Wednesday, April 13, 2011

Sejuk perut ibu mengandung

Alhamdulilah, kebelakangan ini ke mana saja kami pergi jika Zarin terpandangkan masjid terus ajak kami Allahuakbar. Allahuakbar tu maknanya sembahyanglah bagi Zarin. Dia tak reti sebut sembahyang, yang keluar pun bunyi (nyang) je.

Bukan sahaja masjid, malah semua bentuk bangunan yang ada kubah, turut diajaknya Allahuakbar. Baru-baru ini ketika lalu di kementerian kebudayaan berhampiran dataran merdeka Zarin terus berkata

"Mama, tengok, Allahuakbar, jom Allahuakbar!"

"Eh, tu bukan Allahuakbar, tu kementerian kebudayaan", terang saya.


"Bukan, Allahuakbar! jom-jom!" sambil mula menangis.


Apabila dipujuk-pujuk, Zarin pun ok. Ketika menghantar ahli keluarga ke LCCT, kami pun singgahlah di masjid yang berhampiran. Zarin seperti biasa, bila tengok kawasan yang lapang dan luas mulalah berlari ke sana ke mari.



Kemudian saya terus mengajaknya mengambil wuduk, memandangkan dia tidak mahu mengikut papanya. Alahai kalau dah jumpa air, surelah nak mandi nanti. Tapi alhamdulilah, kali ini dia taknak main air. Nak Allahuakbar katanya.



Zarin pun terus ambil wuduk juga. Tapi setiap kali ambil wuduk, Zarin hanya basuh tangan, muka, dahi dan juga kaki. Itu kalau dia sorang-soranglah. Kalau bersama-sama, pasti dia ikut apa yang kita buat. Suruh ulang setiap pergerakan tiga kali, sudahnya berkali-kali dibuatnya. Paling suka basuh kakilah. ehehehehehe.



Bila tiba time solat, dia hanya berdiri, sujud dan kemudian baca tahiyat. Masa baca tahiyat mulalah jari telunjuknya bergerak-gerak ke atas dan kebawah. Aduhai lucu juga. Tapi dia hanya buat sekali. Bila saya kata.


"Eh, tu baru satu rakaat, ada lagi 3.


" Alen, Allahuakbar dah! "


"Baru 1, papa tak abis lagi tu, cepat ikut papa"


Barulah terkocoh-kocoh ikut papa balik. Tapi paling susah nak ajak dia solat ialah antara waktu Maghrib dan Isyak. Perbezaan dua waktu ini tak lama. Bila dah solat Maghrib, kemudian nak ke Isyak dan ajak dia pasti dia jawab:


"Alen dah Allahuakbar dah tadi!"


"Itu Maghrib, ni Isyak. Ada dua waktu yang berbeza" terang saya


"Alen dah Allahuakbar dah tadi, Alen taknak!"


"Mana buleh taknak, nanti Allah marah"


"Hah?"


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" balas saya


"Hah?"


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" ulang saya lagi


"Hah"?


"Kalau tak Allahuakbar nanti Allah marah" ulang saya lagi dan memberi sedikit penekanan dan lambat-lambat


"Hah?"


Pada pandangan saya, mungkin Zarin masih tak faham lagi ayat "Allah marah tu". Sebab tu asyik hah? hah? hah? tu.


Tak apa sayang, nanti sampai satu peringkat, pasti Zarin akan faham, malah Zarin pasti akan bertanya pelbagai soalan dan mama pula perlu melengkapkan diri dengan jawapan-jawapan yang meyakinkan dan mudah difahami. Mama kena jadi Profesor Serba Tahulah jawabnya. hehehehehehe



Memang kanak-kanak sentiasa ingin tahu dan belajar dari tingkah laku kita. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Teringat pula cerita wardina BERBALOI PENAT LELAHKU.


Doa dan harapan saya agar dapat mendidik Zarin menjadi anak yang soleh termakbul. Insyaallah, amin-amin.


* Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

28 comments:

  1. Alhamdulillah, Allahuakbar ... comel zarin singsing seluar ambil wuduk....:-)

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah....pandai n bijak la zarin nie.....rajin2 solat tau..

    ReplyDelete
  3. ala da.. dah dekat dengan bagan lalang tu... alhamdulilah sejuk hati mak mengandung... kalau dady eysraf, marah bonar snap gambar time dia sembhyang.. pelik betul:) org nk tunjuk kat eysraf bila dia besar..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...bgsnyaa zarinn. Leh wat calon menantu x? hehehe...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... senang hati kan bila dr kecik anak tahu erti solat... anak sy pun dh 2 thn, suka ikut kami solat, walaupun hanya 1 rakaat...

    ada skali tu abah nya dh solat dulu kt tmpt kerja. so, sy kena solat sndiri. mula2 anas main dgn abahnya. tp bila nmpk sy solat, die pun dtg dkt sy, nak solat sama2...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...semoga kekal hingga dewasa...

    pandai zarin amek wudhuk..

    ReplyDelete
  7. Memang sejuk perut tengok anak mcm ni....Alhamdullilah

    ReplyDelete
  8. pandai alen ek...selalunya kami kalau solat kat luar,jarang kasi Faiz masuk masjid or surau...sbb dia suka pergi ntah mana2...kena take turn

    ReplyDelete
  9. sama la darwisy, duk ajak solat je...
    memang sejuk perut kan... :)
    harap2nya, diorang macam ni terus sampai besar... senang kita nanti... :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...budak2 mmg selalu kena latih dr kecik kalau tak dorang leka...

    ReplyDelete
  11. salam..
    berbalas ziarah..
    harap kunjungan ini akan merapatkan ukhwah.. terkesan melihat entry ni. akan saya terapkan kepada anak saya..

    ReplyDelete
  12. pndainya zarin...dah pndai tau pasal wajibnya bersolat...

    ReplyDelete
  13. - dieyana - : alhamdulilah, tu papa yg buat, kalu mama buat mmg buruk la jdnya :P

    ReplyDelete
  14. MummyEcha: alhamdulilah, amin-amain, harap sampai ke besarlah camtu :)

    ReplyDelete
  15. ♥ Mrs.Eady ♥: alhamdulilah, anak kita, kita yang mencoraknya :)

    ReplyDelete
  16. etiey.com© : oo, dh dekat ngan ikan bakar tu ke? heheh, kami x pergila pulak sampai sana.

    alhamdulilah.

    Papa zarin ok je, tapi jgn amik gamba depan2 sudah, sipi2 atau belakang ok. Zarin mmg suka tgk gamba sebelum tdo, so bila tgk gamba tu otomatik dia akan ingat apa yg dia buat. itulah tiey, lain org lain caranya.

    Xpelah, mana yg dia tak suka x yah buat, redha suami tu penting :)

    ReplyDelete
  17. Ada Dalina : alhamdulilah.

    berbesanlah kita nanti yea? hikhikhik

    ReplyDelete
  18. AshAnas: alhamdulilah. baik asuh dari kecik nie, besar nanti liat pula.

    Zarin kalu ngan papa ok, kalau ngan mama kdg2 ok, tp kalau lama2nanti nak panjat, nak nenen dan tarik kain, aduhaiiiii!!!!

    ReplyDelete
  19. wahida: amin-main,
    suka amik wuduk sbb nak main air sama. hehehehehhe

    ReplyDelete
  20. Ila : Zarin pun sama juga macam faiz. paling suka nak ambil quran, nak baca katanya. aduhaiiii

    kawasan lapang dan luas mmg sukalah depa tu duk lari-lari. hehehehhe

    ReplyDelete
  21. sya amin-amin:). Itulah kak sya, sama-samalah kita didik dan doakan semoga mereka manjadi anak yang soleh, insyaallah

    ReplyDelete
  22. ratusiput: ya, tepat seklai. masa kecik nilah senang nak ajar, bila dah besar mula liat!

    ReplyDelete
  23. Lil Amsyar Collection: terima kasih singgah juga, insyaallah.

    sama-samlah kita mendidik anak kita supaya menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  24. Softtouch [Hanim]: kadang-kadang culas juga. ikut mud kalau kat rumah, tp kalu masjid dia suka sgt!

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...