Monday, February 7, 2011

Thailand Day 1 - Man Nang Waterfall

Kami bertolak kira-kita jam 10 pagi, konvoi empat buah kereta ke Satun Thailand. Dan sampai di Wang Kelian kira-kira jam 1.30 tengahari waktu Malaysia. Kalau waktu di sana 12.30 tengah hari. Kedatangan kami di sana telah pun dinantikan oleh dua orang tourist guide yang juga merupakan saudara mara ayah mertua. Merekalah yang akan membawa kami atau kata lain menunjuk jalan pada hari pertama. Setelah siap menguruskan passport, border, insurans dan sebagainya, kami berhenti makan tengahari di sebuah restoren yang saya tidak pasti namanya.



Makanan di restoren tersebut boleh tahan, ada pelbagai pilihan termasuk itik dan juga beberapa lagi lauk lain yang kami tak faham. Saya pula hanya mengambil telur masin dan sup serta ulam-ulaman sahaja memandangkan, pertama kali mengangkat tudung periuk, terlihat potongan ikan kecil seperti belut. Urmmmm....Memang membantutkan selera dan terus mengambil telur masin sahaja. Hehehehehhe. Dan paling meletup ialah supnya. Walllaaaah!! Teringat-ingat sehingga sekarang. Sayangnya, kerana perut terlalu lapar, gambar-gambar makanan tidak sempat diambil.

Yang menariknya di situ, mereka hanya menyediakan air masak. Tiada air manis lain seperti di negara kita. Ini disebabkan harga gula yang mahal di sana dan bagi mengelakkan penyakit-penyakit lain seperti kencing manis. Selepas makan tengah hari, kami ke Man Nang Waterfall.



Bermulalah aktiviti mandi manda. Ketika sampai, Zarin masih lagi tidur lena. Jadi saya hanya menunggu di kereta lebih kurang 30 minit. Setelah Zarin bangun, terus bawanya mandi air terjun. Zarin apa lagi, memang seronoklah dia. Saya seperti biasa tidak mandi kerana ‘bulan tengah mengambang’ di samping saya memang tidak suka mandi air terjun atau mandi di tempat terbuka seperti itu. Jadi saya hanya jadi pemerhati kawasan dan penangkap gambar yang tak bertauliah.






Adik-adik ipar saya pula bermain kayak. Mereka akan berkayak sejauh 8km merentasi kawasan air terjun tersebut. Nampak seronok! Tapi saya terus teringat semasa berkayak di Tasik Varsiti dahulu, seminggu sakit ketiak dan lengan akibat gatal nak berkayak. Terus terbantut niat nak berkayak dengan suami dan Zarin.



Zarin pula memang sukakan air, apalagi menjeritlah taknak naik walaupun bibir dah biru, gigi berketap-ketap kesejukan. Mula-mula naik mengamuk juga nak mandi lagi, tetapi selepas di pujuk-pujuk, dia pun ok.



Itupun setelah dipujuk nak naik horse batu tu. kihkihkih...

Pukul 5.00 petang, kami pun bertolak ke Pak Nam, Satun . Kami akan menginap di Pak Bara Beach.

6 comments:

  1. wow wow wee...bestnya gi thailand...jeles mak!!

    ReplyDelete
  2. Syoknya zarin mandi2 n jalan2 :D
    Tak pernah sampai Thailand lagi..best la ada orang kenal bawa jalan2 p sana.

    ReplyDelete
  3. wahida: first time pegi nie, seronok!

    ReplyDelete
  4. kak diey: mmg sejuk, sampai terketap-ketap la gigi zarin. tapi tetap nak berendam juga

    ReplyDelete
  5. kak ida: saya pun first time, sangat seronok sebab makanan murah giler! tak boleh lama-lama. kalau lama sure tembum! breakfast pun tambah. muahahahahahaha

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...