Thursday, March 31, 2011

Mark's Asam Laksa

Tiba masanya untuk mama jalan-jalan cari makan. Ketika itu, jam telah pun menunjukkan pukul 2.10 petang. Time papa bertugas pun dah habis, so papa pun joinlah sekali. Mula-mula mama teringin nak makan Carl's Jr. Tetapi papa ingin menikmati Mark's Asam Laksa kegemarannya. urmmmm...Fikir dua kali nak makan ke tak. Akhirnya saya ikutkan saja, sebab perut dah berkriuk, kriuk lapar!




Seperti biasa papa memilih Asam Laksa kegemarannya itu. Secara peribadi, saya tidak menggemari laksa ini kerana kuahnya sedikit manis-manis dan ada isi ikan berketul-ketul. Jadi memang tidak kena dengan selera saya yang agak cerewet ini. Saya lebih sukakan laksa bangunan ukir di Alor Setar nun! :P




Saya pula memilih set lunch ikan pari Asam pedas. Untuk Zarin saya tidak memesan sebarang makanan kerana apabila saya bertanya


"Zarin nak makan apa? mama order sup ya (horfun fish ball sup)."

"Alen taknak makan, Alen kenyang dah!"


Memang dia dah kenyang sebab dah makan hotdog, 2 ketul nugget dan 2 ketul bebola ketam. Mana mungkin perut kecilnya dapat menampung lagi makanan. Lainlah perut stokin macam mama nie. hahahahahah!


Tapi bila makanan mama sampai lain pula jadinya.


"Ni Alen punya. Buh sini, Alen nak makan carrot, telur. Alen punya".


Pulak dah, belum sempat nak buat apa, terus tangannya laju menyuap nasi. Lihat saja gambar di atas itu. Tangan kecilnya sudah menjamah nasi terlebih dahulu.




Mama hanya mampu telan liur. Dahla perut lapar! Zarin pulak dah konker nasi!


"Order yang lain jelah. Tu berselera dia makan. Nanti lapar pula!" kata suami.

"Tak pelah, nanti dia taknak saya makanlah. Bukan habis pun tu."

"Mama tak makan ke? Mama kenyang?" tanya Zarin.


Aduii, betuah sungguh budak kecik nie. Dahlah makan nasi kita, bila kita tak makan, dia tanya pulak kita kenyang ke?




Kemudian kami turut memesan ABC. Yang ini papa punya yea. Rasanya pun boleh tahan. Tapi tak ada ice creamlah. Kalau ada ice cream pasti lagi sedap. Cuma dia ada buah pala kering.




Untuk mama, cendol. Tapi turut di konker Zarin! nampaknya Zarin seperti memberi isyarat bahawa mama perlu ber'diet' hari itu. Huhuhuhu.. Banyak juga Zarin makan, hampir setengah mangkuk juga.





Bila dah kenyang, Zarin pun seperti biasa menunjukkan skill "membuasnya" itu. Nasib baiklah pada masa tersebut, tak ramai sangat pengunjungnya. Bolehlah Zarin ke sana ke mari. Mama pun apa lagi, cepat-cepat menikmati makanan yang telah ditinggalkan Zarin.




Sebelum beredar, sempat lagi mama enterframekan diri! hahahahahaha!!! Perut dah kenyang, bolehlah window shopping! Tapi sebelum window shopping, sempat lagi singgah belikan Zarin pretzel Auntie Anne (Almond) dan chocholate stix sebagai bekalan bila dia lapar nanti. ( Bekalan kerana Zarin tersangatlah kuat makan sekarang, tetapi kurang minum susu)


26 comments:

  1. budak2 mmg cmtu.tp rase elok cmtu drp kite order gak kalau dia kate dh kenyang n tak makan.kalau oder cmni.kalau tak cukup bru tambah.takla membazir.alamak tgk abc tu cm sedapla kan...

    ReplyDelete
  2. ades, sedapnye nmpk abc, cendol tu...;-)

    zarin mkn bnyk sbb dia tk nyusu tu, da. okey la gitu. makannan pastikan sentiasa ada dgn dia, terutama g jalan....

    ReplyDelete
  3. wahhh abc. like 10x. ok la tuh tk nk nyusu tp selera mkn ada.

    ReplyDelete
  4. hehe.kalu anak tgh selera mkn,kita tak smpi hati nak sekatkan..

    ReplyDelete
  5. wahhhh.....cendol kegemaranku..terus rasa nak p cari nie....

    ReplyDelete
  6. alahaii comelnye tangan si zarin tuh duk cekau makanan!! hahahaha

    gulp!! lauk asam pedas ikan pari tuh bisa meruntun jiwa sungguh!! hihihi

    ReplyDelete
  7. jadi lapar terus...sabar je la aku nie..hehehhe...

    ReplyDelete
  8. saya suka kalau anak2 saya pun suka mkn mcm zarin tu...

    wow!! ikan pari asam pedas, feveret saya tu....

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaaaaa ABC..yummy.

    a'ah namanya budak kan, semesti baguih kalau aktif ni.

    salam singgah kembali.

    ReplyDelete
  10. Sedapnyer!!Berselera la tu zarin makan..Mamanye plk yg duk menelan liur..hehehe..

    ReplyDelete
  11. ratusiput: itulah, taknak membazir. Bukan apa, nanti kalau order tak habis, sayang pulak, jadi paksa juga mkn sampai habis. huhuhuhuhu, Camne mama nak kurus

    ABC tu mmg mengancam!

    ReplyDelete
  12. dieyana: Ha, henbeg mama mmg penuh ngan mknn dia je. Kalau air kami pun tumpang hisap sama botol dia tu. kihkihkih

    ReplyDelete
  13. ✿ etiey erywan ✿ ©™ : ABC syok mkn kalau xde budak. kalaua da budak tak sempat nak habiskan "aksesori" ABC tu dah belari ntah ke mana anaknya. huhuhuhuhuhu

    ya, mmg kuat mkn sgt sekarang ;)

    ReplyDelete
  14. ashra: itulah, asalkan tak obesiti sudah. Kalau dh berselera, mama ngan papa pun asyik ajak dia makan je :)

    ReplyDelete
  15. Mummyecha: cendol x berapa 'kick' sebab xde pulut. sob! sob!

    ReplyDelete
  16. MAPPIAU: tgn gemuk penuh pinggan.

    makan asam pedas bila tgk blogmu aritulah. terliurrrr!!!

    ReplyDelete
  17. ♥ Mrs.Eady ♥ : jom kita mkn jom :P

    ReplyDelete
  18. wahida: Zarin pun ikut mood juga. kalau nak mkn mmg byk, kalau x langsung xnk mkn.

    asam pedas kat melaka lagi sedap rasanya

    ReplyDelete
  19. haslina: tq singgah. ABC majoriti semua org suka. slurrrrpppppppp!!!!

    yup, budak-budak, kalau duduk diam lg risau. baik dia aktifkan? :)

    ReplyDelete
  20. mummiey: huhuhuhu. kesian mama kan? yg penting anak kenyang, mama kemudian2 xpe. itulah pengorbanan seorang ibukan? :)

    ReplyDelete
  21. mummiey: huhuhuhu. kesian mama kan? yg penting anak kenyang, mama kemudian2 xpe. itulah pengorbanan seorang ibukan? :)

    ReplyDelete
  22. semuanya buat ku laparrr...gmbr telah menceritakan kesedapan hehe...yummy yummy...

    ReplyDelete
  23. woouu berselera betul zarin mkn..

    sukannyer kalau tgk anak2 berselera makan..

    ReplyDelete
  24. terliur plak tgk asam laksa tu..dhlah tgh lapar

    ReplyDelete
  25. saya pun suka makan laksa kat kedah nun..
    tak sama macam tempat lain ..
    sebab tu nak makan laksa saya buat sendiri..

    ReplyDelete
  26. izan: nyummmy!!!

    nuyue: itulah, mmg seronok kalau boleh semua benda nak beli

    ct hajar: jemput makan yea :P

    diana: pernah juga buat laksa sekali. Tapi x reti bajet sbb periu kecik sgt dan kuah terlebih pekat. huhuhuhuhhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...