Thursday, March 3, 2011

Nampak hantu?

Misteri 'hantu' ini agak sinonim dengan zarin. Selalu juga dia menyebutnya. Namun pada pandangan saya, mungkin sekadar omongan kosong dan pengaruh cerita Upin dan Ipin iaitu 'Hantu durian" sebelum ini pun saya pernah entrikan cerita tentang Misteri Hantu Durian ini.

Namun begitu, baru-baru ini terjadi lagi. Tetapi kali ini agak menyeramkan bulu roma saya!

Seperti biasa sebaik sampai di rumah setelah pulang dari kerja, Zarin akan meminta nenen. Maka melekatlah Zarin 10-20 minit. Entah mengapa hari itu, badan saya tersangatlah letih. Mungkin juga kerja yang menimbun membuatkan saya kepenatan. Zarin pula masih setia menonton TV sambil makan honey star. Sekejap bermain di celah langsir, kejap berlari ke balkoni, kemudian datang balik tengok TV.


jom main sembunyi-sembunyi, cak!

Lebih kurang jam 7.00 malam, Zarin meminta nenen lagi. Saya pun baring dihadapan TV bersamanya. Tanpa disedari saya pun terlena. Tidak lama selepas itu, saya terdengar suami saya berkata

"Mana ada hantu, hantu tak ambil mama pun"

Lantas saya terus terjaga dan bertanya

"Pasai pe pa? pasai pe ngan Zarin?"

Maka suami saya pun memulakan ceritanya.

Papa: Zarin nampak hantu tadi. Bila dia sebut "hantu", terus dicampak honeystar. pastu mai peluk saya sambil kata "Hantu kat luar! Hantu kat luar!
Mama: Nampak hantu kat mana?tanya saya lagi dalam keadaan mamai-mamai.
Papa: kat luar, balkoni kot. Zarin nampak hantu kat mana?
Zarin: Hantu tu, sana, ada kat luar. Sanbil tunjuk ke arah balkoni
Mama: saja dia cakap kot tu pa, kata saya cuba menenagkan hati.
Papa: Tataulah, tapi dia nampak takutlah. Kalau awak tengok dia tadi sure terkejut juga. sebelum ni pun dia pernah cakap, tapi dia gelak-gelak je. Kali ni betul-betul takut. Mungkin yang mai tu muka tak eloklah kot. Tu yang dia takut tu.
Mama: isk , papa nie!


Adakah rupa sebegini yang dinampaknya????? source: http://layoutsparks.com/

Kemudian suami saya menyambung lagi.

Papa: Tadi masa awak tidur, awak sedar tak awak bangun marah-marah Zarin. Terus dia tak nak pergi kat awak. Biasanya kalau awak tidur pun, dia pergi juga kacau-kacau, golek-golek tepi awak. Ni langsung taknak. Dia cakap ada hantu, ada hantu. Bila saya kata hantu tak ambik mama, terus awak tersedar dan tanya pasai pe? pasai pe? Dengan mata merah.
Mama: Betui ke pa? saya langsung tak sedar apa.
Papa: Betui la, ingat saya tipu ke? Tulah, dah berapa kali saya pesan jangan tidur time-time maghrib nie. Berapa kali dah. Tapi tidur juga.
Mama: Bukan sengaja, saya tertidurla. (menjawab lagi tu :P)
Papa: Ye la tertidur. Tau dak, time-time ginilah hantu tu suka berkeliaran. Tu yang badan jadi lebam-lebam kena gigit tu. Awak tu dah la tengah period, kot masuknya dalam badan tadi camne?
Mama: dah la pa, takut saya dengar. Zarin mai kat mama.
Zarin: taknak, ada hantu kat luar sana.
Papa: Ha tengok zarin cakap lagi, dah, bangun pi mandi dulu.

Saya pun apa lagi, cepat-cepat bangun pi mandi. Tiba-tiba jadi takut pulak. Melilau-lilau biji mata tengok sana sini. Selepas mandi, Zarin pun bermain seperti biasa dengan saya. Nak dukung, ajak makan, minum milo dan sebagainya.

Bila saya tanya " zarin nampak hantu kat mana?"
"Takde dah!"
balas zarin


betul ke zarin nampak ek? mmm, confuse sudah

Topik Zarin nampak hantu ni, dua tiga hari juga saya berbincang dengan suami. Betul ke dia nampak? Bukan apa, sekarang ni oklah suami ada di rumah. Tengah bulan ni kena outstation seminggu, yang tinggal hanya zarin dan saya. Harap-harap tak adalah benda-benda pelik yang berlaku, amin-amin.

Paling menyeramkan bila suami saya bercerita anak buah kawannya,

Si anak: Mama masak dengan sape tu mama?
Si mama: Mama masak sorang-sorang je.
Si Anak: Tu ada orang di sebelah mama tu.
Si mama: Terus campak senduk dan langsung tak ke dapur dah hari tu.
* kalau terjadi macam ni sure fengggggsannnnnn!!!!!!!!!!

Pengajaran daripada cerita saya: Jangan tidur time senja-senja - maghrib.

22 comments:

  1. adakah hantu 2 , mama y xmandi & tido maghrib??
    sb lps mama mandi, zarin kater antu dh xde..
    klau i kne y kwn papa zarin 2, konpem sebulan xmasuk dapo..
    dah kater spesis penakut kan??

    ReplyDelete
  2. mak aiii...seram giler...tapi org ckp budak2 mmg boleh nampak benda halus kan?
    harap masa suami awak OS nnt xde apa2 yg terjadik...bykkan baca 4 Qul...mudah2an...

    ReplyDelete
  3. aduss, zarin, menyeramkan betul la...

    ReplyDelete
  4. letak ayat 4 penjuru.. dan bismillah depan muka pintu umah.. insyaAllah takder apa..

    ReplyDelete
  5. hehehe..seram kan..budak2 selalu nampak benda macam ni...

    ReplyDelete
  6. halamak zarin biar betul? uiiii seram sejuk dah bulu tengkuk anty dah nih.

    ermmm saye pun slalu gak lepas maghrib tak mandi2 lagi jugak. ish ish kene ubah nih.

    ReplyDelete
  7. kata org2 tua biasanye mende2 camtu budak mmg nampak apa yg dia nampak.budak2 kan telus...so rase kena do something gakla takble amik ringan...

    ReplyDelete
  8. Terlalu kecil tuk menipu...mereka akan kata apa yg mereka nampak...syaitan kan tak pernah malu tuk mendampingi kita....

    ReplyDelete
  9. singgah kembali dgn senyuman... :)
    nmpk hantu?... kalo eB la.. eB percaya ... hik3

    ReplyDelete
  10. seram baca, mungkin apa yang zarin nampak tu ada kebenarannya. DIa kecil lagi senang nampak.
    Ingat lagi masa anak saya dalam 4 bulan, otw nak balik rumah dalam pukul 6.30 ptg tapi jalan punyalah jammed sebab ada excident. Kul 8 mlm baru sampai rumah, sepanjang jln menangis x henti2, nmpk mcm takut sgt. Rupa2nya org excident tu tgh tenat. Lepas je tmpt excident terus senyap.

    ReplyDelete
  11. huwaaa.. seram baca, dari tadi nampak tajuk nak bukak dah tapi masa tu dok sensorang, tak berani :D
    ni baru berani bukak balik sebab hubby ada.. seram sejuk dibuatnya.. orang kata budak2 boleh nampak kan.. hopefully takde ape2 lah kan..

    ReplyDelete
  12. salam kenal dari yana, ida...

    uish seram btol kan..budak2 dahlah boleh nampaK mende2 halus ni...

    ade skali pun kat umah jadi camni gak...mase kami ngah nak tido lah tu ainul kate momok..momok.. .huhuuhuh..sejak tu de takmo tido kat bilik...

    ReplyDelete
  13. Ejan: mungkin hantu itu dtg kat mama yg tengah tdo kot. sbb 2 hari lepas tu ada lebam kat betis. huhuhuhu

    ReplyDelete
  14. wahida: amin-amin, harap-harap begitulah, semoga kita sentiasa dilindungi olehNya, amin-amin :)

    fuh kiri fuh kanan :P

    ReplyDelete
  15. dieyana: itulah kak diey, saje je budak kecik nie, aduii, mama pulak yg seram!

    ReplyDelete
  16. jue: tanx dear. insyaallah akak buat tu :)

    ReplyDelete
  17. Ila: itulah sebabnya. harap hanya imaginasinya sahaja. (berprasangka baik) :)

    ReplyDelete
  18. mappiau: ooo, antry pun sama macam amam juga ke? kehkehkeh! wajib ubah tu, jgn sampai irfan pulak yg cakap bukan-bukan. :P

    ReplyDelete
  19. ratu sipu: itulah, setakat ni kami baca-baca yassin. harap imaginasinya sahaja.

    ReplyDelete
  20. eyenee: yup sy setuju. Kena banyakkan amalam dan dekatkat diri dengan allah. semoga kita sentasia dilindungi olehNya :)

    ReplyDelete
  21. eB: tq sudi singgah :)

    percaya 50-50. Sebab nanti mama terlebih takut, huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...