Monday, April 18, 2011

al kisah kunci kereta!

Aduhai, memang nasib tak baik betul hari ini. Pagi-pagi lagi ketika bersiap-siap untuk ke ofis, tiba-tiba suami saya memberi tahu

"Kunci kereta hilanglah!"
"Hilang?? salah letak kot, carilah dulu" . Kata saya sambil siapkan bekalan Zarin untuk ke nursery.



pic from google

Ketika itu jam telah menunjukkan 7.15 pagi. Masih ada msa 15 minit untuk mencari. Apalagi, satu rumahlah kami geledah. Puas mencari masih juga tak jumpa. Ketika itu jam telah menunjukkan lagi 3 minit pukul 8. Saya terus menelefon rakan sepejabat dan memberitahu saya akan lambat atau pun langsung tak datang. Tengok sama ada kunci jumpa atau pun tidak.



Kat mana yea, jap Alen fikir


Bila tanya Zarin dia menjawab

"Alen tak amik".
"Alen buang dalam toilet"
Alen buh sini (speaker) dan sini (bakul basikal)

Mendengar jawapannya yang macam-macam bikin lagi pening. Paling risau jika dia buang dalam toilet tu, aduhaiii anak. Memang dah syak dia yang ambil.

Kami masih lagi mencari-cari hingga satu rumah habis di geledah. Pergi cari kat tempat parking, tanya guardhouse, management juga mereka tidak terjumpa. Dalam pada itu kami berkira-kira untuk menukar sahaja kunci itu. Sebenarnya kunci spare ada, tetapi alarmnya yang tak ada. So memang tak boleh buat apa!

"Pa, kita cari sekali lagi. Nie last! Kalau tak ada kita call oranglah suruh tukar!"

Akhirnya dengan kuasa Allah, kami pun terjumpa kunci tersebut. Zarin selitkan dalam poket high chairnya. Alahai anak, memang bikin papa dan mama panik hari ini.

Serius, dah berkali-kali saya cari dan belek high chair tu, tapi tak jumpa! Malangnya, kunci kereta tu kami jumpa hampir pukul 10.00 pagi. Sudahya tak pasal-pasal saya EL hari ini. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Tapi nasib baik jumpa. Jika tidak paling busuk pun terbang juga 1k. Fuh selamat duit dah la tengah-tengah bulan pula tu!!!!!

Pengajarannya, simpan kunci kereta di tempat yang tinggi dan terbuka.

26 comments:

  1. hoho..kalo henpon bole lg sorng mis call..sbb de bunyi..kalo kunci keta mmg x dpt tolong.Kat umah ana, remote tv yg slalu disembunyikan..kekeke

    ReplyDelete
  2. huh nsb baik gak kan.kalau tak terbang $$$$...anak oo anak... :)

    ReplyDelete
  3. loo..letak kt mane besenya?
    kitorg bese kunci letak blkg pintu..
    gantung tinggi punye so xdelah dak kecik amik..

    ReplyDelete
  4. hehehe..pandai zarin simpan ek...hehehe

    ReplyDelete
  5. hehe..nasib baik zarin tah buh dalam toilet.hehehhe..

    budak2 ni mmg kan..kdg pening dibuatnya =)

    ReplyDelete
  6. fuhhh dari kul 7.15 sampai kul 10 pagi carik baru jumpe, memang betul2 treasure hunt tuh hikhikhik. hai la zarin sabo je tau sian mama ngan papa tu zarin oiii hahahaha anak anak..

    ReplyDelete
  7. hehehehe..ade anak bijak mcm ni la :)

    pandai zarin buat mama dia EL ek..kekeke..

    ReplyDelete
  8. lagi satu..siapkan semua benda sebelum pergi kerja....tak le jadi mcm ni....sebenarnya saya pun cam tu gak he..he..

    ReplyDelete
  9. adeiiii... eb kalo aerish wat gini memang meroyan la jawabnyer... tapi eB dh tau tempat2 yg aerih suker srk barang... slh satu la tuh... hu3

    ReplyDelete
  10. sayanggg...thanks ye always support me...sangat2 sayang kamu:(
    ape2 pon ida selalu dalam hati akak:)
    i mean it!

    ReplyDelete
  11. hihi..budak kecik mmg cenggitu la..

    suke sangat bagi jawapan comel-comel, pastu jawapan salah lak tu

    comel jer alen ni,,,cubit pipi dia...

    ReplyDelete
  12. hehehe....abis kalut 1 umah yer? alen2...tp bdk2 sgt suka dgn kunci kan? x kira kunci apa...so, mak n ayah kena la letak di tmpt yg x dijumpai oleh mereka...hehehhe!

    ReplyDelete
  13. Suhana Shahril : itulah ana, rasa nak teriak pun ada. sbb kita dah siap2 nak p ofis, tiba2 kunci hilang! tensen mak!

    ReplyDelete
  14. ratusiput: itulah, selamat kalau x sure mkn megi tiap2 hari. hahahahahahah

    ReplyDelete
  15. Krsty Pinky: letak atas rak buku. biasa dia x bleh amik. mungkin aritu dia panjat stool agaknya. lps ni kena drill dinding jugakla gamaknya

    ReplyDelete
  16. Ila: terlebih pandai, bila tanya mcm2 jwpn dia bg, lg feninlah!

    ReplyDelete
  17. nurulfzz : itulah, kalau x meraunglah kami nak kuarkan duit tukar baru

    ReplyDelete
  18. ashra: itulah pasal. siap demo lagi dia tarik flush tu.

    aduiii, mmg pening silap2 buleh naik drh tinggi. hahahahhah

    ReplyDelete
  19. MAPPIAU: daripada siap nak ke ofis, terus bukak tudung, lps tu siap tukar baju pulak. berpeluh kami cari, siap punggah semua.
    aduhaiiii, mmg menguji keimanan anak-anak ni

    ReplyDelete
  20. ♥ Mrs.Eady ♥ : Izwa, itulah pasal. macam2lah derang nie. sabo jela :(

    ReplyDelete
  21. ct N honey: biasanya mmg kami siapkan mlm tu dh cam beg baju, beg sekolah. cuma utk susu+bekalan mknn mmg buh pagi2.

    dugaan pagi isnin la katakan. sob, sob!

    ReplyDelete
  22. eB ezrin: Zarin pun ada port dia juga. tapi kali ni dia wat magic. tak terjangka kat situ. aduhaiiiiiii

    ReplyDelete
  23. risa: tq, sayang akak juga :)

    ReplyDelete
  24. Cik Cempaka: itulah pasal. ckp dgn confiden, siap bawak kita g cari lagi. kemudian dia ckp
    "xde pun!" aduhaiiiiiiii

    ReplyDelete
  25. Ada Dalina: itulah psl. mainan punyala byk kunci jugak yg derang suka, sabo je la.

    skang ni tiap2 mlm sebelum tdo mesti check kunci kete dulu. hikhikhik

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...