Saturday, April 9, 2011

Kek Pisang Gebu

Baru-baru ini, mak mertua saya ada berikan sesikat pisang emas yang besar-besar dan montok-montok. Mula-mula teringin nak buat cekodok, tetapi meamndangkan zarin batuk, jadi saya terus mencari resepi kek pisang.

Memang macam-macam versi yang saya jumpa. Akhirnya saya memilih untuk mencuba resepi yang diambil daripada SINI.



Sebelum itu kita lihat dulu bahan-bahan yang digunakan. Saya copy dan pastekan resepinya di sini.

bahan-bahan

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
*3 biji pisang yang telak dilenyek (saya guna enam)
1/2 cawan minyak masak esen vanila
2 biji telur
* sedikit garam

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

* saya masukkan 6 biji pisang emas, dan sedikit garam. Heheh, pandai-pandai je.



sangat sedap ok. memang tersangat gebu. Yang lucunya, saya potong kecil-kecil kek ini dan letak dalam tupperware sebagai bekalan zarin di neseri. Bila balik rumah zarin cakap

"Cikgu makan kek Alen sama-sama. sedap!" hikhikhihkihk..

Insyaallah jika rajin saya pasti buatkan sebiji untuk cikgu-cikgu Zarin yang sangat baik hati itu :)

16 comments:

  1. hai dear...mula2 kita nk buat gk kek pisang nih..last2 buat kek pisang K.Ros yg lg satu..sedap kan...dh penah gk try yg nih...sedap2 ;D

    ReplyDelete
  2. nampak mmg gebu.tak pernah lg buat kek pisang. takot tak jadi je huhu.kek2 lain ok lg tp yg pisang ni mcm tak berapa nak yakin buat.. =(

    ReplyDelete
  3. nyum2.kek pisang mmg sedap kan kalau lembut n gebu...yg ni apatah lagi siap ade hirisan pisang lagi..terliur...

    ReplyDelete
  4. mmg best kek pisang,lagipun berkhasiat...

    ReplyDelete
  5. akak nak juga rasa kek tu... takkan cikgu zarin ajer....heheheh

    ReplyDelete
  6. memang sedap kek pisang, akak pun suka

    ReplyDelete
  7. aqil: ha, ada tgk juga, mcm2 resepi kek pisang, tp cari yg paling mudah dan tak byk guna telur. memang sedap dan mengenyangkan :)

    ReplyDelete
  8. ~izan~ : heheh, rasanya kek pisang yg paling mudah kot. kalu pisang byk mmg inilah hasilnya. borink dh asyik mkn cekodok pisang je. hahahahaha

    ReplyDelete
  9. ratusiput: ya, sedap kalau gebu dan rasa pisang asli. Selalu beli kek pisang kat mydin. sedap juga. kalau buh choc chip lg sedap! :)

    ReplyDelete
  10. ct N honey: itulah, dan mnegnyangkan :)

    ReplyDelete
  11. - Suraya - : insyaallah kak, aklau sy buat lagi sy bawak yea :)

    ReplyDelete
  12. ♥MAMASYAZA♥ : ada geng rupanya. ;)
    sy mmg suka kek pisang, selalu beli kat mydin, yg ada gambar kartuin pisang tu. setakat ni kek pisang tu je yg paling sedap akalu beli

    ReplyDelete
  13. - dieyana -: gebu mcm tuan dia. hahahahah

    ReplyDelete
  14. alahai ida lagi baekk sekiranye dapat postkan kat hamba ni haaaa hahahahaha

    ReplyDelete
  15. MAPPIAU : kalau boleh mmg nak poskan, tp risau kot2 posmen habiska dulu :P

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...