Thursday, April 7, 2011

½ Hikayat Merong Mahawangsa

Minggu lepas sangat seronok kerana kaum kerabatku datang ke rumah. Zarin bertambahlah seronok kerana ada kawan bermain. Setiap masa nak kakak, abang syafiq, semua orang dibulinya! Malam jumaat, kami tidak tahu hendak ke mana. Akhirnya anak buahku mengajak kami menonton wayang, filem Hikayat Merong Mahawangsa. Ok jugalah kan, support filem tempatan.

Kami menonton cerita tersebut di Cineleisure, The Curve, tayangan pada jam 8.30 malam. Selepas magrib, kami sudah berada di sana. Sementara menunggu 8.30, kami menikmati dahulu Tutti Frutti dan juga nasi lemak di Nyonya Colors. Kemudian, jalan-jalan cuci mata di sekitar the curve.


Jom froyo, yummmyyyy!


Comot-comot dah makan froyo nie!


sorang satu, cukup ke? ada yang nak tambah??



makan macam-macam


macam-macam ragam


Zarin yang suka membuli abang syafiq



Aksi Mama dan Zarin


Selepas membeli popcorn dan beberapa jenis jajan yang lain, maka bermulah episod menonton filem tersebut. Sejam yang pertama Zarin tersangatlah ok. Tetapi selepas itu, dia mula “perangai”. Mungkin juga genre filem tersebut memang tidak kena dengan usianya yang masih kecil. Untuk tidak mengganggu hadirin yang lain, saya terus membawanya keluar. Rugi beli tiket!


Di luar, dia sudah mula menunjukkan ‘perangai’nya lagi. Aduhaiii, malu juga bila banyak mata yang memandang. Tapi saya tebalkan muka menangani anak yang tengah tantrum. Hohohohohohoho!


Daripada 5 bintang, saya hanya dapat berikan 2.5 bintang kerana saya hanya sempat menonton cerita tersebut sebahagian sahaja. Menurut ahli keluarga yang lain, ceritanya best. Walaupun tidak sama 100% daripada naskhah asal cerita tersebut, tapi sekurang-kurangnya dapatlah memberi pendedahan kepada anak muda berkaitan sastera tanah air.

13 comments:

  1. alahai...tunjuk perasaan yer zarin..cian ibu tak abis tgk..maybe kalau kartun dia ok agaknya tgk kaler2 hehe...

    izan pun tak pernah lg test bwk yg kecik ni masuk,rasanya akan sama je hasil mcm ida hehe...

    ReplyDelete
  2. xpnh cube lg bw sara p cinema...takut jd gini la...takut die perangai dlm 2..takat ni mmg bercuti habisla msk cinema...

    ReplyDelete
  3. la,zarin bosan agaknya...faiz tu tgk kejap jer pastu dia tidur...hehehe...sbb tu elok bawa tgk time mlm2...hehehe...

    ReplyDelete
  4. ratu pun mase nk tgk citer merong ni pegi sorang2.sbb mmg tau bebudak tak ble masuk punye citer2 cmni.tp okla citernye utk beginner.citer sejarah kan.kang nk citer sume tak cukup jam plak :)

    ReplyDelete
  5. eB baru plan nk bwk aerish gi tgk... tapiiiiii... x jadila kot... sbb aerish pn kuat buat prangai.. hu3

    ReplyDelete
  6. HMM tu cerita berat. tak sesuai kanak2 usia cam zarin...nanti bwk tgk citer katun utk zarin..;-)

    ReplyDelete
  7. hehe.gtu kena smbg tgk lagi separuh dlm DVD la eh?hehe.meriahnya..ramai2.happening.

    btw,ida..kita beli BM harga promotion kat tesco s.alam rm189.murahkan..masa beli tu,tinggal 2 bijik je.huhu..mmg rezki.

    nape pilih brand tesco,ida cuba baca link mbr kita ni..

    http://norlizaothman.blogspot.com/2010/12/breadmaker-brand-tesco-vs-elba.html

    ReplyDelete
  8. hehe...kitorg cuti dating g tgk movie nih. sbb kalu bwk aqil konpem bzr tiket. ms dia bb tahan lgk la, sumbat nenen, syp. skrg huhu... dia plak mahu jd merong nnt. hahhaha...

    ReplyDelete
  9. cian akak..he..he
    boring kot zarin dlm tu..

    ReplyDelete
  10. ingat nak tunggu citer tu kat astro first...

    ReplyDelete
  11. alahaiiii...tu yg ku pikir 10 kali nk bwk kids pg tgk wyg..mcm mane nk buat ek?

    ReplyDelete
  12. la... tak sempat tgk habis ye.. nnt layan astro first je lah

    ReplyDelete
  13. kalau ada budak kecil, subscribe astro first je... semua boleh nengok - ulang2

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...