Wednesday, April 27, 2011

Nasi Ayam Special

Nasi ayam merupakan salah satu makanan kegemaran Zarin. Sejujurnya saya memang tak pernah buat nasi ayam ni walaupun ramai yang berkata nasi ayamlah antara resepi yang paling mudah. Baru-baru ini ketika saya cuti cemas kerana tragedi kunci kereta hilang, pukul 11.30 pagi Zarin dah minta nasi.

Malangnya dalam peti hanya ada 2 ketul ayam, takkanlah nak goreng kunyit sajakan, akhirnya saya mengodek-godek resepi nasi ayam serba kekurangan. Alhamdulilah menjadi. Dan hari minggu yang lalu, saya mencuba sekali lagi membuat nasi ayam ini dengan semua bahan-bahan lengkapnya.

Resepi diambil dari myresepi.com. Saya copy dan pastekan disini ya

Bahan Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk

Cara-cara membuatnya
Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk

Bahan Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Cara membuatnya
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20 minit. Goreng hingga garing.


inilah ayam yang telah berjaya saya hasilkan

Untuk nasi pula
bahan-bahannya ialah:
3cwn beras
11/2 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.
sedikit pewarna kuning

cara membuatnya:
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam serta pewarna kuning. Masak seperti biasa



Nasi yang saya buatkan ini terlebih pewarna kuning. sudahnya kuning semacam je. kahkahkah. Gambar yang atas tu nasi untuk mama dan papa, dan gambar yang bawah tu nasi untuk zarin :)

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

cara buatnya
blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)



Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Cara membuatnya
air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Untuk kicap
Masukkan sesenduk air rebusan ayam ke dalam bekas perapan ayam dan kacau sebati.

Hasilnya...walllahhhhh! Sedap dan sangat puas makan! Dahla cara buat dan bahan-bahannya tak renyah. Memang sesuailah dengan saya yang suka masak simple-simple ni. Terima kasih pada tuan empunya resepi



Dan ini pula gaya anak bujang saya sedang meratah ayam goreng. Alahai anak oiiii, kalau bakal mak mertua tengok gambar ni konfem fail nak wat menantu :P

15 comments:

  1. menu simple tp sedap kan..berkhasiat plak tu hehe..izan selalu panggang je ayam.tak kisah ape pun cara tp bahan perap sama je.

    lapar plak melayan gmbr kat sini hehe

    ReplyDelete
  2. adoii, sedap ayam tu....(utk hasil ayam yg berkilat, boleh ditambah sedikit madu masa perap tu)

    nasik tu, jgn ada yg kena sakit kuning tgk warna tu..ihkhihkh....

    ReplyDelete
  3. ahahahaha itu menunjukkan sedap mama Zarin masak

    ReplyDelete
  4. besar nyer ayam zarin...kasi aunty sikit boleh tak...

    ida
    mcmana ni..nuyue dah terliur tgk nasi ayam mu..

    ReplyDelete
  5. ila dah byk kali gak buat nasi ayam tp still tak dapat buat yang betul2 best...huhuhu...
    Jom Baca Kuatnya pengaruh kawan

    ReplyDelete
  6. tak aihhhh...kompom sign agreement terus nak wat nantu dak zarin neh...ekekeke

    ReplyDelete
  7. aduh... sedapnya tengok zarin makan ayam... nasi ayam memang paling senang nak buat...

    ReplyDelete
  8. wah zarin...besonye ayam dia...nak cikit... :)

    ReplyDelete
  9. sodap!..tgk tu zarin..besar ayam nye..selera eh..mummy masak.. =)

    ReplyDelete
  10. amboi...nasi ayam. buat akak lapar la pulak.
    seleranya tgk zarin makan ayam , besar tu.

    ReplyDelete
  11. wahhhh.... mmg best... lama dh x wat... M besar sdg melanda :)

    ReplyDelete
  12. humakkkkaaiiii...ayam dia punyer beso la dia pegang!!heheeheh...so cute!

    ReplyDelete
  13. hahahaahaa telan air liur bakal mak mentue zarin tengok!!

    rajin sungguh ida ni mencube resepi2 tauu sookaaa la :))

    ReplyDelete
  14. pic2 ida mmg cantik... lg teliur lah nmpknya!


    smlm bru zte buat ns ayam, tp nasi ayam madu.. ayam tu diperap bersama madu dan sos tiram... tp nasik tu kalau nk kuning, zte just tmbh sikit kunyit... tp tklah sekuning yg ida buat sbb ida buh serbuk pewarna kan :)


    senang kan ns ayam... as easy as ABC :)

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...