Monday, March 7, 2011

bubur siam aka bubur nasi berlauk

Kebelakangan ini, saya sekeluarga tersangat sukakan bubur nasi berlauk. Boleh dikatakan setiap hari juga kami menikmatinya. Mungkin ramai yang perasan, status FB saya asyik bubur nasi, bubur nasi dan bubur nasi sahaja. hahahahah..

Baru-baru ini pula, saya mendapat satu resepi daripada kakak saya iaitu bubur siam atau boleh juga dipanggil juga bubur nasi berlauk. Cuma ada sedikit perbezaan dalam membuatnya. Yang penting lagi sedap daripada bubur nasi berlauk.
Jom kita lihat resepinya

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah

1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam

Cara membuatnya

Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.

Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.


Dan inilah bubur nasi siam aka bubur nasi berlauk hidangan saya

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
V


tadaaaaa---->jemput makan :)


Semenjak dah pandai buat bubur siam, setiap hari asyik nak makan nie. Mujurlah suami saya dan zarin sukakannya.

Katanya tiga masakan yang akan menyebabkannya gemuk dan makan bertambah-tambah ialah, bubur siam aka bubur nasi berlauk, spagethi alfredo dan juga mee goreng!

Selamat mencuba!

26 comments:

  1. sedap ni ida..
    da la kita ni sgt la suka segala jenis bubur..
    will try this.hehe

    ReplyDelete
  2. menarik n tertarik :D....t bleh cuba resipi ni.....hihihii

    ReplyDelete
  3. sgt sedapppp.....ptg ni juge akan dibuat...sgt gelojoh kan??

    ReplyDelete
  4. sedapnya...rasa lapar pulak....

    ReplyDelete
  5. wow weeeee...sedap nyeee dik nonnn...hehehehe
    yang...contest penantin tu mana eh..kat blog lain ye

    ReplyDelete
  6. kalau makan bubur mesti ada telur masin...huwaaa!!! skang dah terliur...

    nak curik resepi ye...

    ReplyDelete
  7. menyelerakan..harus dicuba..

    ReplyDelete
  8. mmg sedap layan bubo ni.lg mkn pepanas.kalau kena gay mmg ari2 hadap bubo pun takpe...

    ReplyDelete
  9. Uishh sedapnye...Terliur pulak Acik tgk..Nk try laa, tgk dalam fridge tu ade bahan2nye.. =)

    ReplyDelete
  10. wokeh siap!! dah salin, memang, menyelerakan sungguh okeh bubur tuh huhuhu

    ReplyDelete
  11. sgt terliur..nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  12. Saya juga yg x reti2 nak mkn bubur nasi..:)

    ReplyDelete
  13. ashra: selamat mencuba! memang best makan bubur kalau boleh hari-hari mau :)

    ReplyDelete
  14. mummyecha: memang menarik tertarik n da bomd! hikhikhihkihk

    try lah, pasti menjilat sudu :)

    ReplyDelete
  15. ejan:hikhikhik

    jom buat bubur jom
    hari bubur sedunia. memang ebst kalau buat ni, sebab budak kecil pun boleh makan, tak perlu nak fikirkan makanan yang lain untuk mereka.

    jimat masa! :P

    ReplyDelete
  16. suraya: trylah kak. kalau nak cepat, order je bubur mcD!kihkihkih

    ReplyDelete
  17. kak risa: ya, kat blog satu lagi. hikhikhik..

    kak, sedap kalau mkn ngan biis goreng yang akak selalu buat tu :)

    ReplyDelete
  18. mrs. eay: sila, curik jgn tak curik! kihkihkhihkih

    ReplyDelete
  19. wahida: itulah pelengkapnya. lebih-lebih lagi yang kuning tu kan? berebut je nak amik dulu. hahahahah

    selamat mencuba!

    ReplyDelete
  20. nuyue: selamat mencuba dear :)
    sure bertambah-tambah nanti

    ReplyDelete
  21. ratu siput: itulah sebabnya. rumah kami mmg tiap2 hari mkn bubur. tengah2 malam pun Zarin boleh lagi minta bubur carrot + ayam goreng. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  22. mama sohayl: selamat mencuba. Senang je buatnya, lagipun boleh pelbagaikan lauk. Yang paling penting bubur siam ialah bawang putih goreng tu. Ada ikan bilis pun dah licin semangkuk. :)

    ReplyDelete
  23. Mappiau: selamat mencuba!
    jom balik masak bubur jom!

    ReplyDelete
  24. terima kasih untuk resepi ni..

    ReplyDelete
  25. Rindunyaaaa nak makan ni😢😢😢
    Kt tempat lain susah nak jumpa. Tq sudi share resepi nti nk cuba buat.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...