Friday, April 8, 2011

sup gear box jaring

Setiap kali berkunjung ke Kl, memang inilah yang dicari, sup gear box restoren jaring yang terletak di bandar Sunway. Entah apa yang istimewa restoren ini pun saya tidak pasti, yang pasti setiap kali kakak saya ke KL, wajib singgah makan di restoren ini. Memang di restoren ini terdapat banyak pilihan lauk pauk, makanan, dan juga segala macam kuih muih dan juga bubur.




Sup gear box ini memang sangat sedap. Memang kenalah dengan selera saya yang 'hantu sup' ini. saya hanya makan isi2 dan kuahnya sahaja, tidak pula menyedut isi dalam tulang tersebut.






Dan ini pula 'pulut lepa'. memang susah nak jumpa di KL ni. Ada, tetapi intinya lain. Memang sedap, sebab tu ambil sampai 10 bijik. kahkahkah!!! Makan ke melantak cik Ida oiiii!!!eh, Cik pulak puan la, lupa pula dah kahwin hahahahahahah!!!!




Harga pun memang berpatutan di sini. kalau tak silap saya, hari tu kami makan dalam RM80. Macam-macam ambil dan makan. Alhamdulilah, kenyang sangat-sangat.

8 comments:

  1. sup gear box tu memang nampak menarik... tapi, kalau tak sedut sum2 guna straw.. tak lengkap lah makan sup gear box..

    ReplyDelete
  2. betul kata pala maldini...saya kalau mkn sup gear box tak boleh mkn kat kedai sbb nak hirup sum2 tu pakai straw...hilang gojes I!! hahahaha!!

    ReplyDelete
  3. hehe.jaring antara feveret place kitaorang nak makan sbb dulu duk area2 sunway.

    skang ni da agak jauh..kalu teringin sgt baru gi dalam menyinggah ke piramid.bykkan lauk die.bes plak tu..mahal.tapi puas hati la..hehe

    ReplyDelete
  4. Pala Maldini : itulah masalhanya. tingin nak makan gear box, tp tekak ni tak lalu nak sedut tulang tu. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  5. wahida : hahahah, lucu pulak wahida nie. tengok abg n husben sedut sedap je, tapi tekak mmg tak boleh nak telan

    ReplyDelete
  6. ashra: oooo, yeke??? heheh
    kami pun jrg pergi. aklau kakak dtg Kl je baru ke sana. sebab itu dh jd tempat yg wajib dia lawati bila turun KL

    ReplyDelete
  7. mak aihhhh...fensan doploh menet

    ReplyDelete
  8. salam sume..nk tanya la...org mengandung leh x mkn sup gearbox ni?bhaye kt baby x?

    ReplyDelete

Comments always welcome. Your comments brighthen my day!

TQ

luv,
-idazs (STK)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...