Saturday, April 23, 2011

aku sebiji belon

Bila baca tajuk entri teringat pula zaman kanak- kanak hingusan dulu, antara tajuk karangan yang agak popular diberikan oleh cikgu Bahasa Melayu. Biasanya kalau cerita begini pasti klimaks dia kesedihan dan penyudahnya happy ending. Eh, ape dah melalut-lalut nie, kin sebab banyak makan pulut durian kot.

Ok-ok, berbalik kepada tajuk aku sebiji belon ni, semenjak dua menjak kebelakangan ini, Zarin tersangat sukakan belon. Sebelum ini dia agak takut, yang dia suka hanyalah belon yang ada stick bergambar kartun tu. Tapi sekarang pantang nampak belon, konfem nak, bukan murah sepeket rm7.90. Haissssssh, kayap kalu gini gak! :P



Yang selalu menjadi mangsa untuk meniup belon sudah semestinya mama. Aduiii, dahla mama takut belon, alih-alih demi anak terpaksalah juga beranikan diri tiupkan. Tapi kadang-kadang belon ni pun degil juga, tiup punya tiup sampai nak tercabut 'keng' pun tetap tak kembung-kembung, haissshhhh! Akhirnya guna pam letrik yang selalu guna untuk pam tilam angin tu, kahkahkah!




Zarin bila belon dah kembung, bukan main lagi berani dan seronoknya. Paling tak tahan dia suka picit-picit dan duduk-duduk serta guling-guling atas belon tu. Lagi kita larang lagi dibuatnya. Mama larang sebab mama seriau tengok dan takut belon tu meletup.



Teringat lagi sukaneka sekolah rendah bila ada acara tiup belon, mulalah masing-masing kepit jarum kasi senang pecah. Tapi kalu sukaneka ni mama memang orang pertama yang tarik diri. :P



Zarin cuma satu perangainya yang mama kurang berkenan, suka tiup semua belon. Jimat-jimatlah sikit main satu-satu, tak payahlah mama asyik beli je. :p

Tapi itulah, bila tajuknya aku sebiji belon, akhir cerita konfem semua belon pecah, tak pun kena campak ke bawah dari balkoni, kemudian kena langgar kereta. sob-sob. Kalau cikgu BM baca ni agak-agak dapat A tak karangan saya ni? kihkihkih

16 comments:

  1. budak kecik seusia zarin mmg sukan belon. sikecik akak pun camtu jugak, tapi siratu dah 9 tahun pun suka sgt belon, pantang nampak belon, mesti nak, kalo tak beli sah2 la merajuk.....lagi dasat kalo budak 9 thn masih gilakan belon...hehehhe

    ReplyDelete
  2. pasni zarin kat sekolah leh masuk sukaneka tiup belon smpi pecah..hehe

    ReplyDelete
  3. semenjak terpecahkan belon..dak mia fobia sikit ngan belon..hehehe

    ReplyDelete
  4. mamyharraz fabia dgn belon =P
    ngeri nyilu bila nampak belon...dan nasib baik anak bujang pun tak suka belon :) hehe

    tp tgk aksi anak bujang awk dia mmg berani ;) hehe mesti kiut kan sbb dia nak tiup semua belon yg ada..

    ReplyDelete
  5. Dulu masa kecik-kecik, parents Arol selalu suruh masuk acara sukaneka tiup belon. Arol memang saje tiup slow-slow, sebab Arol takut gila klu belon tue pecah. ;D

    ReplyDelete
  6. anak akak pnakut....tkejut tgempar klau belon pcah hihiii

    ReplyDelete
  7. izan takot nk tiup belon besar2..mesti pam je untuk anak2 ni hehe..kalau terdesar baru tiupkan hehe

    ReplyDelete
  8. agaknya minat sebaya dorang. lenguh keng si mak bapa meniup.. nak mudah terus beli yang ada kartun2 tuh tapi hayatnya tak lama... dah le 5 hinggit satu..

    ReplyDelete
  9. ♥MAMASYAZA♥: hihihihi, budak2 mmg suka belon agaknya. 9 thaun pun suka lagi? aduiii, kalau zarin nanti besar2 pun suka belon rabak poket ni.

    ReplyDelete
  10. ashra: kalau zarin masuk sukakneka tiup belon mama kena sokong dari jauh je la. takut mama yang fengsan nanti! :P

    ReplyDelete
  11. risa: Zarin bila belon pecahlah dia suka. apommm, katanya. hihihihi, alahai sian mia, lps ni abg zarin ajar mia main belon bia tak takut yea :)

    ReplyDelete
  12. mamyharraz: ada geng rupanya. hihihihihihihi. itulah yang takut dia bunyi dan nampak mcm nak pecah tp x pecah.

    budak kecik ni mmg berani kalu kat rumah, tp kalau rumah org dia jd pemalu dan behave :P

    ReplyDelete
  13. Arol Mubin: hahahha, Arol sama mcm akak la. selalu kalah kalu main tiup belon nie, aduiiiii

    ReplyDelete
  14. So Shy Lady: heheheh, kdg2 saya siap ter melatah lg. kahkahkah! sabo je la anak-anak nie.

    ReplyDelete
  15. ~izan~: kalau tiup belon kecik, zarin tak nak. kena tiup belon tu jd besar. kdg2 belon jenis degil mmg susah nak kembang! aduiiii, geram betulla kalau asyik nak main belon, dah la kadang2 belon tu berbau, hampir termuntah jugala dibuatnya.

    ReplyDelete
  16. etiey.com©: belon tu dia suka juga, yg ada stick tu. Tapi dia lebih suka belon ni sbb kenyal dan dia buleh duduk2 atas belon tu. sabo jelah!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...