Wednesday, March 30, 2011

fun time @ galactica starship

Baru-baru ini saya sempat membawa Zarin bermain di Galactica Starship One Utama. Sebenarnya tak ada niatpun nak bawa Zarin ke situ. tetapi memandangkan company papa ada event di OU dan memerlukan papa untuk bertugas dari pukul 10.00 pagi-2.00 petang, makanya papa pun mengajak mama dan Zarin untuk turut ke OU.


Mula-mula saya pening juga, bagaimana nak handle Zarin sepanjang waktu tersebut. Biasalah kan, budak-budak mana nak duk diam. Kemudian baru teringat yang di sana ada tempat main-main untuk kanak-kanak so bolehlah kami melepak di situ. Tiket yang dikenakan untuk seorang kanak-kanak ialah RM20 per entry.

Untuk masuk dan bermain di situ, setiap orang diwajibkan untuk memakai stokin. Masa itu, zarin dan saya mana ada pakai stokin, so belilah stokin di situ dengan harga RM4 sepasang. So total kami kena bayar ialah RM28!

Oklah, malas dah nak merepek-repek, apakata layankan saja pic Zarin seamsa berada di situ. (Sila jangan muntah yea, STK memang giler gambar!)











Hampir 2 jam setengah kami di sana, Zarin pun dah mula boring. Sebelum keluar, sempat lagi saya bawa Zarin menikmati hotdog, nugget dan bebola ketam serta soya bean yang terdapat di cafe di dalam galactica tersebut.


Memang seronok berada di situ. Cumanya kalau dah agak lewat, memang ramailah kanak-kanak. Selepas Zarin kenyang dan puas bermain, turn mama pula untuk jalan-jalan cari makan!

24 comments:

  1. sara klau bwk tpt gini xreti nk blk...kne pujuk2 br blk...seronok sgt la katakann...

    ReplyDelete
  2. hahha, 'STK gila gambar' ayat tak tahan. Tapi k.diana suka, gambar STK, jelas, cantik....

    seronok zarin main bebola ... cumel stokin kuda belang....hehheh

    ReplyDelete
  3. idaz,nie kalu bawa ank dara tu g sini confirm2 dia x nak balik...

    ReplyDelete
  4. mahal jugak ek rm20 per entry.kalau kat jb ni tempat2 cmni...dlm 3-4 hengget je sejam...

    ReplyDelete
  5. syok nyerrrrrrrrrrrrrrrrr...nk pg la nnti!!

    ReplyDelete
  6. Zarin dh besar la..dh handsome, x nampak gegirl lg dah heheheee

    suka tgk gambar² STK...cantek!

    ReplyDelete
  7. tak pernah bawa darwish kesini padahal dekat jer nih dgn umah nuyue

    nanti ada masa nak bawa awish pi sini..biar dia main puas2..heheh

    ReplyDelete
  8. wahh cam syok je kat situ. ila penah bwk aqil g yg lgk satu tuh. lupa dah nm dia. sbb tgk galactica cam sesuai lgk dgn age dia. huhu..

    ReplyDelete
  9. bes gile tgk zarin main..hehe
    setakat ni baru bw aleesya gi kidsport kat ou..

    tggu besar sket br bagi masuk sini.hehe

    ReplyDelete
  10. hai la zarin kalau la anty pun ade kat situ jugak maunyer anty ngan zarin same naik main hahahaha (sungguh perangai budak2 la haih :P)

    ReplyDelete
  11. ejan: Zarin ni dah masuk 2 jam lebih. tu yang dia borink. Cuba kalu kejap, confem meraung dan kena pikul bawak keluar. hahahahah

    ReplyDelete
  12. kak diey: tq2..sy pun suka tgk gambar2 kat blog org. hahahahaha

    stokin 4 hinggit! dah la panjang

    ReplyDelete
  13. Muumyecha: budak-budak mmg suka tempat2 gini, kalau boleh nak berkampung terus kat situkan? huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. ratusiput: ooo ikut jam yea. Tulah mula2 fikir mcm mhl juga, tp xde choice, hulurkan juga duit tu.

    sob! sob!

    ReplyDelete
  15. ♥ Mrs.Eady ♥ : jom-jom, jgn lupa bawak stokin untuk satu family yea. jika terpaksalah beli stokin 4 hinggit tu :P

    ReplyDelete
  16. wina: tq dear :), lagi bersemangat nak upload gambar lepas nie. kah! kah! kah!

    haaaa, dah nampak sikit 'kemachoannya" itu..tp kalau g gunting rambung memang sakit telingalah dgr suara dia duk meraung!

    ReplyDelete
  17. nuyue: kalau bwk awish sure dia seronok! tapi mainannya tak byk sgt. tapi oklah utk budak2 seusia anak kita tu

    ReplyDelete
  18. MyKhalish: ooo, yang dekat panggung wayang tu ek? mula2 cadang nak g situ, tp sebab mls nak naik terus g galactica nie. kalau bawak aqil sure dia seronok tu :)

    ReplyDelete
  19. Cikyan bini MrRuffey: tq auntie, muaaaaah :)

    ReplyDelete
  20. ashra: kidsport x pernah pergi lagi. kat mana ek? old wing ke new wing. Aritu dia sibuk nak masuk kat artcraft ke apa ntah nama kedai tu

    ReplyDelete
  21. Mappiau: hahaha, mama zarin pun sama, dia pulak yang lebih2 naik slide ulang-ulang kali. Pastu tembak2 orang! :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...