Friday, March 4, 2011

Disiplinkan anak

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Itulah perumpamaan yang selalu diguna pakai bagi membawa maksud, jika ingin mendidik anak, biarlah bermula sejak dari kecil.


"Ni zarin punyakan mama?"

Umum mengetahui yang kanak-kanak memang sukakan permainan, tak kisahlah yang mahal ke yang murah ke, asalkan namanya mainan pasti suka yang amat. Kadang-kadang saya hairan juga Zarin ni, bila mainan sendiri, tak nak pulak main,. Tapi bila ke rumah orang lain, walaupun sebiji bola, suka pulak dia.

Jangan amik, jangan amik, nanti mama marah!

Itulah yang menjadi masalah, dan cara yang selamat adalah mendisiplinkan mereka supaya tahu mana mainan miliknya, dan mana hak orang lain. Kalau setakat main di situ oklah, ni yang saya geram bila nak balik, dipegangnya erat mainan tu (pendek kata nak angkut bawak balik rumah, jadi hak milik kekal!) oooooh, yang ini memang pantang saya.

Bukannya, apa, walaupun tuan rumah berkata,

“tak apalah, biarlah dia nak amik. Banyak lagi mainan yang lain ada. Anak dia dah tak main sangat mainan tu”.

Isunya di sini bukan main tak main. Sebaliknya disiplin. Jika dibiasakan akan menjadi habit pula. Inilah yang saya takut. Kita dah dedahkan mereka dengan “kebiasaan” mengambil hak orang walaupun “dengan izin”.


Mainan sendiri lagi syok main!

Zarin pernah juga menangis nak bawa balik mainan orang punya, Tapi kami tidak mengendahkan raungannya. Angkat terus masuk kereta. Menangislah sekejap, lepas tu terus ok. Silap-silap nanti papa dan mama belikan Zarin mainan baru. :P

Mungkin pada orang lain isunya remeh sahaja, "alah, namanya budak-budak"
Tapi tidak bagi saya!

22 comments:

  1. betul tu...saya pun setuju.kalu selalu sangat lama2 jadi kebiasaan.

    ReplyDelete
  2. tidak jugak pada saya..saya pun pantang kalau anak2 sibuk ngan mainan budak lain pas tu nak bawak balik...mmg x de lah...
    padahal kat umah sikit punya byk mainan...
    kita mmg kena didik dr kecik ni...kalau x, sampai ke besar la perangai mcm tu...

    ReplyDelete
  3. yup, k.diana setuju sgt2 akan hal ini. mmng biasa anak2 suka brg org lain, kita sbg ibu bapa kena bgtau dia, ini orang punya... tapi brg sendiri, jgn kedekut dgn orang! kami pun selalu titikberatkan hal ini kat iman wafiy....alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. haah saye pun setuju ngan idazs, memang la dieorang cakap tak kisah, tapi hati kite ni sebagai ibu selalu terlebih kisah kan.

    pernah alami situasi macam tuh.

    ReplyDelete
  5. betul tu, saya setuju. takut dah biasa dengan perkataan 'takpelah' melarat pulak sampai besar.

    ReplyDelete
  6. uiksss..same la mcm izwa!jgn sesekali ckp ala bdk2..no no no...sb bdk la kiter nk kene ajar tau!

    huhuh..mmg ku pun same lantak la nk meraung ke nk guling ke kalo org punyer tetap org punyer okey...:)

    ReplyDelete
  7. ratu plak tak suke kalau g umah org anak2 ratu merabai2 brg2 kt umah org.uishhh pantang.kalau bab nk bli mainan ke tak dapat then sampai guling2 nangis rase alhamdulillah la dh ble training dorang.anak ratu yg 1st mmg hyper skit.takble duduk diam.ade je keje dia yg ble naikkan drh kite.belembut sudah.berkeras sudah.sampai taktau nk wat camne...

    ReplyDelete
  8. betul2..akak pon tak suke bebudak ni amik barang orang..hehehe so far memang derang semua behave kalau kat umah org..alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. betul2.. kalau kami kadang bawa mainan dia. konon utk pujuklah.. tp kan mmg pantang kalau cam gini. menangislah apa pun.. mmg tak bg amik yg org punya

    ReplyDelete
  10. budak-budak mmg mcm tu kan..suka main org punya mainan...sama mcm awish...

    biasanyer nuyue akan cakap"pulangkan barang tu,nanti ada duit kita beli"

    kalau kat kdai pun mcm tu jugak...nuyue akan bgtahu benda yang sama..sbnarnya bukan ajar anak dgn janji kosong...tapi utk nak dptkan sesuatu brg tu bukannyer mudah..kena simpan duit..

    setakat ini menjadi lagila dgn cara tu...

    ReplyDelete
  11. sama lah kita ida....
    memang kena tegas kan bila bab2 macam ni. bukan apa, takut nanti sampai ke besar, senang je nak ambik1 barang orang.. bahaya kan?

    ReplyDelete
  12. mummyEcha: kebiasaan itulah yang paling ditakuti. Budak-budak kalau asyik dibiarkan memang seronoklah diaorang. nanti naik lemak pula. kalau dah besar susah pula nak ajar. mmmmm

    ReplyDelete
  13. wahida: mmg betul, sebagai ibu bapa kita wajib mendidik anak-anak supaya tahu menghormati hak orang lain.

    ReplyDelete
  14. dieyana: alhamdulilah kak, nampaknya didikan kak diey tu tepat sekali. tahniah :)

    ReplyDelete
  15. mappiau: itulah, naluri keibuaan kita cepat saja terasakan? hikhikhikhik..

    cuma kadang-kadang tensen juga bila kita nak didik/ajar anak kita, kemudian ada pulak yang membangkang! arrrgggg!!!!

    kalau menjawab nanti lain pula ceritanya. aduiiiii!

    ReplyDelete
  16. NM02, itulah, kadang-kadang cara didikan ibu bapa berbeza, terpulang pada diri masing-masing.

    Kalau dah sampai besar lagi payah, jangan menyesal dikemudian hari.

    semoga nak kita tidak tergolong dalam 'kebiasaan' ini, amin :)

    ReplyDelete
  17. Mrs. Eady : "Like" mcm button FB. Setuju sangat22222 :)

    ReplyDelete
  18. ratu siput: yang ni pun saya agak geram juga. Tapi kin anak baru sorang senang sikitlah saya nak monitor.

    kadang-kadang memnag kita akan hilang punca bila berdepan dengan situasi begini. cumanya, saya pernah terbaca yang setiap anak pendekatannya tak sama, ada yang kena berlembut, ada pula yang perlu berkeras. ada juga yang perlukan 'rotan'.

    apepun kita sama-sama doakan yang terbaik untuk anak-anak kita :)

    ReplyDelete
  19. kak risa: alhamdulilah. kena berguru dgn akak nie ;)

    cuma kadang-kadang geram bila kita marah/ajar/didik anak, ada pulak yang membacking kesalahan anak itu.

    hadoiiiiiii! rasa nak debuk je kalau kena camni...

    ReplyDelete
  20. etiey: itulah, menangislah kalu nak menangis pun, yang org tetap orang punya. jangan harap nak dapat!

    dari awallah kita kena ubah sikap anak-anak nie :)

    ReplyDelete
  21. nuyue: mmg bgs sgt2 cara tu. kena ajar juga anak berjimat cermat. Ajar mereka untuk menilai duit. Betapa susahnya mama dan papa nak dapat duit. Tapi itulah kadang-kadang kalah juga dgn zarin nie.

    dalam hal ini, mama kena bersikap 'hati kering'
    kihkihkihkih

    ReplyDelete
  22. kak sya: itulah yang takutnya. Bila dah jadi habit ni mmg susahlah nak ubah.

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...