Tuesday, February 8, 2011

Thailand Day 2 - Pulut Ayam

Setelah puas membuntal di Fasai seafood semalam, tidur malam lena yang amat. Mungkin juga keletihan. Esoknya pula masih lagi dengan agenda makan-makan sebagai pemula hari.

Siapa suka makan pulut ayam angkat tangan?

Pulut ayam merupakan salah satu makanan yang popular di sana. Jadi pagi-pagi lagi suami saya dan adik-beradik bujang yang lain keluar mencari pulut ayam. Mak budak masih seronok melingkar di dalam selimut :P



Nasib baik ada. Jadi tak adalah kempunan pada semua penggemar pulut ayam. dari awal lagi duk sebut pulut ayam, pulut ayam.



Pertama kali menikmati pulut ayam, tekak saya tak dapat nak terima. Pulut ayam ini terdiri daripada pulut, ayam goreng, bawang goreng dan juga sos. Orang lain semua kata sedap, tapi saya sorang sahaja tak suka. Mungkin darah keturunan Siam masih belum mengalir dalam diri saya. Aci gitu? hahahahah..





Selain pulut ayam, terdapat pelbagai jenis lagi makanan lain yang disediakan seperti nasi kerabu, nasi ulam, laksa, kuih muih, bubur nasi dan sebagainya.



Untuk Zarin papa belikan bubur nasi. Banyak juga Zarin makan. Untuk mama pulut ayam dan beberapa jenis kuih, tetapi papa juga yang habiskan kerana mama tak suka. Akhirnya minum air masak ajelah mama. Bila tengok gambar-gambar makanan, mulalah mama kata

"Kenapa tak beli nasi kerabu, nasi ulam ke laksa ke, nampak sedap?"

Dan jawapan papa

"Manalah tahu mama nak makan apa. Semua orang cari pulut ayam. Mama sorang je yang tak kene selera."

Kesimpulannya, jangan cerewet bab makan. Apa yang orang beli makan je. Jika tidak tanggunglah akibatnya. Lapar dan lapar!

14 comments:

  1. tak pernah pula merasa pulut ayam ni.. teringinlah plk.. he..he.. akak pun gitu, klu pergi tmpt org susah sikit nak mkn..

    ReplyDelete
  2. Org siam, pulut segala ibu-bapak pulut diaorang suka... teringin nk try pulut ayam..heheh

    ReplyDelete
  3. sedap eh pulut ayam? alamak..akak tak minat pulut lah yang..heheh tapi nampak macam sedap..btw, akak dah klik your HB dear!!

    ReplyDelete
  4. fevret nih. kat kg ada jual.. huhau! sempadan siam..

    ReplyDelete
  5. Hanis Azla: Saya pun gitu juga, agak cerewet. hehehehehe. lagi cerewet bila banyak sgt daging/sosej/mknn berasakan *oink-oink (kerbau pendek)* dijual. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. kak diey: tu la pasal, pulut kuning pun ada. Nasi beras siam pun melelat-lekat ala-ala pulut gitu. Ha, kelantan dh dekat dh ngan sempadan, sure ada jual

    ReplyDelete
  7. Kak risa: semua orang kata sedap. tapi saya sorang je yang tak kene selera. suka makan pulut tapi pulut durianlah. hahahahahahaha

    btw, tanx sebab klik HB. klik-klik!

    ReplyDelete
  8. etiey: ooo, fevret ek. saya tak masuk dek tekak la. rasanya lain macam. huhuhuhu. ha, belah-belah sana mmg bnyk lah. ;)

    ReplyDelete
  9. halamak...menyelerakan la pulut ayam nie..huhu..

    ReplyDelete
  10. jap..sape yg pakai plastik kt muka tu?
    hoho~

    ReplyDelete
  11. Mrs. eady: nampak menyelerakan, tapi makan ada masam, masin, manis. tak ekne selera saya. tapi orng lain smeua kata sedap. hahahahha

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. bonda mawar: krsty, tu suamiku tu. hahahahahha. Bukan pakai plastik, tapi plastik tergantung kat gerai tu. Bila amik gamba nmpk mcm pakai plastik. muahahahahaha. kami pun dh tergelak bila tgk gambar tu. ;D

    ReplyDelete
  14. BOLEH DPT KAT KG BARU.... TP KEDAI BUKA TEPAT KUL1 PAGI.... BERATUR TAU SODAP

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...