Thursday, March 17, 2011

Really spoil the morning!

Hari ini mood agak ke laut! Macam-macam terjadi.

Pagi tadi ketika hendak ke ofis, tiba-tiba suami menelefon dan berkata yang mereka "stuck" dalam lif. Waktu itu, jam menunjukkan pukul 7.10 pagi. Saya masih di rumah menyiapkan bekalan Zarin ke nursery. Memang kebiasaannya suami akan turun dahulu bersama-sama Zarin untuk mengambil kereta di tempat parking.

Saya pula tidaklah terkejut sangat, mungkin sekejap sahaja fikir saya. Tambahan pula suami telah menghubungi pihak management. Nasib baiklah line telefon ada. Namun, semunya bertukar apabila hampir 30 minit menunggu tiada apa-apa tindakan dari pihak management! Namun mereka cuba membuka pintu lif, namun tidak berjaya! Nak tak nak kena tunggu juga!



Technician yang bertugas pada waktu itu menjelaskan yang mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sebaliknya perlu menunggu syarikat yang mengendalikan lift tersebut. Jika ada kunci, sudah pasti pintu lif dapat dibuka memandangkan suami dan Zarin berada di ground floor! Namun yang membuatkan saya hangin, kunci tersebut tidak diberikan oleh pihak yang mengendalikan lif kepada pihak management condo kami.

arggggggggggggghhhhh! saya dah bertukar jadi hulk dah masa ni! hangin wehhhhh!

"Kami dah call syarikat lif, mereka dah on da way!" kata pegawai management.

"Dari tadi dah on da way, on da way. Sekarang dah pukul brapa? anak dan suami saya stuck kat dalam tu. faham tak. samapi bila nak tunggu?" kata saya dengan marahnya!

Saya intai dan tarik-tarik pintu lif, terbukalah juga sikit, nampaklah bayang-bayang Zarin dan papa sedang duduk. Air mata saya memang dah mengalir dah masa nie. Risau, geram, marah semua ada!

Hampir 45 minit, masih lagi tiada apa-apa yang berlaku.

"Macam mana ni? dah lama sangat anak dan suami saya dalam tu. Kalau 5 minit lagi tak sampai juga saya call bomba." kata saya.

"kalau bomba datang sure dia pecahkan lif tu" kata pegawai tu pula.

"Saya tak kira! ingat main-main ke? Tu melibatkan nyawa orang tau tak!Kalau jadi apa-apa you nak bertanggung jawab????" marah saya lagi.

Kemudian saya terdengar zarin Memanggil, "mama, mama, mama!"


we're stuck!

Pegawai itu menelefon entah siapa. Terdengar juga ayat yang sama, "kalau jadi apa-apa company you nak tanggungjawab ke?"

Kemudian saya try lagi tarik-tarik pintu lif. Dengan izin Allah dan hasil daripada godek-godek suami, pintu lif terbuka sekangkang kera. Yang pasti memang muatlah untuk Zarin dan papa keluar! Alhamdulillah, lega yang amat. Zarin terus memeluk saya!

"Mama, pintu takleh bukak. Alen ngan papa duk dalam. Tak leh kua!"

Syukur Ya Allah. Baru lah lega rasanya.

Memang ngeri jika berlaku sebegini. Di dalam kereta suami saya berkata

"Kalaulah mama ngan Zarin yang stuck tadi, sure duk lawan teriak je la"

Amboi papa, sempat lagi wat lawak bodoh naaaaaaaaaaaaaa! ingat main-main ke? Risau weh, dalam kepala dah terfikir macam-macam yang negatif. Nauzubillah!

Sudahnya, memang lewatlah sampai ofis hari ini. Sampai saja, terus kena bambu. Itu salah ini salah! tensen tau! Kalau dah tau salah, suruhlah orang lain buat. Ini bukan keja hakiki I okeh!

Dalam kena bambu dan tak reti buat keje tu, kena lagi buat 2 keje bukan keje hakiki! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!

memang spoilllllllllllllllllllllllllaaaaaaaaaa mood aku hari nie!!!!!!!!!!!!

15 comments:

  1. memang kan.dahla anak n suami kite dlm tu.pengurusan camni mmg kena kompen habis habisan.ikut sedap je dorang kan buat dekkk...cm takde pape...sabar ye...

    ReplyDelete
  2. nasib baik kan diorang tak ape2..cian tau tgk muka zarin tu..ishhh,ku pon geram gak ni..
    pastu yg kat opis tu pon pe kes?kijam la..org dahla baru bertarung perasaan risau..takpelah,benda dah jadi..sabar ok..

    ReplyDelete
  3. sabaq naa....sy pn pnh stuck, hp plak xbwk..ntah mcm mane dtg kuasa hulk, sy tarik pintu & terbukak sikit, trs laju keluar...mase 2 dgn sara berdua jer...

    ReplyDelete
  4. salam kenal...

    penah gak stuck dalam lif sekali dulu.tak lama dalam 5-10 minit je...tp dah rasa sesak macam nak mampos dah...

    ReplyDelete
  5. masya allah. nsib baik tkde pape. lama tu 45minit. y dorng pun relax jer kan, sayangkan sgt pintu lift tu rosak! hish! gerammmm!

    ReplyDelete
  6. dugaan dihari khamis tu..sabar jelah

    ReplyDelete
  7. ngeri jugkan kalo jd camtu..seb baikla suami ade tlg handle... huhu

    ReplyDelete
  8. ratusiput: mmg sy hangin sungguh ngan derang. Lastly kami sebagai owner p buatreport sendri kat management. harap lps ni, jgnlah lagi berlaku kejadian sebegini

    ReplyDelete
  9. sha: itulah, mmg geram sgt. Risau Zarin kot2 x cukup oksigen ke apa. tapi nasib baik dia ok

    kat ofis nie, "doa org yg teraniaya" biasanya dimakbulkan. Harap dapat yang lebih baik suatu hari nanti.:)

    ReplyDelete
  10. ejan: aduiiiii. mmg ngeri la. lama ke tak stuck nya. kalau sy sure panic giler!

    ReplyDelete
  11. sham: salam kenal, n tq sudi singgah sini :)

    baru 5-10 minit. ni dah 45 minit! mmg panik giler. paling risau bab ada budak kecik kat dalam tu. mmg rasa nak meraung dah masa tu

    ReplyDelete
  12. mamalikha: itulah pasal. saya rasa cam nak call bomba je. tapi sbb dh ada managementkan. harap lps ni jgnlah lagi kes begini berulang. mmg agak fobia dh naik lif

    ReplyDelete
  13. Ila: itulah. sabar yang sebaik-baiknya kan? huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Nadya Shah: itulah. kalaulah kita sorang, sure duk lawan nagis je ngan anak. tambah-ta,bah lg sy ni panic yg amat! hikhihkihk

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah semua selamat.

    mujur idazs jadi HULK..boleh gak tarik2 pintu tu...huhuhu

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...