Thursday, February 10, 2011

Thailand Day 3 - Tesco Lotus

Last entri pasal Thailand ok. Sila jangan muntah yea :P

Pagi-pagi lagi kami sudah bangun. Terasa badan begitu segar sekali. Setelah siapkan Zarin dan menunggu papa kemaskan beg, mama sempatlah ambil sekeping gambar perah santan (sila baca sebagai perasan)!



Papa memang cekap bab kemas-kemas dan susun-susun barang dalam beg nie, jadi dari dibiarkan bakat terpendam, eloklah jika papa praktiskan setiap kali kami ke mana-mana. Sudah menjadi tugas hakiki, tetap dan tiada pencen. Kehkehkeh!


Zarin pula sibuk berlari ke sana ke mari. Daripada tak buat apa, sempat jugalah mama snapkan beberapa aksi Zarin yang terlebih seronok itu.


Cuma yang tak best, penghuni bilik sebelah entah apa-apa yang disembangkan, nampak macam tak betul. Boleh pagi-pagi buta ketuk bilik orang minta rokok. Tapi bukan bilik kamilah. Dengan kami siap minta 100 Baht lagi, tapi kami buat tak tahu saja.

Sepanjang berada di sana, kami langsung tidak bershopping. Tak tahu nak beli apa. Wah bagus betul. Boleh diparktikkan selalu nie. Setelah bersarapan, mak mertua saya mengesyorkan kami pergi ke pasar Satun. Di sana terdapat banyak makanan laut kering seperti bilis, udang kering, belacan dan sebagainya. Buah-buahan juga segar-segar. Malangnya, kami hanya lalu sahaja, dengan 7 orang anak kecil, mana mungkin kami singgah dan mereka selesa ke pasar basah seperti itu.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke Tesco Lotus, kiranya satu jalan untuk kami pulang nanti.



Saya seronok juga, bukan apa dalam hati dah terfikir untuk borong pampers mamy poko memandangkan produk tersebut dibuat di sini, sudah tentu murah. Tetapi jangkaan saya meleset, harga pampers tersebut lebih MAHAL daripada yang dijual di Malaysia. 660 Baht = RM66 untuk pek jumbo, selepas diskaun tinggal 570 Baht = RM57. Oh, masih terlalu mahal, saya baru saja borong pampers di Tesco Extra RM41.89.

Sudahnya kami hanya membeli beras siam dan beras pulut serta beberapa jenis makanan lain. Tapi kena teliti bahna-bahannya kerana banyak makanan mengandungi “pork”. Barang-barang pun harga lebih kurang. Ada yang mahal ada yang murah. Sama sahaja.



Selepas siap membayar, kami pun melilaulah di dalam kompleks Tesco Lotus itu. Konsepnya hampir sama dengan Tesco di Malaysia. Ada banyak kiosk kedai yang menjual pelbagai barangan. Dan mata saya tertumpu kepada kiosk yang menjual segala macam kerepek, keropok dan jeruk nie. Ya ampun, Nampak macam sedapnya. Dari jauh saya curi-curi snap gambar. Nasib baik boleh zoom. Kihkihkih.



Terliur tengok buah pelam jeruk, tapi tak terbeli sebab duk fikir-fikir nak beli ke tak nak beli ke tak. Lagipun duit tak ada, suami yang pegang. Masa ini suami masih lagi dalam tesco. Akhirnya tak beli. Pulang dengan hati yang penuh kekesalan dan kekecewaan. Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Dalam tak beli banyak sangat tu hampir penuh juga troli yang diangkutnya. Kihkihkih. Kalau dah kaki shoppingkan, tak dapat beli baju beli dapat beli makanan pun ok juga. Janji "terapi" berjalan dengan lancar.



Apapun saya sangat gembira ke sana. Bukan selalu dapat berjalan beramai begitu, tambahan pula makanannya sedap dan murah! Itu yang penting. Masyarakat di sana juga baik-baik dan saya perhatikan kebanyakan mereka menggunakan pick up sebagai kenderaan rasmi. Cuma yang menjadi masalah ialah komunikasi.

Insyaallah saya pasti akan ke sini lagi. Tapi kali ini saya teringin nak pergi ke Krabi. Nak pakai bikini sambil berjemur di tepi pantai. Muahahahahahahaha

8 comments:

  1. ayat tak tahan-pakai bikini...ahhahah...oh bestnya krabi...

    ReplyDelete
  2. WAAAHHHH..BESTNYAAA....tingin sgt nak g telen....tp xder rezki lg...

    ReplyDelete
  3. kak diey: bikini muslimah. adakan? ngeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. jue: hikhikhik, tu la. sebelum pakai bikini kene buang dulu selulit kat badan ni :p
    kalau tak semua orang lari nanti.

    ReplyDelete
  5. ejan: risau nanti jadi macam dugong bunting. kalau jadi mermaid ok juga. hahahahahahha

    ReplyDelete
  6. ada Dalina: insyaallah suatu hari nanti. best tau sebab mknn murah dan sedap2! Tak dapat kawal nafsu makan. sudahnya badan naik berkilo-kilo. hihi

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...