Tuesday, March 1, 2011

kota keriangan -indoor game!

Genting Highland memang terkenal sebagai kota keriangan. Hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga sempat berkunjung ke sana. Semuanya tidak dirancang, namun memandangkan company suami mengadakan dinner di sana, alang-alang suami dah pergi, saya dan Zarin terus menjadi tukang sibuk. Kihkihkihkih.


Zarin dan papa yang tak sabar nak bermain

Kami bertolak pukul 12.15 tengahari dan sampai di sana sekitar pukul 1.00 petang. Selepas check in di First World Hotel, kami terus ke tempat permainan. Tujuan utama adalah untuk mengisi perut yang tersangatlah lapar. Kami memilih Marrybrown kerana saya ingin menikmati chicken porridge.

Sampai di tempat indoor game, lain pula jadinya. Zarin langsung taknak makan sebaliknya terlebih excited nak bermain. Maka, kami terpaksa mengambil giliran makan. Mula-mula mama yang makan, kemudian papa pula.


tekanlah butang tu Zarin, asal jangan tercabut sudah!

Selepas perut kenyang, dan kembali bertenaga kerana perut sudah kenyang, kami pun membeli tiket untuk all park. Jika tidak silap saya, ada 39 permainan. Ha, Zarin, mainlah sampai puas yea!


beratur dulu yea.

Mula-mula, kami bawa zarin naik carousel iaitu kuda berpusing. Mula-mula naik memang seronok, namun lama kelamaan, Zarin mengajak mama duduk di dalam kereta kuda. Kemudian Zarin bukak beg toy storynya dan keluarkan semua barang permainanannya. Hahahahahahaha. Apelah Zarin nie.

kudaku lari gagah berani, yeeeehaaaaa!!!!!!!!!!!!!


Borink naik benda nie, bilala nak berhenti


mama yang terlebih posing, Zarin rileks saja :P

Tak kuasa dah nak melayan mama menggedix posing!

Selepas itu, Zarin naik pula Ride de Paris. Permainan ini hanya untuk kanak-kanak mengikut ketinggian tertentu. Ibu bapa tidak dibenarkan untuk sama-sama menaikinya. Jadi kami letakkan Zarin sorang-sorang di situ.

Ha, kan dah mula menyebek!

Seronok bukan kepalang dapat memandu kereta dan trak. Tapi apabila kereta tersebut bergerak laju, Zarin mula menjerit mencari mama. Sudahnya, Zarin terpaksa diturunkan kerana menangis! Adusss, hilang sudah gaya machoman Zarin. Sebaliknya cenggeng sungguh anak mama nie. Kihkihkihkih...

Selepas puas pusing-pusing di sekitarnya, kami membawa pula Zarin naik reindeer cruiser. Bawa Zarin pusing-pusing sekitar bangunan first world. Seronok juga naik benda nie.


nak tu, nak tu!

Kami memilih permainan yang selamat untuk Zarin. Tambahan pula Zarin masih kecil, kena perlu memilih mainan yang betul-betul sesuai dengannya. Diambil kira juga faktor mama agak penakut. Sudahnya jadilah penakut kuasa dua!


papa amikla gamba mama, Zarin nak tengok tu!

Tapi kami gembira kerana Zarin tersangatlah seronok sambil mulut becoknya bercakap itu ini serta bertanya Apa tu mama? Apa ni papa? Kami berhenti seketika untuk solat Zohor, dan kemudian sambung pula bermain di kawasan outdoor.

32 comments:

  1. Wah ... seronoknya di kota keriangan!

    ReplyDelete
  2. wah seronoknyer......happy tgk zarin.

    ReplyDelete
  3. uihhhhhhhh copeknye sampai ida oii..best best..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnya..ntah bile la daku dapat bawa alya ke sana..dah lama benau teringin nak bawa dia..hehe..
    uit..seronok menantu ai ye..haha

    ReplyDelete
  5. riang ria di kota keriangan..
    lama dh x pegi...kne pegi gak ni..

    ReplyDelete
  6. hehehee memang best kan pegi sane, irfan kalau dapat naik kereta yang keliling iefil tower tuh memang die tak makan pun tak hape, kenyang dah dapat naik kereta tuh hahahaha hadoiiila anak.

    tapi ok la tengok zarin behave jer huhuhu.

    ReplyDelete
  7. same la syahmi kalo naik kete tu msti nangis punyerrr..huhuhu....

    ReplyDelete
  8. suka gi genting...

    klaka lak bila zarin kluarkan semua brg mainan dia..hehehe...

    ReplyDelete
  9. salam ida..salam kenal2 jugak...keep in tourch k...nnti free2 ratu jelajah blog ida dr mula... :)pape nk tggl jejak dulu...

    ReplyDelete
  10. hhehe
    sama cam darwish
    kalau kereta tak bergerak..laju jer dia nak naik..bila kereta tuu dah bergerak..start melalak..

    ReplyDelete
  11. bestnya zarin main. eysraf lom sempat merasa lgi main kat genting. tunggu besar skit lg. g pusing2 saje n kadang pergi balik hari.

    ReplyDelete
  12. salam kenal

    comelnya zarin.. sure rambang mata tak tau nak pilih main yg mana dulu.. hehe

    kalau anak2 saya, hohh.. kompem main sampai malam takmo balik

    ReplyDelete
  13. pernah pergi sekali jer..
    bestnya:)
    tq singgah blog sy

    ReplyDelete
  14. wahh.hepi sungguh eh zarin n mummynye ni.ceria muka...

    dulu bawa aleesya time 10bulan..tak pandai enjoy lagi..ni nak masuk dua thn lebih nanti,nak start bawak gi tempat2 gni kan..lagi enjoy budak2,kita pun hepi...

    ReplyDelete
  15. hmmm dah lama tak p genting... kena p ni.. :D

    ReplyDelete
  16. kak diey: seronok! seronok! seronok! (sila baca dalam nada Upin dan Ipin yea) :P

    ReplyDelete
  17. mummyecha: mmg seronok, Zarin over excited, tp sekali sekala takut, aduiii

    ReplyDelete
  18. kak risa: dekat je kak, tp kena memecut sikitlah. huhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  19. shasah: jomla, tunggu adik alya klua dan besar dulu la nampak gayanya. kihkihkih...

    jom kita 'menembak-nembak' di sana, jom!

    ReplyDelete
  20. ejan: mesti pergi, tentu sara suka byk mainan :)

    ReplyDelete
  21. mappiau: zarin takut, tapi naik deer yang ada lampu tu dia taknak turun pulak.

    mood dia agak ok aritu, kalau tak aduiila, maunya muncung mulut mama. Silap-silap boleh hanger baju lagi. kehkehkeh

    ReplyDelete
  22. mrs. eady: alamak, ultraman pun takut jugak ke naik kete tu? hahahahahha

    bleh geng ngan zarin la gini gak :)

    ReplyDelete
  23. wahida: dulu g masa muda-mudi, skang dh ada anak mmg terbataslah nak mainnya.

    ha, tula, memalukan betul alih-alih mainan dia juga yang dikeluarkan :)

    ReplyDelete
  24. ratu siput: tq so much, salam kenal juga :)

    ReplyDelete
  25. nuyue: hahaha, itulah pasal. muzik di keta tu x dpt nak tandingi suaranya yang nyaring melalak itu. :P

    ReplyDelete
  26. etiey: biasa kami pun gitu gak, g mkn marrybrown je, naik cable car. hahahahha.

    nanti esyraf dah besar sure dia seronok, silap2 bukak mata je nak main, cam zarin aritu lah

    ReplyDelete
  27. h4ni3 : hehehe, budak-budak mmg seronoklah dapat main gitu. Sama la cam zarin nie, mlmnya sambung lagi sampai kul 11! aduiiii,

    ReplyDelete
  28. wida: u'r welcome :)
    jom pegi lagi, best! best! best!

    ReplyDelete
  29. ahra: betul tu, mmg budak suka tempat yg byk mainan nie. memang seronok sgt2. sekali sekala tukar angin :)

    nanti bawak aleesya yea, seronok!

    ReplyDelete
  30. kak ida: mmg best, tapi kalau dpt main game yang adventure lg best kot :P!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...