratiwat n pasti makan sedap2. sekarang dorang pn dh jarang pegi..

    ReplyDelete
  3. kak diey: tak puas makan, buat sendiri tak jadi cam tu. huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  4. wahida: yup, sebab kedainya taklah besar sgt, lagipun saudara mara juga. Hikhikhik, saje nak bg semua org teliur :P

    ReplyDelete
  5. mrs.Eady: hahahha, saje xnak bg Izwa diet. kihkihkih

    ReplyDelete
  6. etiey: tu la pasal mmg murah. Berbaloi-baloi. makan banyak tak sedar jeans dah bertambah sendat! kehkehkeh

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...