Monday, March 21, 2011

Masalodeh

Hari minggu memang hari yang ditunggu-tunggu. Hari cuti inilah saya mencuba pelbagai resepi. Maklumlah, waktu pun panjang,kalau penat boleh rehat-rehat.

Hari sabtu, saya terfikir-fikir apa yang boleh saya buat dengan kacang dhal, lebihan daripada membuat tau sa piah. Kemudian saya godek-godek blog kegemaran saya iaitu Lady of Leisure, tengok-tengok resepi yang boleh saya buat.

Kemudian ternampak resepi masalodeh! Bila lihat bahan-bahannya, memang cukup untuk saya buat kuih ini. Malangnya, bila saya baca sekali lagi cara membuatnya, rupa-rupanya kacang dhal itu perlu direndam semalaman. Sudahnya saya hanya boleh membuatnya semalam (ahad). Itupun setelah kacang dhal direndam semalaman. hihihihihi..

Masalodeh ini juga merupakan kuih kegemaran suami saya. Mmm, suami saya semua makanan India dia suka! Nasib baik dia tak jatuh cinta dengan Kajol ke, Rani Mukherjee ke, Kareena Kapoor ke. Kalau tak menangis saya! Hahahahahahaha

Rupa-rupanya taklah rumit sangat buat masalodeh ni. Jom kita lihat resepinya



Bahan-bahan:
2 cawan kacang dhall
1-2 tangkai daun kari - gunting kecik-kecik
1 tangkai cili kering - gunting kecik-kecik
*1 tangkai cili hijau - dadu halus
1 biji bawang besar - potong dadu kecik
1 sudu kecik jintan
Garam secukup rasa
* memandangkan kat rumah tak ada cili hijau, saya gantikan dengan 2 biji cili padi
Cara-cara:

1.Rendam kacang dhal semalaman. Toskan kemudian separuh diblend halus dan separuh lagi diblend kasar
2.Campurkan kesemua bahan lain, bulatkan dan tekan supaya leper di bahagian tepi. Goreng dalam minyak yang banyak dan balik balikkan, once masalodeh timbul maknanya dah masak.

Resepi asal boleh dilihat di blog Lady of Leisure

Sangat sedap menikmati masalodeh ketika panas-panas.Di tambah pula jika dihidangkan bersama teh o! Di luar pula hujan renyai-renyai. wallllaaaaahhh! Kacang dhal yang rangup, krup! krap! krup! krap!Tak sedar tangan laju mencapai kuih ini. Sedar-sedar dah licin. hehehehehehehe



Zarin pula tidak berapa gemar kuih ini. Pedas katanya. Walaupun saya dah buatkan masalodeh tanpa cili untuknya. Mungkin juga tergigit daun kari. Sudahnya kami juga yang habiskan.

Tanx Lady sebab kongsikan resepi masalodeh ini. Nampaknya kakak saya dah request untuk buatkan kuih ini bila mereka datang ke KL nanti. Al-maklumlah, kuih ini juga merupakan kuih kegemaran abang ipar saya! hahahahahaha.. Memang keturunan berbulu lebat kami ni kot :P

Selamat mencuba!

16 comments:

  1. alamak.. sedapnya.. febret ni.. kena try... hahahah ambik resepi yer..

    ReplyDelete
  2. erks...rajin sungguh la cik ida kiter nie :)

    ReplyDelete
  3. mcm senag je,nak cuba buatlah,ida kita copy resepi awk ye

    ReplyDelete
  4. wahhhhhhhhhhhh...mmg mabelessssss....ratu pun suke ni tp ratu panggil dia 'magelek'...mmg sedap n kenyang.sib arini ade psr mlm.nk sggh bli.nk buat tak sempat.

    ReplyDelete
  5. rajinnya buat kuih yg sgt sedap ini.. tgk gmbr pun dh terliur..gulp!

    ReplyDelete
  6. oh, berehinya kuih ni, sedap, keturunan berbulu suka kuih ni? hahaha, lucu perkataan tuh.

    ReplyDelete
  7. jue: silakan, sedap dan mudah buatnya! cam goreng cokodok je

    ReplyDelete
  8. kak risa: rajin membesarkan badan. hahahahahha

    ReplyDelete
  9. mrs. eady: bab2 tambah lemak kat badan mmg cepat je daku nie. mmm, tgh p weeknd ni nak masak apa, nasi minyak kot?? :P

    ReplyDelete
  10. cthajar: mmg senang sgt, mcm buat cokodok je rasanya. Silakan, saya pun copy resepi org juga ;)

    ReplyDelete
  11. ratusiput: rupanya ramai yg suka kuih ni. magelek??? hihihih, tak pernah dgr lagi. kenapa panggil nama tu?

    jom borong byk2 ;)

    ReplyDelete
  12. izan: gulp! gulp! mmg sedap kuih ni. cubalah ;)

    ReplyDelete
  13. kak diey: hahaha, itulah, abg suka sgt kuih nie. bab tu sy cakap keturunan bebulu tu. :P

    kak die pun berehi jugok ko? try la buat, mana tahu Mr. hanapi buleh lupa cakoi dia tu. hahahaha

    ReplyDelete
  14. saya tak suka masalodeh,tapi hubby suka.
    sesekali kena gak try kan apa yg hubby suka,kata nak suami syg..

    thanks for the recipe,ida.
    kdg2 terlepas entry lady..

    ReplyDelete
  15. ashra: hehehehehe. nak suami syg mmg kena rajin masak apa yang dia suka. setuju sgt!

    sy pun dulu mmg kureng makanan mamak-mamak nie. tapi bila sering dibawa oleh suami dah terjatuh cinta pula. :P

    selamat mencuba ;)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...