Friday, March 18, 2011

Ajar anak membaca: kaedah fonetik

Anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik.
Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.

Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.


source: http://supersimpleabcs.com/

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.



source: http://supersimpleabcs.com/


Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik? Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik

1. anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2. anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3. anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.




Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu.

Artikel dipetik daripada: SINI

Pada pandangan saya, kanak-kanak memang cepat belajar apabila menggunakan kaedah fonetik ini. Zarin memang suka apabila saya paparkan video-video berkaitan fonetik. Memang dia akan turut menyebut serta menari-menari mengikutinya.

20 comments:

  1. yup, betul ida..kaedah phonetics ni memang berkesan..wina sendiri pnh mengajar dulu

    salah satu kindie yang gunakan kaedah ni is Qdees, wina ajar situ dulu

    all the best ye ajar Zarin :-)

    ReplyDelete
  2. hurm..syahmi belajar ikut kaedah Cahayaku..
    a - aaa like aaaaaaayam!
    e - like eeee kor..

    eh paham ke cikgu?hehehe..

    ReplyDelete
  3. betul tu.ratu pn kalau bli buku latihan utk umo2 awal kanak2 ni bli yg fonetik...agak mahal skit dr buku lain.ade jual set jugak.tp yg pntg anak2 ble cpt paham..

    ReplyDelete
  4. nice info..boleh praktik kat faiz nanti

    ReplyDelete
  5. kaedah fonetik macam baca iqra'....;-) kat pra skul mmng guna kaedah fonetik...insya-Allah, budak2 cepat boleh baca....

    ReplyDelete
  6. wow!! nice info...boleh digunakan utk si adik nnt..

    ReplyDelete
  7. saya pun start ajar alya guna kaedah ni..saja nk try..hehe.memang dia suka sgt dengar bunyi2 huruf2 ni...duk ngikut ja...k.ida share la web yg slalu k.ida bukak utk zarin...

    atun stakat ni duk bukak vcd bacalah anakku je.bagi dia dengar

    ReplyDelete
  8. thanx 4 sharing..skrg kaedah pmblajaran mmg guna sistem bunyikan..budak2 cpt membaca...

    ReplyDelete
  9. thanks sharing info.
    le praktikkan nanti kat aleesya.

    selamat belajar ye zarin..

    ReplyDelete
  10. wina: oh yeke? dekat area rumah pun ada Qdees. Tapi bila ajar anak sendiri mmg mencabar sikit. huhuhuhuhuhuh

    harap Zarin cepat belajar, amin-amin

    ReplyDelete
  11. mrs.eady: cahayaku? camne tu izwa, cam iqra' ke. huhuhuhuhuhu

    yang penting syahmi dapat ikut ;)

    ReplyDelete
  12. ratusiput: itulah yang sebaiknya. mahal sikit tak apa asalkan anak sukakan? ;)

    ReplyDelete
  13. ila: sharing is caring.
    try la, sure faiz suka ;)

    ReplyDelete
  14. kak diey: ooo...baguslah gitu gak. cumanya, saya kalau nak ajar zarin iqra' tak berapa reti, dulu masa kecik diajar
    alif di atas a
    alif di bawah e,
    alif didepan u..
    aeu
    kalau iqra' lain kan???

    ReplyDelete
  15. wahida: selamat mencuba, sure adik suka nanti :)

    ReplyDelete
  16. atun: kak dia selalu search kat youtube je. ada macam-macam. kalau cd zarin x minat. suka tgk kartun dia je. huhuhuhuhu

    ok, insyaallah nanti kat ida upload lg yea ;)

    ReplyDelete
  17. softouch (hanim): itulah. kalau tak silap saya pun camtu juga. mmg budak lagi cepat ikut

    ReplyDelete
  18. ashra: tq. aleesya pun slamat belajar juga ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...