Tuesday, April 5, 2011

anakanda demam

Setiap ibu bapa pasti merasa susah hati setiap kali anak demam. Biasalah budak-budak tengah membesar, pasti akan ada masa yang sihat, ada masa yang sakit. Begitu jugalah dengan Zarin. Minggu lepas dia demam lagi.


Sehari sebelumnya, Zarin kelihatan aktif seperti biasa. Cuma pada hari ahad, bangun pagi dia sedikit selsema, kemudian diikuti dengan batuk-batuk kecil. Saya mula susah hati. Bukan apa, biasanya Zarin kalau demam memang mengambil masa beberapa hari juga untuk sembuh.




Pagi isnin, ketika bangun tidur, badan Zarin sedikit membahang. Saya check suhu, 37.8. Setelah itu, saya berikan ubat tiga serangkainya. Dia sudah kelihatan tidak bermaya.


"Mama, Alen demam. Alen taknak g school. Alen nak duk ngan mama" katanya sambil menangis.


Adusss, tak sampai hati pula saya melihatnya. Memang malam tadi dia asyik merengek dan minta didukung. Iyalah, apabila selsema, dan tidur terlentang, selsema tadi akan menyekat saluran pernafasannya. Oleh sebab itu, apabila berdukung, dia pasti akan tidur dengan lena. Memang hampir patah pinggang juga mendukung Zarin yang agak berat itu.




Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk cuti sahaja. Biarlah saya monitor suhu badannya itu. Memang dia agak melepek. Makan tak nak dan asyik tidur, penangan ubat selsema barangkali. Tengah harinya, dia kelihatan sedikit aktif. Badan pun dah tak panas lagi. Dah boleh bermain seperti biasa. Syukur alhamdulilah, demam Zarin kali ini tidaklah melarat sangat. Alhamdulilah. Dan hari ini boleh pergi nursery seperti biasa.


Tapi dalam hati saya sedikit bimbang setiap kali mesej dan telefon berbunyi. Risau jika panggilan tersebut dari nursery. Harap semuanya baik-baik saja. Insya-Allah, amin.


Cumanya saya sedikit terkilan apabila ada yang berkata "Zarin ni asyik demam je, sepatutnya minum susu badan antibodi kuat"


Ya Allah. Naluri keibuan saya sedikit tersentuh. Maaf, sekali lagi saya tiada jawapan untuk itu. Saya hanya mampu tersenyum. Sesungguhnya sihat, sakit memang diluar bidang kuasa saya. Semuanya dari Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

24 comments:

  1. huhu.. budak ngah membesar. biasalah.. setiap kali demam, dia membina antibodinya.

    ReplyDelete
  2. dmam pun baik,mmg setiap knk-knk akan menghadapinya ddlm proses membesar...

    ReplyDelete
  3. sikecik akak pun camtu, masa umo, 1 - 3 thn tu selalu gak demam, penah kena sawan, penah masuk hospital, bebudak nak besar camtu le.
    akak pun dah lali sgt dengar kengkwn ckp, anak akak ni slalu demam ekkk, tak penah bagi mkn vitamin ka...???
    cam hampeh je soalan, ibu mana yg suka anak sakit, ibu mana le yg tak bagi anak mkn supplement.
    biarkan ajelah, buat derrrkkk ja, mulut owang mmg camtu

    ReplyDelete
  4. abaikan je komen2 camtu.buat sesak nafas je.tp walau apa pun...demam skit je ke tetap kena pantau.biar cuti keje takpe yg pntg anak kite selamat dan sihat.

    ReplyDelete
  5. Kuasa Allah ... susu badan/tidak, bukan ukuran kanak-kanak itu demam/tidak....;-((

    ReplyDelete
  6. ku pun selalu kene mcm tu tapi tak pe la asalkan anak sihat ceria dah cukup menggembirakan kita kan...

    harap zarin cepat cepat sembuh ye syg..

    ReplyDelete
  7. get well soon ye zarin, zarin kena kuat :-)

    ReplyDelete
  8. ish..
    sape cakap macam tu?
    tak patut betul...
    kalau tak minum susu badan, lagi2 selalu demamnya, kan?
    semoga zarin cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  9. semoga zarin cepat sembuh~

    comel si manje ni~ =)

    http://kehidupanlandaxdidunia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. budak2 nk membesar kan mmg mcm tu..xpe xpe..sabar yer...yg mulut org tu yg ckp pasal susu ibu tu, abaikan jelah..bkn kita yg menentukan sakit demma ni kan..Allah yg mennetukan semua...

    ReplyDelete
  11. fire je sama yg cakap macam tu...kdg2 kena tgk gak...

    ReplyDelete
  12. tgh musim nih... get well soon yer darling :)

    ReplyDelete
  13. banyak2 bersabar ida.... itu semua dugaan dari Allah... bukannya kita boleh merancang... akak pun ader juga org cakap macam tu... anak susu badan pun boleh demam ker... buat2 tahu ajer sudah...

    ReplyDelete
  14. alhamdullilah zarin dah sembuh...
    handsome boy..

    ReplyDelete
  15. jahat org tu..

    dan

    kurang ilmu tp pandai-pandai cakap macam tu..

    ReplyDelete
  16. etiey: ya sangat setuju.harap bila makn besar makin kuranglah demamnya. :)

    ReplyDelete
  17. ct N honey: yup setuju sgt. dugaan membesarkan anak kan?

    ReplyDelete
  18. ♥MAMASYAZA♥: itulah kak, kadang-kadang kecil hati juga. Tapi malas nak bergaduh ke apa. Memang kita dah jaga sedaya upaya mungkin, mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Vitamin macam2 juga yang bagi.

    ReplyDelete
  19. ratusiput: betul2, budak2 bukan apa, risau nanti kena sawan kalau panas sgt. Sebenarnya dah agak lali juga bila orang tanya dan kaitkan dgn susu ibu. aduhaiii,

    ReplyDelete
  20. ♥ Mrs.Eady ♥ & Wina Momma S and S & sya: tq so much. :)

    ReplyDelete
  21. encHIx laNDax : terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. Softtouch [Hanim] : itulah masalahnya. kalau demam mesti nak kaitkan dgn susu ibu. agak-agaknya kalau tak minum susu ibu lebih kerap lagi demamnya. tambahan pula zarin duk di neseri.

    ReplyDelete
  23. ila & eB ezrin : tq so much :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...