Wednesday, February 9, 2011

Thailand Day 2 - Palm Park

Hari kedua di sana penuh dengan aktiviti mengunjungi saudara mara. Pagi dan juga petang hingga ke malam. Untuk malam kedua, kami menginap di Palm Park, Satun.



Di Palm Park juga terdapat dua kategori bilik, iaitu bilik sederet dan juga rumah sebiji. Harga bagi bilik sederet adalah 400 Baht = RM40 dan rumah sebijik ialah 600 Baht = RM60. Sebahagian ahli keluarga kami memilih bilik sederet, manakala saya dan suami memilih rumah sebiji.




Sayangnya, bilik yang tinggal hanya mempunyai single bed dan bukannya queen bed. Tak kisahlah, nak tidur saja pun. Yang penting selesa.

Rumah yang disediakan juga cantik lengkap dengan segala kemudahan kecuali wifi dan juga sterika, Yang lain semua ada. sampai saja, terus tanya sterika. Dan jawapnnya tetap sama dan mendukacitakan

"kena hantar laundry dan mengambil masa sehari"


huaaaaaaaaaaaaaa... terasa sedikit tak selesa bila memakai baju tidak bergosok, baju yang labuh terus jadi kontot dek berkedut. Cepat-cepat hangerkan baju supaya tidak terlalu berkedut untuk dipakai keesokan harinya. hahahahahahha





Apepun saya sangat sukakan bilik di sini. Terasa nyaman walaupun tanpa landskap yang cantik-cantik. Masih lagi dalam proses pembinaan. Dan di sini juga, majoriti penduduknya bukan berbangsa Melayu-Siam, mungkin Cina-Siam kot. Yang seronoknya mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Mudah sikit nak bercakap, tak adalah asyik "bersawadikap" dan "good luck" saja. hehehehehhe

5 comments:

  1. zarin-akhirnya kepenatan, tertidur, ehhehe, elok je tidur straight...;-)

    ReplyDelete
  2. Mrs eady: ;) nak pergi lagi, nak pergi lagi

    ReplyDelete
  3. kak diey: ha, penat main, jadual tidur pun dh betukar. angkat dari dalam kete, tu yg straight je tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...
      Palm park resort ni dalam pekan Satun ke? Boleh kasi map / GPS location tak? Tq.

      Delete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...