Monday, March 14, 2011

menunggu dia

Dua paya satu perigi,
Seekor bujuk anak haruan;
Tuan di sana kami di sini,
Bagai pungguk rindukan bulan.

Eheheheh, tiba-tiba berpantun pulak hari ini.

Itulah yang sedang dialami sekarang... R.I.N.D.U. Lebih-lebih lagi Zarin. Kesian juga melihatnya.

Pagi semalam memang awal dia bangun. Bangun tidur terus cari papa.

"Mama Alen nak pakai baju cantik, Alen nak ikut papa".


papa dan zarin :)


Kemudian saya biarkan Zarin berskype dengan papanya. Namun tak lama lepas itu, dia merajuk, mungkin hanya nampak gambar dan dengar suara.

"Alen nak sleep, Alen taknak papa!"

Katanya sambil memeluk saya lantas memalingkan mukanya, tengokla papa muntut Zarin yang kembung dengan pampers itu. huhuhuhuhuhuhuh

Namun pagi tadi mulutnya berkata lagi:

"Mama, Alen tak nak g skul, Alen nak duk nga papa!"
"Papa work, tak balik lagi. Esok Zarin duk nga papa yea"
balas saya.
"Ni papa", katanya sambil menunjukkan ke arah gamba papa.

Oh, kesian anak mama. Bila jarang berenggang macam nilah jadinya. Semalam memang dia agak 'perangai'. Letih juga nak melayan perangainya. Mungkin nak lepaskan rindu dengan cara buat 'perangai' kot.

menunggu dia


Pulau tinggi terendak Cina,
Nampak dari pasir Sibu;
Tuan pergi janganlah lama,
Tidak kuasa menanggung rindu.

Pejam celik, pejam celik, hari ini dah 14hb, bermakna hari ini papa balik, yeaaaa!!!
Tapi papa sampai malam, lebih kurang pukul 10 malam. Kita sama-sama tunggu papa yea sayang :)

19 comments:

  1. tetibe ratu lak sedih..raya nnti cik kitol baru boleh balik bercuti... :(

    ReplyDelete
  2. mesti mama zarin lagi rindu dari zarin kan?????

    ReplyDelete
  3. alololo siannyer nyer zarin rindu papa die. tu la budak2 kan baye dieorang pun dah pandai tunjuk protes bile rindu, haaaa mamanyer camne tuh nak tunjuk protes rindu tuh hihihi

    ReplyDelete
  4. alahai ciannyer tgk zarin...rindu sangat ngan papa die......

    ReplyDelete
  5. kesiannyer dekat zarin
    kita sbgai mak yang kena kuat kan bila berhadapan situasi begini..adeehhh xsanggup rasanyer berjauhan..

    ReplyDelete
  6. alololo..ni rindu sgt ni..sampai pantun bagai..hehe..lepas ni turn daku lak kene tinggal..nextweek en.abe i pulak outstation..hukhuk..

    ReplyDelete
  7. alahai, sian dia rindu papa dia ya.

    Takpe, papa balik hari ni kan..

    Anak2 saya dah biasa kena tinggal dgn abahnya, selalu outstation, jd tak kisah sgt kot, kecuali lebih 3 hari..memang ada bunyi jugalah..

    Thanks follow blog yus, follow u back..:)

    ReplyDelete
  8. huhuhu...menunggu itu satu penyiksaan..
    tapi x pe...beberapa jam je lagi kan. Lepas ni orang tersayang balik, boleh la Ida dgn zarin lepaskan rindu serindu-rindunya :)

    ReplyDelete
  9. huhuhu...menunggu itu satu penyiksaan..
    tapi x pe...beberapa jam je lagi kan. Lepas ni orang tersayang balik, boleh la Ida dgn zarin lepaskan rindu serindu-rindunya :)

    ReplyDelete
  10. ratusiput: raya?? uhuk-uhuk, lambat lagi. banyakkan bersabar yea. nanti lepaskan rindu puas-puas ;)

    ReplyDelete
  11. dwaty: hikhikhihk. itu sudah semstinya. Nak cover diri ckp Zarin yang lebih rindu. kahkahkah

    ReplyDelete
  12. mappiau: mama tunjuk protes??? ehem-ehem.. tiba-tiba sakit kerongkong! :p
    emmm suruh papa beli ole-ole kot. hikhihkihk. materealistik sungguh mama nie :P

    ReplyDelete
  13. MummuEcha: itulah, budak-budak umur macam nie mmg tahu perangai jela kot, kalu nak describe sesuatu. mmmmmm

    ReplyDelete
  14. nuyue: itulah, dulu masa pegnen, boleh je daku PJJ. Tak kisah sgt. tapi bila dah ada anak nie, mmg lain mcm sungguh. Hrp2 lps ni xde lagila ke mana-mana. Bayangkan baru seminggu, berat mama dah turun giler akibat jaga zarin yang aktif! :P

    pdhl, makan tak kenyang, mandi tak basah, tdo tak lena. ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  15. sha: alahai sian alya n baby. Huhuhuhu. Mama kena kuatlah. sob! sob! sob!
    tp mmg x sukakan kalu berjauhan nie?

    ReplyDelete
  16. Mrs Eady: uhuk-uhuk, daku tgh demam rindu nie. kihkihkih

    ReplyDelete
  17. Yus: itulah, kami jarabng kena tinggal, bila kena sekali dan agak lama mmg mati kutu jadinya.huhuhuu

    tanx juga sudi follow yea ;)

    ReplyDelete
  18. kak ida: like. lagi terlepas rindu bila tgk ole-ole dari beijing. yeaaa!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...