Saturday, April 30, 2011

Satay Station + Domino's Pizza

Anda penggemar satay? Ya, saya penggemar satay. Kami sekeluarga penggemar satay! Hari minggu memang suka berjalan-jalan cari makan. Oleh sebab itu, semalam kami terus ke satay station, bukan makan di sana, sebaliknya tapau. Zarin manalah nak duk diam kalau ke sana. Asyik nak berlari je kejenya! !



Satay di sini super duper sedap walaupun harganya agak mahal tetapi berbaloi kerana sataynya besar-besar, serta montok-montok gitu. Kuah kacangnya pun sangat sedap, pendek kata berbaloilah makan satay ni. Jika hali kelurag datang dan teringin nak mkan satay, memang satay stationlah yang kami syorkan. Zarin mampu habiskan 5 cucuk satay, bergantung kepada tahap kelaparannyalah.

Suma yang menggelikan hati saya semalam, ada sekumpulan mat saleh meminta "satay medium rare" daripada pembakar satay tersebut. Aduhai, terkulat-kulat pembakar satay itu. Ingat steak ke nak medium rare? hikhikhikhikhik,

Selepas siap menapau satay, tiba-tiba Zarin mengamuk pula nak pizza. Aduhaiiiii, tak suka tau!!!! Nak tak nak terpaksa beli juga, dah dia teringinkan. Nanti kalau apa-apa jadi menyesal tak sudah! Saya kalau bab makan saya tak sampai hati tak beli, kalau benda lain saya boleh lagi berkompromi.



Cumanya saya tak suka ke satay station atau pun domino's di sini kerana pasti Zarin inginkan kedua-duanya. Sama juga dengan subway dan tutti frutti! Aduhaiiiiii, kenapalah korang buka kedai sebelah menyebelah, strategi ek?


Memang membuntallah kami anak-beranak malam tadi. Sudahnya tak boleh tidur, terpaksa telan gaviscon nak bagi perut selesa! kahkahkah!

6 comments:

  1. saya baru makan satay mlm tadi..walaupun servicenya lembab tapi sbb teringin nak makan tunggu juga walaupun 1 jam menunggu baru dpt makan.
    susah sangatkah menjadi ibu?..

    ReplyDelete
  2. teringin sgt nak mkn dominos pizza, mesti sedapkan

    ReplyDelete
  3. ramai gak rekemen satay station ni.belom try lg.

    ReplyDelete
  4. hahaha zarin zarin, lenkali ajak la anty skali kalo nak makan bebanyak anty sookaaa tau akekeke..

    ReplyDelete
  5. dh lama nk try domino's,sampai ke hari ini belum tergerak ke domino's...uhuhuh..

    sgt suka satey yg lembut, n kuah yang sedap!

    ReplyDelete
  6. haha.sama lah,baru2 ni gak makan satay.
    super duper sedap?wahhh...btul2 sedap la ni..

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...